Categories
Auto news

JPJ Perketat Pemeriksaan, Kelulusan Kenderaan Untuk Sukan Permotoran

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap kenderaan sukan permotoran di negara ini agar kemalangan maut dapat dielakkan.

Baru-baru ini, seorang pelumba drag maut setelah keretanya hilang kawalan sehingga terbabas melanggar pokok di Litar Pelumbaan Gong Badak, Terengganu. Susulan itu, JPJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

*Kredit foto: Maxoil Malaysia

Pemeriksaan Kereta Lumba Diperketat

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetatkan pemeriksaan dan syarat kelulusan kenderaan untuk perlumbaan drag terutama aspek mekanikal serta spesifikasi bagi memastikan keselamatan pemandu.

JPJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap pelumba menitikberatkan aspek pemeriksaan teknikal kenderaan sebelum menyertai perlumbaan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, pihaknya tidak pernah melonggarkan syarat permohonan berkaitan sukan permotoran tersebut atau memandang ringan soal keselamatan yang perlu ada pada kenderaan terlibat.

*Kredit foto: JPJ

Pengubahsuaian Perlukan Kelulusan JPJ

Sebenarnya segala pengubahsuaian terhadap spesifikasi, enjin dan kerangka dalaman kenderaan lumba perlu mendapatkan kelulusan JPJ, jika tidak kenderaan terbabit dilarang sama sekali menyertai perlumbaan drag.

Tambah Zailani, kini telah ada kelulusan standard terhadap sukan drif dan drag termasuk spesifikasi kenderaan.

“Setiap kenderaan yang ingin menyertai perlumbaan drag, penganjur perlu menghantar permohonan kepada JPJ bagi kita melihat daripada aspek teknikal, tayar dan brek yang perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan,” katanya.

*Kredit Foto: Kosmo

Punca Kemalangan Maut

Terdahulu, sebuah kemalangan maut berlaku melibatkan seorang pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin ketika menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 di Litar Perlumbaan Gong Badak, Terengganu, Sabtu lalu.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

Ketika ini, JPJ masih menunggu laporan penuh daripada polis untuk mengetahui punca kemalangan, sama ada disebabkan faktor kecuaian manusia atau masalah mekanikal kenderaan.

Mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, PDRM menjalankan siasatan terhadap kemalangan di Terengganu baru-baru ini dari segi pemanduan pemandu ataupun keadaan jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language