September 27, 2022
Penyebab utama individu terjebak dengan aktiviti merempit adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya serta kerelaan diri sendiri. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir, perkara tersebut disimpulkan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pihaknya selama tiga tahun bagi mengetahui punca sebenar seseorang boleh terlibat dalam aktiviti lumba haram. *Kredit foto: The Sun Kajian Terhadap Mat Rempit Menerusi kajian tersebut, seramai 300 Mat Rempit tegar yang berusia 16 hingga 27 tahun telah didekati dan ditemu bual di lima kawasan iaitu: Di sekitar bandar raya Johor Bahru Seri Alam Kulai Skudai Iskandar Puteri Menurut Roslan, selama ini masing-masing menuding jari dan mencari kesalahan. Ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat. Walau bagaimanapun, beliau berkata 90% daripada hasil kajian mendapati bahawa punca utama seseorang merempit bukanlah disebabkan salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga, sebaliknya disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan diri sendiri. Hasil Kajian Dibukukan Roslan telah melancarkan buku ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ yang merupakan penulisan pertamanya berkenaan kajian pihaknya mengenai aktiviti Mat Rempit di negara ini. Buku tersebut menceritakan mengenai Mat Rempit secara keseluruhannya serta hasil-hasil kajian yang telah diperolehi. Roslan berkata mungkin buku ini tidak akan dibaca oleh Mat Rempit, namun mungkin kawan-kawan mereka akan baca. Jadi beliau berharap ia boleh memberi dorongan dan kesedaran sekali gus mereka yang terlibat tahu apa impaknya pada diri sendiri. *Kredit foto: Kosmo Baginya, masalah Mat Rempit yang berleluasa ini boleh ditangai sekiranya badan-badan tertentu pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran secara berterusan. “Antara penyelesaian kita dapat buat, mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memberi nasihat,” tambahnya.

Penyebab utama individu terjebak dengan aktiviti merempit adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya serta kerelaan diri sendiri.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir, perkara tersebut disimpulkan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pihaknya selama tiga tahun bagi mengetahui punca sebenar seseorang boleh terlibat dalam aktiviti lumba haram.

*Kredit foto: The Sun

Kajian Terhadap Mat Rempit

Menerusi kajian tersebut, seramai 300 Mat Rempit tegar yang berusia 16 hingga 27 tahun telah didekati dan ditemu bual di lima kawasan iaitu:

Di sekitar bandar raya Johor Bahru
Seri Alam
Kulai
Skudai
Iskandar Puteri

Menurut Roslan, selama ini masing-masing menuding jari dan mencari kesalahan. Ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.

Walau bagaimanapun, beliau berkata 90% daripada hasil kajian mendapati bahawa punca utama seseorang merempit bukanlah disebabkan salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga, sebaliknya disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan diri sendiri.

Hasil Kajian Dibukukan

Roslan telah melancarkan buku ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ yang merupakan penulisan pertamanya berkenaan kajian pihaknya mengenai aktiviti Mat Rempit di negara ini.

Buku tersebut menceritakan mengenai Mat Rempit secara keseluruhannya serta hasil-hasil kajian yang telah diperolehi.

Roslan berkata mungkin buku ini tidak akan dibaca oleh Mat Rempit, namun mungkin kawan-kawan mereka akan baca. Jadi beliau berharap ia boleh memberi dorongan dan kesedaran sekali gus mereka yang terlibat tahu apa impaknya pada diri sendiri.

*Kredit foto: Kosmo

Baginya, masalah Mat Rempit yang berleluasa ini boleh ditangai sekiranya badan-badan tertentu pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran secara berterusan.

“Antara penyelesaian kita dapat buat, mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memberi nasihat,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language