November 28, 2022
Menurut JPJ, sebanyak 55,000 kesalahan melibatkan pemilik kenderaan yang membenarkan pemandu tanpa lesen membawa kenderaan mereka telah direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei 2022. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah pemilik yang berterusan melakukan kesalahan tersebut tanpa memikirkan risiko terhadap pemandu lain. Pemilik Kenderaan Tidak Bertanggungjawab Berdasarkan pemerhatian dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungjawab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan mengenai isu ini dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini. Menurut Aedy, sebanyak 347,300 pemilik kenderaan didapati membenarkan individu tanpa lesen membawa kenderaan mereka sejak Januari 2019 hingga Mei tahun ini. Tambahnya, kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang memberi kebenaran kepada anak-anak, termasuk mereka yang dibawah umur untuk memandu dengan pelbagai alasan tidak munasabah. Hukuman Terhadap Pemilik Ingkar JPJ telah mengingatkan orang ramai supaya mengambil serius berkenaan isu ini kerana pemilik yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu denda tidak kurang RM300 dan maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Selain itu, JPJ juga boleh mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada pemilik seperti menyita kenderaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, sebanyak 580 kenderaan telah diperiksa dalam satu operasi yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Daripada bilangan tersebut, sebanyak 133 kenderaan diberi notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta lesen tamat tempoh. *Kredit foto: AADK Daerah Kemaman, Harian Metro

Menurut JPJ, sebanyak 55,000 kesalahan melibatkan pemilik kenderaan yang membenarkan pemandu tanpa lesen membawa kenderaan mereka telah direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei 2022.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah pemilik yang berterusan melakukan kesalahan tersebut tanpa memikirkan risiko terhadap pemandu lain.

Pemilik Kenderaan Tidak Bertanggungjawab

Berdasarkan pemerhatian dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungjawab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan mengenai isu ini dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Menurut Aedy, sebanyak 347,300 pemilik kenderaan didapati membenarkan individu tanpa lesen membawa kenderaan mereka sejak Januari 2019 hingga Mei tahun ini.

Tambahnya, kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang memberi kebenaran kepada anak-anak, termasuk mereka yang dibawah umur untuk memandu dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

Hukuman Terhadap Pemilik Ingkar

JPJ telah mengingatkan orang ramai supaya mengambil serius berkenaan isu ini kerana pemilik yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu denda tidak kurang RM300 dan maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, JPJ juga boleh mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada pemilik seperti menyita kenderaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sebanyak 580 kenderaan telah diperiksa dalam satu operasi yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Daripada bilangan tersebut, sebanyak 133 kenderaan diberi notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta lesen tamat tempoh.

*Kredit foto: AADK Daerah Kemaman, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language