September 24, 2022
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan ‘Ops Puspakom’ di semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Ekoran banyak insiden kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan kebelakangan ini, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk mengadakan pemeriksaan mengejut di PUSPAKOM bagi menyasarkan kenderaan tersebut. Pemeriksaan Mengejut Di PUSPAKOM Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, ini adalah kali pertama pihaknya membuat operasi di tempat pemeriksaan kenderaan. Pemeriksaan tersebut bakal dilakukan secara mengejut tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu. Ketika ini, Zailani sudah meminta pasukannya membuat pemeriksaan di PUSPAKOM Wangsa Maju dan kemudian diperluaskan ke seluruh negara. Menurut Zailani, operasi ini menunjukkan komitmen tinggi pihak berkuasa dalam memastikan setiap kenderaan yang diperiksa di PUSPAKOM berada dalam keadaan yang bersedia untuk digunakan. Pasukan kejuruteraan automotif JPJ di seluruh negara akan membuat pemeriksaan di PUSPAKOM sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melihat aspek pemeriksaan kenderaan dibuat dengan lancar dan mengikut peraturan tatacara sebenar serta sepatutnya. Kenderaan Perdagangan Diberi Perhatian Setiap kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan awalan dan pemeriksaan berkala (66B Akta Pengangkutan Jalan 1987) di Puspakom mengikut ketetapan peraturan semasa bagi memastikan kenderaan tersebut selamat digunakan di jalan raya. Pihak berkuasa akan memberikan perhatian kepada penilaian standard dan tahap pematuhan pemeriksaan di Puspakom berhubung kualiti penyelenggaraan teknikal kenderaan perdagangan bagi mengurangkan kemalangan berkaitan kenderaan jenis ini. Pengusaha kenderaan perdagangan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua peraturan jalan raya yang telah ditetapkan termasuk membuat pemeriksaan berkala di PUSPAKOM. "Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan terutamanya kegagalan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan harian seperti digariskan dalam Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP)," ujarnya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan ‘Ops Puspakom’ di semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Ekoran banyak insiden kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan kebelakangan ini, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk mengadakan pemeriksaan mengejut di PUSPAKOM bagi menyasarkan kenderaan tersebut.

Pemeriksaan Mengejut Di PUSPAKOM

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, ini adalah kali pertama pihaknya membuat operasi di tempat pemeriksaan kenderaan.

Pemeriksaan tersebut bakal dilakukan secara mengejut tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu. Ketika ini, Zailani sudah meminta pasukannya membuat pemeriksaan di PUSPAKOM Wangsa Maju dan kemudian diperluaskan ke seluruh negara.

Menurut Zailani, operasi ini menunjukkan komitmen tinggi pihak berkuasa dalam memastikan setiap kenderaan yang diperiksa di PUSPAKOM berada dalam keadaan yang bersedia untuk digunakan.

Pasukan kejuruteraan automotif JPJ di seluruh negara akan membuat pemeriksaan di PUSPAKOM sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melihat aspek pemeriksaan kenderaan dibuat dengan lancar dan mengikut peraturan tatacara sebenar serta sepatutnya.

Kenderaan Perdagangan Diberi Perhatian

Setiap kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan awalan dan pemeriksaan berkala (66B Akta Pengangkutan Jalan 1987) di Puspakom mengikut ketetapan peraturan semasa bagi memastikan kenderaan tersebut selamat digunakan di jalan raya.

Pihak berkuasa akan memberikan perhatian kepada penilaian standard dan tahap pematuhan pemeriksaan di Puspakom berhubung kualiti penyelenggaraan teknikal kenderaan perdagangan bagi mengurangkan kemalangan berkaitan kenderaan jenis ini.

Pengusaha kenderaan perdagangan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua peraturan jalan raya yang telah ditetapkan termasuk membuat pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan terutamanya kegagalan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan harian seperti digariskan dalam Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP),” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language