November 30, 2022
Akibat tersalah laluan, sebuah kereta Perodua Bezza dirakamkan telah memasuki jejantas motosikal di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Kejadian kereta tersalah laluan sehingga memasuki laluan motosikal ini bukanlah pertama kali berlaku, namun bila berlaku kes seperti ini, pasti ada yang berfikir apa yang sedang bermain di fikiran pemandu ketika melalui jalan tersebut. Bezza Naik Jejantas Motor Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna media sosial, kereta tersebut didapati sedang melalui jejantas motosikal yang jelas tidak muat untuk dinaiki oleh sebuah kereta, tambah-tambah di bahagian lencongan jejantas tersebut. Melalui video tersebut, Bezza itu didapati cuba untuk mengundurkan kenderaannya, namun tidak dapat dipastikan sama ada untuk turun ke bawah semula ataupun ingin membetulkan kedudukan kereta dengan menggunakan segala ruang yang ada untuk terus menaiki jejantas tersebut. Meskipun saiz kelebaran jejantas itu mampu memuatkan sebuah kereta, namun lencongan tajam pada jejantas itu yang sepatutnya tidak memberi sebarang masalah kepada motosikal telah menyebabkan kereta tersebut gagal untuk melepasi bahagian itu. *Kredit video: 我们是马来西亚人 We are Malaysians Video Raih Perhatian Ramai Selepas tular di media sosial, rata-rata pengguna memberi maklum balas mengatakan mungkin pemandu tersebut terlupa dia sedang memandu kereta, bukanlah menunggang motosikal ketika hari kejadian. Ada juga yang mendakwa mungkin pemandu tersebut menggunakan tetapan navigasi untuk motosikal sehingga diberi laluan sedemikian ataupun sengaja mahu melakukan sesuatu yang berbeza menggunakan Bezza miliknya. Apa pun alasannya, jejantas motosikal ataupun laluan motosikal di lebuh raya bukanlah laluan kereta. Berhati-hatilah di jalan raya.

Akibat tersalah laluan, sebuah kereta Perodua Bezza dirakamkan telah memasuki jejantas motosikal di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Kejadian kereta tersalah laluan sehingga memasuki laluan motosikal ini bukanlah pertama kali berlaku, namun bila berlaku kes seperti ini, pasti ada yang berfikir apa yang sedang bermain di fikiran pemandu ketika melalui jalan tersebut.

Bezza Naik Jejantas Motor

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna media sosial, kereta tersebut didapati sedang melalui jejantas motosikal yang jelas tidak muat untuk dinaiki oleh sebuah kereta, tambah-tambah di bahagian lencongan jejantas tersebut.

Melalui video tersebut, Bezza itu didapati cuba untuk mengundurkan kenderaannya, namun tidak dapat dipastikan sama ada untuk turun ke bawah semula ataupun ingin membetulkan kedudukan kereta dengan menggunakan segala ruang yang ada untuk terus menaiki jejantas tersebut.

Meskipun saiz kelebaran jejantas itu mampu memuatkan sebuah kereta, namun lencongan tajam pada jejantas itu yang sepatutnya tidak memberi sebarang masalah kepada motosikal telah menyebabkan kereta tersebut gagal untuk melepasi bahagian itu.

*Kredit video: 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Video Raih Perhatian Ramai

Selepas tular di media sosial, rata-rata pengguna memberi maklum balas mengatakan mungkin pemandu tersebut terlupa dia sedang memandu kereta, bukanlah menunggang motosikal ketika hari kejadian.

Ada juga yang mendakwa mungkin pemandu tersebut menggunakan tetapan navigasi untuk motosikal sehingga diberi laluan sedemikian ataupun sengaja mahu melakukan sesuatu yang berbeza menggunakan Bezza miliknya.

Apa pun alasannya, jejantas motosikal ataupun laluan motosikal di lebuh raya bukanlah laluan kereta. Berhati-hatilah di jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language