November 28, 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta Kementerian Pengangkutan untuk berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berpatutan. Beliau menepis spekulasi di media sosial yang mengatakan bahawa harga tambang ECRL akan mahal dengan mengatakan ianya hanyalah fitnah semata-mata.   *Kredit foto: Bernama Tambang Murah, Mesra Rakyat Ketika Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang, PM menjelaskan tambang ECRL nanti seharusnya seperti kadar tambang perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTM yang mesra rakyat. Terdahulu, Menteri Pengangkutan (MOT), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah menepis dakwaan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa tambang ECRL akan dikenakan sehingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan. Menurut Wee dakwaan tersebut bersifat spekulatif dan tidak berasas kerana penetapan kadar tambang ECRL dibuat berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD). Tambahnya, kadar tambang yang ditetapkan kelak akan memastikan ECRL terus berdaya saing dengan harga berpatutan, dalam masa sama mampu untuk menanggung kos pengoperasian serta penyelenggaraan. *Kredit foto: Berita Harian MOT Ada Cara Tentukan Kadar Tambang ECRL Kementerian Pengangkutan sudah mempunyai mekanisme sendiri dalam menentukan harga tiket ECRL bagi memastikan ia mampu milik. "Kita ada mekanisme kita sendiri. Di peringkat APAD kita memang ada kaedah pengiraan. Sebab itu untuk perkhidmatan yang dibekalkan atau diberikan oleh pihak KTMB termasuk ETS, kadar pengiraan adalah berdasarkan per kilometer, jadi akhirnya penjumlahan itu tidak membebankan," jelas Wee. *Kredit foto: The Star Tambah Wee, kadar pengiraan tambang ECRL juga tidak akan memasukkan komponen perbelanjaan modal (Capex). Maksudnya, jika Capex dimasukkan, kerajaan perlu meminta balik pulangan yang dibelanjakan dan ia bukan yang ingin dilakukan kerajaan. "Sebagai contoh, untuk seorang penumpang yang kerap menggunakan MRT, kos sebenarnya RM200, tetapi RM200 ini kita tidak kutip sepenuhnya, sebaliknya kita berikan pas My50 bermaksud 75% atau RM150 itu ditanggung oleh kerajaan. Itu pun kita tidak mengambil kira pelaburan asas untuk membangunkan infrastruktur terbabit. Kalau kita masukkan semua ini ia akan menjadi jumlah yang besar,” katanya.      

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta Kementerian Pengangkutan untuk berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berpatutan.

Beliau menepis spekulasi di media sosial yang mengatakan bahawa harga tambang ECRL akan mahal dengan mengatakan ianya hanyalah fitnah semata-mata.  

*Kredit foto: Bernama

Tambang Murah, Mesra Rakyat

Ketika Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang, PM menjelaskan tambang ECRL nanti seharusnya seperti kadar tambang perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTM yang mesra rakyat.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan (MOT), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah menepis dakwaan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa tambang ECRL akan dikenakan sehingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan.

Menurut Wee dakwaan tersebut bersifat spekulatif dan tidak berasas kerana penetapan kadar tambang ECRL dibuat berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD). Tambahnya, kadar tambang yang ditetapkan kelak akan memastikan ECRL terus berdaya saing dengan harga berpatutan, dalam masa sama mampu untuk menanggung kos pengoperasian serta penyelenggaraan.

*Kredit foto: Berita Harian

MOT Ada Cara Tentukan Kadar Tambang ECRL

Kementerian Pengangkutan sudah mempunyai mekanisme sendiri dalam menentukan harga tiket ECRL bagi memastikan ia mampu milik.

“Kita ada mekanisme kita sendiri. Di peringkat APAD kita memang ada kaedah pengiraan. Sebab itu untuk perkhidmatan yang dibekalkan atau diberikan oleh pihak KTMB termasuk ETS, kadar pengiraan adalah berdasarkan per kilometer, jadi akhirnya penjumlahan itu tidak membebankan,” jelas Wee.

*Kredit foto: The Star

Tambah Wee, kadar pengiraan tambang ECRL juga tidak akan memasukkan komponen perbelanjaan modal (Capex). Maksudnya, jika Capex dimasukkan, kerajaan perlu meminta balik pulangan yang dibelanjakan dan ia bukan yang ingin dilakukan kerajaan.

“Sebagai contoh, untuk seorang penumpang yang kerap menggunakan MRT, kos sebenarnya RM200, tetapi RM200 ini kita tidak kutip sepenuhnya, sebaliknya kita berikan pas My50 bermaksud 75% atau RM150 itu ditanggung oleh kerajaan. Itu pun kita tidak mengambil kira pelaburan asas untuk membangunkan infrastruktur terbabit. Kalau kita masukkan semua ini ia akan menjadi jumlah yang besar,” katanya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language