December 6, 2022
Sport bike 250cc paling berkuasa di dunia, Kawasaki ZX-25R bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada pertengahan 2023! Berita baik ini telah diumumkan oleh CEO Modenas, Datuk Roslan Roskan di booth Kawasaki di Litar Antarabangsa Sepang sempena dengan MotoGP Malaysia dan pelancaran beberapa model baharunya di pasaran Malaysia.  Kawasaki ZX-25R Tiba Pertengahan 2023 Dengan Lencana Modenas Menurut Datuk Roslan, jentera garang idaman ramai ini bakal dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2023. Ketika ini, Modenas dan Kawasaki masih berbincang dan belum memutuskan sama ada model ini bakal ditawarkan dalam bentuk CBU atau CKD, namun Datuk Roslan menegaskan bahawa model ini besar kemungkinan akan diperkenalkan dalam bentuk CKD. Tambah beliau, mengikut perjanjian kerjasama antara Kawasaki dan Modenas, setiap model Kawasaki yang dipasang di sini bakal dilencanakan semula dengan lencana Modenas, seperti yang berlaku pada Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250. Motor ini juga dikatakan bakal ditawarkan dalam beberapa pilihan varian, menandakan ia mungkin bakal hadir dengan varian standard serta varian SE. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dilakukan pada bahagian ekzos motosikal ini bagi mematuhi piawan serta regulasi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Harga Kawasaki ZX-25R Datuk Roslan berkata ketika ini, masih belum ada anggaran harga yang bakal ditawarkan pada motosikal ini. Di pasaran Thailand, model ini dijual pada harga 299,000 baht atau (RM36,922). Walau bagaimanapun, memandangkan ia bakal membawa lencana Modenas dan dipasang di sini, harganya bakal menjadi lebih ‘menarik’ menurut Datuk Roslan. Spesifikasi Kawasaki ZX-25R Enjin: 4st,4 silinder, DOHC, liquid-cooled CC: 249.8 Kuasa maksimum: 34.5 kW (46 PS) / 15,500 rpm Kuasa maksimum dengan Ram Air: 35.2 kW (47 PS) / 15,500 rpm Tork maksimum: 22 Nm / 12,500 rpm Transmisi: 6 kelajuan Klac: basah, multi-disc Suspensi: depan – Telescopic fork (upside-down), belakang – Horizontal Back-Link Swing Arm Brek: single disc, (277 mm hadapan, 186 mm belakang) Agak-agaknya berapa harga yang bakal diperkenalkan pada pengendali motosikal prestasi 250cc ini di Malaysia kelak?

Sport bike 250cc paling berkuasa di dunia, Kawasaki ZX-25R bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada pertengahan 2023!

Berita baik ini telah diumumkan oleh CEO Modenas, Datuk Roslan Roskan di booth Kawasaki di Litar Antarabangsa Sepang sempena dengan MotoGP Malaysia dan pelancaran beberapa model baharunya di pasaran Malaysia. 

Kawasaki ZX-25R Tiba Pertengahan 2023 Dengan Lencana Modenas

Menurut Datuk Roslan, jentera garang idaman ramai ini bakal dilancarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2023.

Ketika ini, Modenas dan Kawasaki masih berbincang dan belum memutuskan sama ada model ini bakal ditawarkan dalam bentuk CBU atau CKD, namun Datuk Roslan menegaskan bahawa model ini besar kemungkinan akan diperkenalkan dalam bentuk CKD.

Tambah beliau, mengikut perjanjian kerjasama antara Kawasaki dan Modenas, setiap model Kawasaki yang dipasang di sini bakal dilencanakan semula dengan lencana Modenas, seperti yang berlaku pada Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250.

Motor ini juga dikatakan bakal ditawarkan dalam beberapa pilihan varian, menandakan ia mungkin bakal hadir dengan varian standard serta varian SE.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dilakukan pada bahagian ekzos motosikal ini bagi mematuhi piawan serta regulasi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Harga Kawasaki ZX-25R

Datuk Roslan berkata ketika ini, masih belum ada anggaran harga yang bakal ditawarkan pada motosikal ini. Di pasaran Thailand, model ini dijual pada harga 299,000 baht atau (RM36,922).

Walau bagaimanapun, memandangkan ia bakal membawa lencana Modenas dan dipasang di sini, harganya bakal menjadi lebih ‘menarik’ menurut Datuk Roslan.

Spesifikasi Kawasaki ZX-25R

Enjin: 4st,4 silinder, DOHC, liquid-cooled
CC: 249.8
Kuasa maksimum: 34.5 kW (46 PS) / 15,500 rpm
Kuasa maksimum dengan Ram Air: 35.2 kW (47 PS) / 15,500 rpm
Tork maksimum: 22 Nm / 12,500 rpm
Transmisi: 6 kelajuan
Klac: basah, multi-disc
Suspensi: depan – Telescopic fork (upside-down), belakang – Horizontal Back-Link Swing Arm
Brek: single disc, (277 mm hadapan, 186 mm belakang)

Agak-agaknya berapa harga yang bakal diperkenalkan pada pengendali motosikal prestasi 250cc ini di Malaysia kelak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language