Categories
Auto news

Kerajaan Negeri Sembilan Bakal Bina Hentian Di Jalan Temiang-Pantai

Setelah deretan saman dan makian dilemparkan ke jalan yang mempunyai pandangan ala-ala New Zealand kerana tidak mempunyai kawasan rehat yang sesuai, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang mengenal pasti kawasan untuk dijadikan hentian di Jalan Temiang-Pantai.

Kenyataan itu dibuat sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi menjawab sejauh mana cadangan kerajaan negeri bagi membina kawasan hentian di Jalan Temiang-Pantai.

*Kredit foto: Bernama

Hentian R&R Jalan Temiang-Pantai

Menurut MB, sebelum ini satu kawasan berdekatan persimpangan masuk dari Jalan Pantai telah dikenal pasti sesuai dijadikan kawasan parkir, namun berstatus tanah persendirian.

Bagaimanapun kawasan tersebut adalah tanah milik individu dengan keluasan 0.68 hektar. Pada masa yang sama kerajaan akan mengenal pasti tempat lain yang sesuai bagi tujuan tersebut dan akan melibatkan proses pengambilan balik tanah.

Terdahulu, banyak pihak menggesa kerajaan membina tempat parkir atau kawasan R&R di Jalan Temiang-Pantai susulan jumlah pengguna jalan raya di laluan tersebut yang semakin meningkat.

Awal tahun ini, kerajaan negeri telah memohon kepada kerajaan Persekutuan bagi membina tempat meletak kenderaan di Jalan Temiang-Pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar.

*Kredit foto: Hi Honor

Lebih Banyak Lampu Jalan Akan Dipasang

JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan penambahan lampu jalan melalui surat jabatan pada 8 Februari lalu kepada Cawangan Jalan, JKR ibu pejabat.

“Bagaimanapun permohonan tersebut tidak dipertimbangkan kerana skop kerja asal pemasangan lampu jalan bagi Projek Jalan Penghubung Interchange (Persimpangan) Temiang–Pantai tersebut adalah sehingga persimpangan bulatan sahaja,” katanya.

Namun Aminuddin berkata JKR Negeri Sembilan akan mengangkat permohonan baharu penambahan lampu jalan di bawah Program Keselamatan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia dalam rolling plan (rancangan boleh pinda) akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language