July 2, 2022
Kerajaan telah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangkan risiko kemalangan maut melibatkan kenderaan berat. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sebenarnya memang sudah dibentangkan kepada kementerian dan telah dibawa ke kabinet. Secara prinsipnya, ia sudah diluluskan. "Apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat perlu mematuhi semua prasyarat yang diletakkan oleh LLM dan juga kerajaan," katanya. Projek Perlu Patuh Syarat LLM Jelas Fadhillah, pihak syarikat yang dicadangkan untuk mengendali projek ini perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Berikut merupakan antara syarat yang ditetapkan sebelum projek dilaksanakan: Kajian alam sekitar Impak sosial dan trafik Bila Projek Ini Akan Dilaksanakan? Untuk memastikan projek ini boleh dilaksanakan, kerajaan perlu melihat bagaimana kos projek itu dan berapa harga tol yang bakal dikenakan kelak untuk membayar balik hutang operasi dan sebagainya. Tambah Fadillah, keputusan sama ada projek ini boleh dilaksanakan atau tidak akan hanya akan dimuktamadkan apabila semua kajian itu selesai dan dibentangkan. Ketika ini, pihak kementerian sedang menunggu proses tersebut. Terdahulu, kerajaan Perak telah bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, sebagai mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Ini berikutan laluan sedia ada berhampiran Terowong Menora kerap menjadi lokasi kemalangan maut membabitkan kenderaan berat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di kawasan berkenaan. Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, cadangan membina laluan pintas sejauh 64 Kilometer (km) bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu telah diluluskan Kabinet bulan lalu untuk dibina.

Kerajaan telah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangkan risiko kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sebenarnya memang sudah dibentangkan kepada kementerian dan telah dibawa ke kabinet. Secara prinsipnya, ia sudah diluluskan.

“Apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat perlu mematuhi semua prasyarat yang diletakkan oleh LLM dan juga kerajaan,” katanya.

Projek Perlu Patuh Syarat LLM

Jelas Fadhillah, pihak syarikat yang dicadangkan untuk mengendali projek ini perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Berikut merupakan antara syarat yang ditetapkan sebelum projek dilaksanakan:

Kajian alam sekitar
Impak sosial dan trafik

Bila Projek Ini Akan Dilaksanakan?

Untuk memastikan projek ini boleh dilaksanakan, kerajaan perlu melihat bagaimana kos projek itu dan berapa harga tol yang bakal dikenakan kelak untuk membayar balik hutang operasi dan sebagainya.

Tambah Fadillah, keputusan sama ada projek ini boleh dilaksanakan atau tidak akan hanya akan dimuktamadkan apabila semua kajian itu selesai dan dibentangkan. Ketika ini, pihak kementerian sedang menunggu proses tersebut.

Terdahulu, kerajaan Perak telah bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, sebagai mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Ini berikutan laluan sedia ada berhampiran Terowong Menora kerap menjadi lokasi kemalangan maut membabitkan kenderaan berat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di kawasan berkenaan.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, cadangan membina laluan pintas sejauh 64 Kilometer (km) bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu telah diluluskan Kabinet bulan lalu untuk dibina.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language