Categories
Auto news

Kereta Mewah, Harga ‘Rakyat’ –JPJ Bongkar Taktik Sindiket Kereta Klon

Aktiviti menjual kereta mewah pada harga murah yang tidak masuk akal di negara ini dipercayai didalangi sindiket terancang bagi menjerat golongan muda yang hidup berlandaskan pegangan biar papa, asal bergaya.

Siasatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati sindiket ini membawa masuk masuk kenderaan dari Singapura yang memiliki ‘Certificate of Entitlement (COE)’ yang hampir tamat tempoh untuk disembunyikan di negara ini sebelum diklon dan dijual murah di media sosial.

JPJ Bongkar Taktik Kereta Klon

*Kredit foto: Berita Harian

Taktik itu berjaya dibongkar JPJ dalam Operasi Khas Kenderaan Klon bagi mengesan sindiket membawa masuk kenderaan berkenaan dari negara jiran.

Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, kenderaan klon ini menjerat pembeli berusia 25 hingga 40 tahun dengan model mewah seperti BMW, Lexus, Mercedes, Honda dan Toyota.

Tambahnya, harga yang tidak masuk akal juga ditawarkan, di antara 3,000 hingga 5,000 Dolar Singapura, iaitu di sekitar RM10,000 hingga RM17,000 Ribu bergantung tahun kenderaan itu dikeluarkan.

Sindiket ini aktif di media sosial seperti Facebook, Telegram, Wechat dan aplikasi jualan kenderaan dalam talian bagi memperdaya orang awam dengan tawaran harga yang terlalu murah.

Sindiket ini juga akan menjanjikan cukai jalan serta geran kereta asli kepada pembeli, namun ia sebenarnya tidak dikeluarkan oleh JPJ. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terjebak dengan kereta klon yang dibawa masuk secara haram.

JPJ masih giat mengesan rangkaian sindiket penjualan kenderaan klon itu, namun mengalami kesukaran kerana mereka menggunakan akaun media sosial palsu untuk menjalankan urusan jual beli kenderaan.

Bagaimanapun, JPJ mempunyai sistem ‘Road Charge Vehicle Entry Permit’ (RCVEP) yang digunakan di pintu masuk negara di Johor bagi mengesan kenderaan luar yang dibawa masuk ke negara ini.

Sistem berkenaan akan menyimpan rekod kenderaan berada di negara ini untuk tempoh melebihi dua bulan. Apabila kenderaan itu berada di negara ini untuk tempoh lama, JPJ akan syak ia dijadikan kenderaan klon dan operasi mengesan akan dijalankan.

Antara kesalahan yang boleh diambil tindakan terhadap pengguna atau individu yang memiliki kereta klon adalah:

Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seksyen 108 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seksyen 90 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Di Selangor, sebanyak 329 tangkapan kes kenderaan klon direkodkan sejak 2011 menerusi Operasi Khas Kenderaan Klon.

JPJ Selangor juga melaksanakan Pelupusan Kenderaan Klon melalui lelongan awal pada 2019 dengan penjualan 234 kenderaan. Bagi tahun ini, sebanyak 46 kenderaan pelbagai jenis serta model dilelong, sekali gus menyumbang kutipan hasil kepada kerajaan sebanyak RM4.69 juta.

Cara Elak Terbeli Kereta Klon

Untuk mengelak daripada tertipu dengan sindiket kereta klon, ikuti langkah di bawah:

Semak dan banding harga semasa model yang mahu dibeli di carlist.my. Jika harga yang ditawarkan jauh berbeza dengan harga pasaran semasa, elakkan.
Periksa dan pastikan Nombor Pengenalan Kenderaan atau Vehicle Identification Number (VIN) yang tercatat dalam dokumen sama dengan nombor yang ada pada kereta tersebut.
Teliti dokumen kenderaan tersebut terlebih dahulu dan tidak perlu terburu-buru. Bawa dokumen tersebut ke JPJ bagi tujuan semakan lanjut jika terdapat keraguan terhadap status kereta terbabit.
Elakkan urusan tunai kerana ia sukar untuk dikesan pihak berkuasa.

Kalau malas nak periksa semua itu, guna je Carlist Qualified sebab semua kereta terpakai di situ telah diperiksa oleh pemeriksa bertauliah dan hadir dengan waranti sehingga 5 tahun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language