May 28, 2022
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) tetap mengakhiri tahun 2021 dengan jayanya meskipun terkesan selama 2 tahun akibat pandemik, banjir, kekurangan cip dan alat ganti. Syarikat tersebut menjual 19,217 unit pada Tahun Kewangan (TK) 2021 yang mewakili peningkatan sebanyak 66% meskipun jumlah Industri (TIV) menurun sebanyak 6.7%  berbanding tempoh sama pada TK 2020 (April 2020 – Mac 2021). Top 3 Pengeluar Bukan Nasional Pencapaian baik syarikat itu meletakkan mereka selesa berada dalam kalangan top 3 kategori pengeluar automotif bukan nasional. Mitsubishi XPANDER terus mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia, dan juga menerajui jualan untuk jenama Mitsubishi Motors. Crossover tujuh tempat duduk ini telah menutup tirai TK 2021 dengan 9,065 unit dijual, yang menyumbang 47.2% kepada jumlah keseluruhan jualan syarikat. Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh dengan hampir 21.4% dan kekal sebagai salah satu pilihan kegemaran dalam segmen trak pikap walaupun menerima cabaran dari pesaingnya yang baru dilancarkan. MMM telah menjual 9,420 unit Triton pada TK 2021 iaitu peningkatan 24% berbanding TK 2020. Dua tahun lalu, sukar bagi industri automotif untuk bertahan kerena berdepan dengan peningkatan kes Omicron, banjir yang menjejaskan Lembah Klang dan wilayah Pantai Timur serta kekurangan alat ganti atau cip elektronik. Walau bagaimanapun, prestasi jualan MMM terus berkembang dan menunjukkan kejayaan yang ketara bagi syarikat tersebut. Pengecualian SST Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memulakan dan melanjutkan pengecualian SST untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Ini memberi pelanggan lebih penjimatan serta syarikat lebih masa untuk memenuhi semua tempahan yang dibuat.   Tambahnya, MMM akan terus bergerak ke hadapan dengan momentum yang kukuh untuk 2022 setelah menyedari bahawa sebilangan besar pelanggan mereka menyasarkan untuk membeli kereta mereka sebelum pengecualian SST tamat tempoh pada akhir bulan Jun. MMM telah meningkatkan kapasiti pengeluaran sambil mengekalkan tahap kualiti produk yang tiggi dalam memenuhi tempahan supaya dapat memberikan pelanggan kemudahan yang terbaik di samping memberikan keyakinan terhadap syarikat.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) tetap mengakhiri tahun 2021 dengan jayanya meskipun terkesan selama 2 tahun akibat pandemik, banjir, kekurangan cip dan alat ganti.

Syarikat tersebut menjual 19,217 unit pada Tahun Kewangan (TK) 2021 yang mewakili peningkatan sebanyak 66% meskipun jumlah Industri (TIV) menurun sebanyak 6.7%  berbanding tempoh sama pada TK 2020 (April 2020 – Mac 2021).

Top 3 Pengeluar Bukan Nasional

Pencapaian baik syarikat itu meletakkan mereka selesa berada dalam kalangan top 3 kategori pengeluar automotif bukan nasional.

Mitsubishi XPANDER terus mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia, dan juga menerajui jualan untuk jenama Mitsubishi Motors. Crossover tujuh tempat duduk ini telah menutup tirai TK 2021 dengan 9,065 unit dijual, yang menyumbang 47.2% kepada jumlah keseluruhan jualan syarikat.

Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh dengan hampir 21.4% dan kekal sebagai salah satu pilihan kegemaran dalam segmen trak pikap walaupun menerima cabaran dari pesaingnya yang baru dilancarkan. MMM telah menjual 9,420 unit Triton pada TK 2021 iaitu peningkatan 24% berbanding TK 2020.

Dua tahun lalu, sukar bagi industri automotif untuk bertahan kerena berdepan dengan peningkatan kes Omicron, banjir yang menjejaskan Lembah Klang dan wilayah Pantai Timur serta kekurangan alat ganti atau cip elektronik.

Walau bagaimanapun, prestasi jualan MMM terus berkembang dan menunjukkan kejayaan yang ketara bagi syarikat tersebut.

Pengecualian SST

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memulakan dan melanjutkan pengecualian SST untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Ini memberi pelanggan lebih penjimatan serta syarikat lebih masa untuk memenuhi semua tempahan yang dibuat.  

Tambahnya, MMM akan terus bergerak ke hadapan dengan momentum yang kukuh untuk 2022 setelah menyedari bahawa sebilangan besar pelanggan mereka menyasarkan untuk membeli kereta mereka sebelum pengecualian SST tamat tempoh pada akhir bulan Jun.

MMM telah meningkatkan kapasiti pengeluaran sambil mengekalkan tahap kualiti produk yang tiggi dalam memenuhi tempahan supaya dapat memberikan pelanggan kemudahan yang terbaik di samping memberikan keyakinan terhadap syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language