Categories
Auto news

Jualan Minyak Petrol RON97 Menurun 65%

Harga minyak petrol RON97 yang kini menghampiri RM5 membuatkan ramai yang memilih minyak RON95 berbanding RON97 sehingga jualan RON97 menurun sehingga 65%.

Seperti yang dilaporkan oleh China Press, kenyataan tersebut dibuat oleh pengerusi Persatuan Peniaga Petroleum Shell Malaysia (SPDAM), Datuk Abdul Wahid Bidin.

Berikut merupakan harga minyak bagi setiap liter ketika artikel ini ditulis:

RON97: RM4.70
RON95: RM2.05
Diesel: RM2.15

Tak Beri Kesan Pada Stesen Minyak

Meskipun jualan RON97 menurun mendadak ekoran harganya yang menghampiri RM5 seliter, namun Wahid berkata perkara ini tidak menjejaskan keuntungan stesen minyak kerana mereka yang tidak lagi menggunakan RON97 masih perlu menggunakan minyak RON95.

Menurut Wahid, tidak kiralah jualan RON97 mahupun RON95, margin keuntungan yang diterima stesen minyak daripada penjualan petrol adalah 15 sen seliter.

Jadi meskipun terdapat penurunan jualan bagi RON97, stesen minyak tetap menerima komisen hasil daripada penjualan RON95.

Kad Kredit Beri Impak Kepada Stesen Minyak

Tambah Wahid, kenaikan harga petrol bukan hanya menjejaskan pengguna, namun turut menjejaskan pengusaha stesen minyak.

Katanya, jika pengguna menggunakan kad kredit untuk membayar petrol, pengusaha stesen minyak akan menerima untung yang lebih kecil kerana mereka perlu membayar 1% yuran transaksi bagi setiap liter petrol.

Ini bermaksud semakin tinggi harga petrol, semakin tinggi yuran yang perlu ditanggung.

Jualan Turun Dari 2,000 Liter kepada 300 Liter Sehari

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata penurunan jumlah jualan RON97 sedang berlaku buat seketika ini, jualan menurun dengan ketara selepas harganya melepasi paras RM3.50 seliter.

Tambahnya, sebelum ini beberapa stesen minyak mampu menjual 2,000 liter RON97 sehari, namun kini hanya mampu menjual 300 liter.

“Ini bukan perkara baharu. Pelanggan sudah mula bertukar kepada RON95 sebelum ini, jadi fenomena penukaran tidak begitu besar sekarang. Mengenai berapa banyak jualan nasional RON97 telah menurun, saya tidak dapat menyatakan dengan tepat berapa banyak,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language