Categories
Auto news

Kerajaan Jamin Harga Tiket ECRL Tidak Membebankan Pengguna

Kerajaan Malaysia telah memberi jaminan yang tambang keretapi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan membebankan pengguna atau rakyat nanti.

Ini berikutan dakwaan Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang berkata bahawa tambang ECRL akan sehingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket kapal terbang. Carlist.my ingin bertanya akan YB Pengerusi PKR di mana beliau memetik angka sehingga enam kali itu – adakah ianya berdasarkan sebuah kertas kerja atau penyelidikan daripada pihak YB atau spekulasi semata-mata? 

Harga tiket ECRL mahal?

*Kredit foto: Astro Awani

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, dakwaan Pengerusi PKR Terengganu bersifat spekulatif dan tidak berasas. Wee turut menambah yang perbincangan berhubung harga tiket ECRL masih berjalan di peringkat kerajaan dan ianya akan ditetapkan supaya setara dengan kadar tambang yang dikenakan oleh perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Barat Semenanjung.

*Kredit foto: thestar.com.my

“Sepertimana yang diketahui, kadar tambang ETS adalah amat berpatutan dan lebih rendah berbanding kadar tiket kapal terbang bagi laluan dan destinasi di Pantai Barat Semenanjung. Penetapan kadar tambang ECRL adalah berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Secara dasarnya, kadar tambang yang ditetapkan akan memastikan ECRL terus berdaya saing dengan harga berpatutan dan dalam masa sama berupaya menanggung kos pengoperasian serta penyelenggaraan. Apa yang paling penting, ia tidak akan membebankan para pengguna,” kata Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau.

Ini semua gara-gara Pengerusi PKR Terengganu yang dipetik berkata tiket ECRL dijangka mahal disebabkan kos pembinaannya yang tinggi. 

Status Projek ECRL

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 655 kilometer itu merangkumi kerja pembinaan melalui negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Ia turut melibatkan 59 terowong dan akan menelan belanja RM50.27 billion.

Setakat bulan April 2022, Projek ECRL telah mencapai kemajuan sebanyak 28.57%. 

Apa tanggungjawab APAD?

Mengulas lanjut, Wee berkata yang kerajaan tidak berhasrat mengenakan tambang yang tinggi bagi ECRL untuk memperoleh semula kos pembinaannya memandangkan ini adalah projek untuk rakyat. 

Perkhidmatan pengangkutan kargo bagi kegunaan industri, perkilangan dan pembuatan dijangka menjana lebih 70% daripada sumber pendapatan ECRL apabila ia bakal beroperasi pada tahun 2027 kelak tambahnya lagi seperti yang dilaporkan Astro Awani. 

Struktur tambang/ harga tiket ECRL perlu mendapatkan kelulusan kerajaan sebelum ia mula beroperasi mengikut keperluan APAD dan Lesen Operator Keretapi yang turut berada di bawah penyeliaan APAD.  

*Kredit foto utama: malaymail.com

Setakat bulan April 2022, Projek ECRL telah mencapai kemajuan sebanyak 28.57%

Apa tanggungjawab APAD?

Mengulas lanjut, Wee berkata yang kerajaan tidak berhasrat mengenakan tambang yang tinggi bagi ECRL untuk memperoleh semula kos pembinaannya memandangkan ini adalah projek untuk rakyat. 

Perkhidmatan pengangkutan kargo bagi kegunaan industri, perkilangan dan pembuatan dijangka menjana lebih 70% daripada sumber pendapatan ECRL apabila ia bakal beroperasi pada tahun 2027 kelak tambahnya lagi seperti yang dilaporkan Astro Awani. 

Struktur tambang/ harga tiket ECRL perlu mendapatkan kelulusan kerajaan sebelum ia mula beroperasi mengikut keperluan APAD dan Lesen Operator Keretapi yang turut berada di bawah penyeliaan APAD.  

*Kredit foto utama: malaymail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language