September 27, 2022
Syarikat tempatan, Speedline Industries telah membangunkan satu-satunya Mitsubishi Xpander bertemakan motorsport di negara ini bagi menggamit kenangan zaman kegemilangan era Mitsubishi Motorsport di Malaysia suatu ketika dahulu.   Siapa sangka, MPV 7-tempat duduk yang sesuai untuk digunakan seisi keluarga, Mitsubishi Xpander juga boleh diubah menjadi kereta yang lebih agresif seakan kereta rali tanpa kelihatan pelik? Bagaimana Ia Terhasil Idea membangunkan Xpander Motorsport ini tercetus susulan hubungan baik antara Kenneth Koh, pengasas Speedline Industries bersama pemandu kereta rali Xpander AP4, Rifat Sungkar. Kenneth telah berkongsi idea untuk menubuhkan pasukan dalam sukan permotoran menggunakan Xpander dan menghubungi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) untuk mendapatkan sokongan terhadap projek terbabit. MMM telah bersetuju untuk menyediakan sebuah Xpander bagi tujuan itu kerana langkah ini dilihat sejajar dengan rancangan syarikat itu yang mahu mempamerkan kelebihan Xpander yang mempunyai pilihan pengubahsuaian yang luas. Mitsubishi Xpander Motorsport Xpander ini menggunakan corak bertemakan warna sukan permotoran Mitsubishi iaitu gabungan antara warna merah, putih dan hitam. Meskipun masih mengekalkan penggunaan gril Dynamic Shield pada rupa hadapannya, Xpander ini lebih agresif dengan dua lubang udara pada bonet hadapan, air scoop di atas bumbung hadapan, serta rekaan di bamparnya yang sedikit berbeza. Di bahagian sisi, Xpander ini menerima rim aloi 18 inci yang dibalut dengan tayar berprestasi tinggi, iaitu Powertrac Racing Pro bersaiz 225/45ZR18. Terdapat juga penambahan cladding di bahagian wheel arch tayar serta skirt sisi bagi memberikan gambaran wide body yang popular. Bahagian belakangnya dilengkapi dengan spoiler yang lebih besar dan sepadan dengan rekaan diffuser yang kini lebih agresif dan lebih besar. Gaya yang ditampilkan oleh Xpander ini tidaklah terlalu keterlaluan. Sekali pandang, ia kelihatan saling tak tumpah seperti Xpander versi rali, AP4 yang dibangunkan oleh Ralliart New Zealand untuk Mitsubishi Motors Indonesia. Difahamkan, jentera rali AP4 itu telah dijadikan inspirasi oleh Speedline Industries untuk membangunkan satu-satunya Xpander yang lebih agresif dan berbeza dengan Xpander biasa yang ada di Malaysia. Kerjasama antara Speedline Industries bersama MMM ini menjadi bukti bahawa pemilik boleh mengubah suai rupa Xpander menggunakan kit badan yang agresif dan ia masih akan kelihatan segak. Cuba anda bayangkan jika MPV seperti Veloz atau Alza diperlakukan seperti ini. Reka bentuk kedua-dua MPV ini mungkin kurang sesuai jika nak dibandingkan dengan Xpander yang lebih berjiwakan crossover. Bagi mereka yang ada perancangan untuk mengubah suai Xpander milik mereka, ini adalah bukti bahawa MPV keluarga ini juga mempunyai darah motorsport yang kuat! *Kredit video: Mitsubishi Motors Malaysia

Syarikat tempatan, Speedline Industries telah membangunkan satu-satunya Mitsubishi Xpander bertemakan motorsport di negara ini bagi menggamit kenangan zaman kegemilangan era Mitsubishi Motorsport di Malaysia suatu ketika dahulu.  

Siapa sangka, MPV 7-tempat duduk yang sesuai untuk digunakan seisi keluarga, Mitsubishi Xpander juga boleh diubah menjadi kereta yang lebih agresif seakan kereta rali tanpa kelihatan pelik?

Bagaimana Ia Terhasil

Idea membangunkan Xpander Motorsport ini tercetus susulan hubungan baik antara Kenneth Koh, pengasas Speedline Industries bersama pemandu kereta rali Xpander AP4, Rifat Sungkar.

Kenneth telah berkongsi idea untuk menubuhkan pasukan dalam sukan permotoran menggunakan Xpander dan menghubungi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) untuk mendapatkan sokongan terhadap projek terbabit.

MMM telah bersetuju untuk menyediakan sebuah Xpander bagi tujuan itu kerana langkah ini dilihat sejajar dengan rancangan syarikat itu yang mahu mempamerkan kelebihan Xpander yang mempunyai pilihan pengubahsuaian yang luas.

Mitsubishi Xpander Motorsport

Xpander ini menggunakan corak bertemakan warna sukan permotoran Mitsubishi iaitu gabungan antara warna merah, putih dan hitam. Meskipun masih mengekalkan penggunaan gril Dynamic Shield pada rupa hadapannya, Xpander ini lebih agresif dengan dua lubang udara pada bonet hadapan, air scoop di atas bumbung hadapan, serta rekaan di bamparnya yang sedikit berbeza.

Di bahagian sisi, Xpander ini menerima rim aloi 18 inci yang dibalut dengan tayar berprestasi tinggi, iaitu Powertrac Racing Pro bersaiz 225/45ZR18. Terdapat juga penambahan cladding di bahagian wheel arch tayar serta skirt sisi bagi memberikan gambaran wide body yang popular.

Bahagian belakangnya dilengkapi dengan spoiler yang lebih besar dan sepadan dengan rekaan diffuser yang kini lebih agresif dan lebih besar.

Gaya yang ditampilkan oleh Xpander ini tidaklah terlalu keterlaluan. Sekali pandang, ia kelihatan saling tak tumpah seperti Xpander versi rali, AP4 yang dibangunkan oleh Ralliart New Zealand untuk Mitsubishi Motors Indonesia.

Difahamkan, jentera rali AP4 itu telah dijadikan inspirasi oleh Speedline Industries untuk membangunkan satu-satunya Xpander yang lebih agresif dan berbeza dengan Xpander biasa yang ada di Malaysia.

Kerjasama antara Speedline Industries bersama MMM ini menjadi bukti bahawa pemilik boleh mengubah suai rupa Xpander menggunakan kit badan yang agresif dan ia masih akan kelihatan segak.

Cuba anda bayangkan jika MPV seperti Veloz atau Alza diperlakukan seperti ini. Reka bentuk kedua-dua MPV ini mungkin kurang sesuai jika nak dibandingkan dengan Xpander yang lebih berjiwakan crossover.

Bagi mereka yang ada perancangan untuk mengubah suai Xpander milik mereka, ini adalah bukti bahawa MPV keluarga ini juga mempunyai darah motorsport yang kuat!

*Kredit video: Mitsubishi Motors Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language