May 28, 2022
Kenapa kita kena guna RFID? Di antara RFID, SmartTAG atau kad Touch ‘n Go, mana satu yang paling berbaloi nak guna? Bagi mereka yang masih berkira-kira sama ada ingin beralih ke RFID atau teruskan sahaja menggunakan SmartTAG/ kad fizikal Touch ‘n Go, ini adalah antara kelebihan menggunakan RFID menurut PLUS. Kenapa Perlu Guna RFID? Perlaksanaan RFID selaras dengan hasrat kerajaan untuk beralih kepada Sistem Pengangkutan Pintar seperti Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) atau lebih tepat, plaza tol tanpa palang.  RFID sebagai ujian rintis awam dan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu seperti penguatkuasaan, pilihan pembayaran, kemudahan pelanggan dan banyak lagi. PLUS akan terus berusaha untuk menambah baik RFID supaya lebih lancar di masa hadapan melalui proses pembelajaran, penyesuaian, membaiki dan meningkatkan kecekapan secara berterusan.   Kerajaan telah meneroka pelbagai pilihan teknologi dan merumuskan bahawa RFID adalah pilihan yang paling berpatutan untuk kebanyakan pengguna lebuh raya di Malaysia.   Menurut PLUS, plaza tol mereka setanding dengan industri antarabangsa. Semua pembaca gantri mereka mematuhi piawaian pensijilan ISO IEC180000-6C untuk melangkah kearah MLFF.  Kelebihan Guna RFID Pilihan tambahan kepada pengguna lebuh raya untuk membayar tol dan mengurangkan kesesakan. Pengguna bebas memilih lorong mana yang paling lancar. Urusan tambah nilai lebih mudah melalui eWallet sahaja, tak perlu ke stesen minyak atau kedai untuk tambah nilai kad. Tidak perlu menggunakan/ menukar bateri seperti SmartTAG. Perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti untuk membayar tol dengan kelajuan dibawah 30 km/j. Transaksi tol tanpa sentuh membantu mengurangkan jangkitan Covid-19. Boleh jejak semula segala perbelanjaan tol setiap bulan dengan mudah. Apa Rancangan Untuk Tambah Baik RFID? Pengumpulan data melalui AI Machine Learning, penyesuaian dan penambahbaikan sistem untuk menjadikan perjalanan lebih lancar. Bakal memperkenalkan RFID bagi penggunaan kenderaan berat seperti lori dan bas. Potensi intergrasi bagi mana-mana teknologi baharu yang dilaksanakan. Harga RFID Mahal? Susulan harga tag RFID yang dianggap mahal kerana dijual pada harga RM35, kerajaan telah berunding dengan TNG untuk mengurangkan harga jualan tag itu. Harga RM35 itu merangkumi kos: tag RFID pemasangan tag sistem dan pengoperasian Berdasarkan situasi semasa, nampaknya rundingan masih berjalan memandangkan tag RFID masih dijual pada harga sama.  Walaupun RFID bertindak sebagai pilihan tambahan untuk membayar tol, namun pengguna diingatkan untuk sentiasa menggunakan lorong pembayaran yang sama untuk masuk dan keluar dari lebuh raya.  Peralihan ke arah MLFF merupakan usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini. Walau bagaimanapun, teknologi masa depan ke arah mencapai MLFF masih dalam kajian dan perkembangan selanjutnya akan diumumkan kerajaan.    

Kenapa kita kena guna RFID? Di antara RFID, SmartTAG atau kad Touch ‘n Go, mana satu yang paling berbaloi nak guna?

Bagi mereka yang masih berkira-kira sama ada ingin beralih ke RFID atau teruskan sahaja menggunakan SmartTAG/ kad fizikal Touch ‘n Go, ini adalah antara kelebihan menggunakan RFID menurut PLUS.

Kenapa Perlu Guna RFID?

Perlaksanaan RFID selaras dengan hasrat kerajaan untuk beralih kepada Sistem Pengangkutan Pintar seperti Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) atau lebih tepat, plaza tol tanpa palang. 

RFID sebagai ujian rintis awam dan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu seperti penguatkuasaan, pilihan pembayaran, kemudahan pelanggan dan banyak lagi.

PLUS akan terus berusaha untuk menambah baik RFID supaya lebih lancar di masa hadapan melalui proses pembelajaran, penyesuaian, membaiki dan meningkatkan kecekapan secara berterusan.
 
Kerajaan telah meneroka pelbagai pilihan teknologi dan merumuskan bahawa RFID adalah pilihan yang paling berpatutan untuk kebanyakan pengguna lebuh raya di Malaysia.
 
Menurut PLUS, plaza tol mereka setanding dengan industri antarabangsa. Semua pembaca gantri mereka mematuhi piawaian pensijilan ISO IEC180000-6C untuk melangkah kearah MLFF. 

Kelebihan Guna RFID

Pilihan tambahan kepada pengguna lebuh raya untuk membayar tol dan mengurangkan kesesakan. Pengguna bebas memilih lorong mana yang paling lancar.
Urusan tambah nilai lebih mudah melalui eWallet sahaja, tak perlu ke stesen minyak atau kedai untuk tambah nilai kad.
Tidak perlu menggunakan/ menukar bateri seperti SmartTAG.
Perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti untuk membayar tol dengan kelajuan dibawah 30 km/j.
Transaksi tol tanpa sentuh membantu mengurangkan jangkitan Covid-19.
Boleh jejak semula segala perbelanjaan tol setiap bulan dengan mudah.

Apa Rancangan Untuk Tambah Baik RFID?

Pengumpulan data melalui AI Machine Learning, penyesuaian dan penambahbaikan sistem untuk menjadikan perjalanan lebih lancar.
Bakal memperkenalkan RFID bagi penggunaan kenderaan berat seperti lori dan bas.
Potensi intergrasi bagi mana-mana teknologi baharu yang dilaksanakan.

Harga RFID Mahal?

Susulan harga tag RFID yang dianggap mahal kerana dijual pada harga RM35, kerajaan telah berunding dengan TNG untuk mengurangkan harga jualan tag itu.

Harga RM35 itu merangkumi kos:

tag RFID
pemasangan tag
sistem dan pengoperasian

Berdasarkan situasi semasa, nampaknya rundingan masih berjalan memandangkan tag RFID masih dijual pada harga sama. 

Walaupun RFID bertindak sebagai pilihan tambahan untuk membayar tol, namun pengguna diingatkan untuk sentiasa menggunakan lorong pembayaran yang sama untuk masuk dan keluar dari lebuh raya. 

Peralihan ke arah MLFF merupakan usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini. Walau bagaimanapun, teknologi masa depan ke arah mencapai MLFF masih dalam kajian dan perkembangan selanjutnya akan diumumkan kerajaan.  

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language