Categories
Auto news

Keadaan Litar Gong Badak Menyedihkan – Nak Bina Litar Drag Di Setiap Negeri?

Jika satu litar pun tidak dapat dijaga dengan baik, bagaimana pula jika litar drag ini dibina di setiap buah negeri seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri?

Susulan kemalangan maut melibatkan pelumba drag di Litar Gong Badak, Terengganu baru-baru ini, ramai yang berpendapat bahawa Litar Perlumbaan Gong Badak itu masih belum layak digelar litar bertaraf dunia.

Belum Bertaraf Dunia

Apabila bercakap tentang litar bertaraf dunia, aspek keselamatan perlulah menjadi perkara utama yang dititikberatkan memandangkan sukan permotoran memang terkenal dengan risiko yang tinggi.

Litar antarabangsa ini bukanlah tiada langsung ciri keselamatannya, namun ia kelihatan seperti tidak cukup. Sebagai contoh, penghadang konkrit yang diletakkan pada trek drag itu tidak dipasang sehingga hujung trek seperti yang biasa dilihat di trek lumba drag di luar negara.

Selain itu, keadaan jalan di trek itu juga boleh dipersoalkan memandangkan jalan itu kelihatan beralun meskipun jalannya lurus. Keadaan jalan yang tidak rata semestinya akan mengganggu prestasi kereta selain boleh meyebabkan kemalangan.

Lebih merisaukan, zon untuk memperlahankan kereta di litar itu berada di sebelah kawasan letak kereta. Keadaan ini agak membahaya sekiranya pemandu tidak sempat untuk berhenti atau mengalami masalah brek yang borpotensi mengundang padah. Walaupun ada pagar di bahagian itu, rasa-rasa mampu ke kereta berkelajuan 200 km/j untuk berhenti jika mengalami masalah brek?

Sementara itu, ada juga yang mempertikaikan mengapa gam hanya diletakkan di bahagian permulaan perlumbaan drag sahaja, dan bukanlah sepanjang trek. Untuk pengetahuan anda, gam itu digunakan di bahagian permulaan untuk memberikan permukaan melekit bagi memastikan tayar kereta tidak burnout ketika pecutan permulaan dibuat. Jika gam itu diletakkan di sepanjang trek, memang berat la jawabnya.

Litar Sedia Ada Tak Terjaga, Mahu Bina Lagi?

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bakal membina litar drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran tanah air.

Tidak dinafikan, pembinaan litar itu memang bagus untuk membangunkan lagi sukan permotoran tanah air. Namun jika litar sedia ada pun tidak terjaga dengan baik, bayangkan jika setiap negeri menerima sebuah litar drag baharu. Bagaimana pula dengan penjagaan dan penyelenggaraan litar itu?

Menurut PM, perlumbaan drag dlihat kurang berbahaya kerana ia hanya memerlukan jalan yang lebih pendek dan lurus jika dibandingkan dengan perlumbaan trek. Namun jika litar drag ini tidak dijaga dengan baik, ia semestinya bakal mengundang terhadap lebih banyak masalah lain.

Mempunyai litar bertaraf dunia hanyalah langkah pertama. Langkah kedua ataupun langkah yang terpenting adalah melaksanakan prosedur yang betul untuk menyelenggara litar tersebut.

Walaupun kerajaan mahu membina litar drag baharu bertaraf dunia sekalipun, tidak ada gunanya kita bermegah dengan litar bertaraf dunia itu jika kita tidak akan mengikut piawaian yang diikuti oleh kebanyakan negara lain.

Kesimpulannya, artikel ini ditulis bukanlah disebabkan perasaan tidak bersyukur walaupun dilengkapi dengan litar sedemikian. Walau bagaimanapun, aspek-aspek lain terutamanya aspek keselamatan, prosedur dan peralatan perlu ditambah baik demi memastikan pemandu, penonton dan krew sentiasa dalam keadaan selamat ketika berlumba.        

Majulah Sukan Permotoran Untuk Negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language