October 4, 2023
Isu bekalan cip menjadi penghalang dan masalah kepada Proton apabila jualan bulan April mencatat 8,839 unit (domestik + eksport), penurunan sebanyak 32.2% berbanding bulan Mac 2022. Jualan bagi Proton mengikut model untuk bulan April 2022 adalah seperti berikut.  Model  Jumlah Unit Terjual Jumlah Jualan 2022 Pencapaian Jualan untuk April 2022 Saga 4,579 14,028 Jualan sedan segmen-A kedua tertinggi Persona 622 4,402 Jualan sedan segmen-B ketiga tertinggi Exora 301 1,048 Jualan MPV segmen-C tertinggi Iriz 253 1,569 Jualan hatchback segmen-B keempat tertinggi X70 1,530 5,768 Jualan SUV segmen-C tertinggi X50 1,554 8,730 Jualan SUV segmen-B tertinggi Total 8,839 35,545   Jualan Proton terganggu akibat isu bekalan cip “Selepas dua tahun dengan jualan yang terjejas akibat pandemik, pasaran automotif Malaysia menunjukkan  potensi pertumbuhan yang kukuh pada 2022, ia terbukti dengan senarai menunggu yang panjang untuk  penghantaran kereta baharu. Proton dengan sedaya upaya memenuhi permintaan pasaran, tetapi kami juga  mesti mengakui yang kami paling terjejas oleh isu bekalan cip.  “Kami bersyukur kerana kami telah memperoleh bekalan cip untuk bulan Mei dan Jun dan mengunjurkan  pemulihan yang pantas dalam beberapa bulan yang akan datang. Situasi masih tidak menentu bagi sepanjang  tahun ini dan industri kereta global berada di bawah tekanan tinggi akibat kenaikan kos, tetapi Syarikat sedang mengusahakan penyelesaian terhadap isu-isu ini untuk memastikan pelanggan kami mendapat produk dan nilai terbaik di Malaysia dan di luar negara,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar. Yang pasti, isu bekalan cip kini sudah sah terasa di Malaysia oleh Proton sendiri, dan tanpa solusi di depan mata, kita hanya boleh mengagak bila bekalan cip ini akan pulih sepenuhnya.  Adakah ini bakal menggangu pelancaran Proton Saga MC2 dan Proton X70 MC1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi? 

Isu bekalan cip menjadi penghalang dan masalah kepada Proton apabila jualan bulan April mencatat 8,839 unit (domestik + eksport), penurunan sebanyak 32.2% berbanding bulan Mac 2022.

Jualan bagi Proton mengikut model untuk bulan April 2022 adalah seperti berikut. 

Model 
Jumlah Unit Terjual
Jumlah Jualan 2022
Pencapaian Jualan untuk April 2022

Saga
4,579
14,028
Jualan sedan segmen-A kedua tertinggi

Persona
622
4,402
Jualan sedan segmen-B ketiga tertinggi

Exora
301
1,048
Jualan MPV segmen-C tertinggi

Iriz
253
1,569
Jualan hatchback segmen-B keempat tertinggi

X70
1,530
5,768
Jualan SUV segmen-C tertinggi

X50
1,554
8,730
Jualan SUV segmen-B tertinggi

Total
8,839
35,545
 

Jualan Proton terganggu akibat isu bekalan cip

“Selepas dua tahun dengan jualan yang terjejas akibat pandemik, pasaran automotif Malaysia menunjukkan  potensi pertumbuhan yang kukuh pada 2022, ia terbukti dengan senarai menunggu yang panjang untuk  penghantaran kereta baharu. Proton dengan sedaya upaya memenuhi permintaan pasaran, tetapi kami juga  mesti mengakui yang kami paling terjejas oleh isu bekalan cip. 

“Kami bersyukur kerana kami telah memperoleh bekalan cip untuk bulan Mei dan Jun dan mengunjurkan  pemulihan yang pantas dalam beberapa bulan yang akan datang. Situasi masih tidak menentu bagi sepanjang  tahun ini dan industri kereta global berada di bawah tekanan tinggi akibat kenaikan kos, tetapi Syarikat sedang mengusahakan penyelesaian terhadap isu-isu ini untuk memastikan pelanggan kami mendapat produk dan nilai terbaik di Malaysia dan di luar negara,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Yang pasti, isu bekalan cip kini sudah sah terasa di Malaysia oleh Proton sendiri, dan tanpa solusi di depan mata, kita hanya boleh mengagak bila bekalan cip ini akan pulih sepenuhnya. 

Adakah ini bakal menggangu pelancaran Proton Saga MC2 dan Proton X70 MC1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language