September 24, 2022
Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang menunjukkan sebuah Mercedes AMG C43 telah membiarkan dua penumpang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui sunroof ketika kereta sedang dipandu. Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyelar tindakan berbahaya itu memandangkan kereta sedang dipandu di atas lebuh raya. *Kredit video: Asrul Ali Selain membiarkan penumpang kanak-kanak berada dalam situasi berbahaya, kereta terbabit telah menerima kecaman hebat di media sosial kerana turut melakukan kesalahan lain seperti: Memotong dari arah kiri Tidak memberikan signal Memandu secara berbahaya (zig-zag) Membahayakan nyawa penumpang Kita ketepikan dahulu kesalahan memandunya. Persoalannya, boleh ke keluarkan kepala di sunroof ketika kereta sedang bergerak mengikut undang-undang Malaysia? Boleh Ke Keluarkan Kepala Di Sunroof? Berdasarkan pertanyaan kami kepada pihak polis, ketika ini masih belum ada tindakan yang dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang membenarkan penumpang untuk berdiri dan mengeluarkan kepada melalui sunroof ketika kereta sedang bergerak. Mungkin ada sesetengah pemandu yang teruja dan mahu memberikan pengalaman baharu kepada anak-anak dengan membenarkan mereka menjenguk di sunroof. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mungkin tiada masalah dilakukan di kawasan perumahan atau kawasan tertutup yang tidak sesak dengan kenderaan lain. Walau bagaimanapun, tindakan mengeluarkan kepada melalui sunroof boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang terutama ketika berada di atas lebuh raya atau jalan besar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Mengikut undang-undang Seksyen 336 Kanun Keseksaan, segala perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan orang lain boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya. *Kredit foto: Harian Metro Sebelum ini, pihak polis telah menahan pemandu Perodua Alza mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana disyaki memandu kereta dan membenarkan tiga penumpang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak. Jika nak dibandingkan risiko mengeluarkan kepala di sunroof atau tingkap kereta, kedua-duanya sama sahaja iaitu mendatangkan bahaya. Jika mendatangkan bahaya dan berisiko untuk kemalangan, anda boleh disaman. Peranan Ibu Bapa Mengawal dan memantau keselamatan penumpang kanak-kanak Jangan benarkan kanak-kanak berdiri semasa kereta bergerak Lebih tegas dalam mendidik Kunci tingkap dan pintu penumpang ketika kereta sedang bergerak Pastikan penumpang menggunakan tali pinggang keledar Memastikan anak berada di dalam babyseat atau booster seat mengikut umur Meskipun perkara ini dianggap remeh, namun keselamatan nyawa itu yang paling penting. Motif kewujudan sunroof pada kereta bukanlah untuk digunakan sebagai viewing deck kereta anda ketika sedang bergerak. Beringatlah sebelum terkena kerana sesungguhnya nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.   

Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang menunjukkan sebuah Mercedes AMG C43 telah membiarkan dua penumpang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui sunroof ketika kereta sedang dipandu.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyelar tindakan berbahaya itu memandangkan kereta sedang dipandu di atas lebuh raya.

*Kredit video: Asrul Ali

Selain membiarkan penumpang kanak-kanak berada dalam situasi berbahaya, kereta terbabit telah menerima kecaman hebat di media sosial kerana turut melakukan kesalahan lain seperti:

Memotong dari arah kiri
Tidak memberikan signal
Memandu secara berbahaya (zig-zag)
Membahayakan nyawa penumpang

Kita ketepikan dahulu kesalahan memandunya. Persoalannya, boleh ke keluarkan kepala di sunroof ketika kereta sedang bergerak mengikut undang-undang Malaysia?

Boleh Ke Keluarkan Kepala Di Sunroof?

Berdasarkan pertanyaan kami kepada pihak polis, ketika ini masih belum ada tindakan yang dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang membenarkan penumpang untuk berdiri dan mengeluarkan kepada melalui sunroof ketika kereta sedang bergerak.

Mungkin ada sesetengah pemandu yang teruja dan mahu memberikan pengalaman baharu kepada anak-anak dengan membenarkan mereka menjenguk di sunroof. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mungkin tiada masalah dilakukan di kawasan perumahan atau kawasan tertutup yang tidak sesak dengan kenderaan lain.

Walau bagaimanapun, tindakan mengeluarkan kepada melalui sunroof boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang terutama ketika berada di atas lebuh raya atau jalan besar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

Mengikut undang-undang Seksyen 336 Kanun Keseksaan, segala perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan orang lain boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya.

*Kredit foto: Harian Metro

Sebelum ini, pihak polis telah menahan pemandu Perodua Alza mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana disyaki memandu kereta dan membenarkan tiga penumpang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak.

Jika nak dibandingkan risiko mengeluarkan kepala di sunroof atau tingkap kereta, kedua-duanya sama sahaja iaitu mendatangkan bahaya. Jika mendatangkan bahaya dan berisiko untuk kemalangan, anda boleh disaman.

Peranan Ibu Bapa

Mengawal dan memantau keselamatan penumpang kanak-kanak
Jangan benarkan kanak-kanak berdiri semasa kereta bergerak
Lebih tegas dalam mendidik
Kunci tingkap dan pintu penumpang ketika kereta sedang bergerak
Pastikan penumpang menggunakan tali pinggang keledar
Memastikan anak berada di dalam babyseat atau booster seat mengikut umur

Meskipun perkara ini dianggap remeh, namun keselamatan nyawa itu yang paling penting. Motif kewujudan sunroof pada kereta bukanlah untuk digunakan sebagai viewing deck kereta anda ketika sedang bergerak. Beringatlah sebelum terkena kerana sesungguhnya nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.   

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language