September 24, 2022
Meskipun jualan produknya sudah mencecah RM7 juta dan mempunyai kilang sendiri, Khairulaming masih lagi gembira dengan prestasi semasa Perodua Bezza miliknya. Menurut perkongsiannya di laman Twitter, setelah 2 tahun menggunakan Bezza, beliau amat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Perodua Bezza. Persoalannya, apa yang best sangat dengan kereta ni? Sistem Keselamatan Sistem keselamatan yang ditawarkan pada Perodua Bezza seperti Advance Safety Assist 2.0 menjadikan ia amat berbaloi pada harga yang ditawarkan. Sepasang kamera dipasang di cermin hadapan bagi mengesan halangan di bahagian hadapan kereta. Ciri-ciri A.S.A. 2.0 merangkumi: Pengesan Pejalan Kaki – hingga 50kmj Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) – hingga 100kmj Brek Pra-Pelanggaran (PCB) – hingga 80kmj Amaran Pergerakan Hadapan (FDA) Kawalan Kesilapan Pedal (PMC) Ini menjadikan Bezza sebagai juara bagi kereta sedan termurah yang menawarkan ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) pada harga RM48,356. Ciri ini bukan sahaja tiada pada Proton Saga, malah Proton Persona pun tak ada. Bila ada halangan, kereta ini akan memberikan Amaran Pra-Pelanggaran kepada pemandu dengan memberikan amaran bunyi. Bukan itu sahaja, kereta ini turut akan mengaktifkan Brek Pra-Pelanggaran apabila sistem mengesan ada risiko pelanggaran. Kalau tertekan minyak dengan kuat secara tak sengaja, ASA 2.0 akan mengambil alih sistem kereta anda dan menghentikan kereta daripada melompat dan menghentam dinding di hadapan. Itulah teknologi yang bakal anda peroleh jika membeli varian tertinggi Bezza. But Belakang Luas Untuk sedan segmen-A, but berukuran 508 liter memang luas untuk digunakan oleh mereka yang masih bujang mahupun yang sudah berkeluarga untuk menempuhi perjalanan jauh. Menurut Khairulaming, beliau turut menyatakan bahawa beliau kerap memandu Bezza untuk balik ke Kelantan dan barang-barang untuk penggambaran juga boleh dimuatkan di dalam but Bezza tanpa sebarang masalah. Jimat Minyak Perodua Bezza tahun 2020 memang menjimatkan minyak kerana Bezza adalah kenderaan tempatan jimat tenaga (EEV) pertama yang menampilkan ciri auto start – stop. Dengan sistem Eco Idle, penggunaan minyak pada Bezza adalah lebih jimat dengan 4.5-liter/100 km ataupun 22 km/liter berbanding pencabar terdekatnya, Proton Saga dengan hanya 6.7-liter/100 km atau 14.9 km/liter. Perodua Bezza juga banyak digunakan sebagai kenderaan e-hailing kerana penggunaan minyak yang kurang dan menjimatkan. Semua Varian Terima Lampu LED Berbanding dengan pencabarnya Saga, Bezza diberikan lampu hadapan LED tanpa mengira varian berbanding Proton Saga yang tidak dilengkapi perincian sama. Lampu brek belakang Bezza juga masih memaparkan pencahayaan LED seperti model terdahulunya. Best ke? Bila orang kata Perodua Bezza ni best, ia bukan bermakna ia best tahap kereta premium. Ada juga kekurangan Bezza seperti: Kedudukan stereng tidak boleh dilaras Kawalan dan pengendalian pemanduan kurang baik Sistem infotainmen yang kurang berkualiti Tambahan pula, dari segi teknikal Bezza tidaklah sehebat mana apabila menggunakan enjin berkapasiti 1.3 liter yang menghasilkan 95 PS dan 121 Nm tork dan diganding bersama transmisi 4-kelajuan automatik. Apa yang dimaksudkan dengan bestnya Bezza ini adalah teknologi serta ciri yang ditawarkan pada Perodua Bezza pada harga mampu milik, iaitu di bawah RM50,000 sahaja. Walaupun harga itu lebih mahal RM8,556 dari Saga 2019, tetapi ianya berbaloi memandangkan ia hadir dengan ciri keselamatan yang lebih maju berbanding pesaingnya.  Ini menjadikan sedan keluaran Perodua itu sering menjadi antara pilihan utama oleh sesetengah pengguna sekali gus menjadikannya antara kereta yang best untuk dibeli sebagai kereta pertama mahupun kereta keluarga.

Meskipun jualan produknya sudah mencecah RM7 juta dan mempunyai kilang sendiri, Khairulaming masih lagi gembira dengan prestasi semasa Perodua Bezza miliknya.

Menurut perkongsiannya di laman Twitter, setelah 2 tahun menggunakan Bezza, beliau amat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Perodua Bezza. Persoalannya, apa yang best sangat dengan kereta ni?

Sistem Keselamatan

Sistem keselamatan yang ditawarkan pada Perodua Bezza seperti Advance Safety Assist 2.0 menjadikan ia amat berbaloi pada harga yang ditawarkan. Sepasang kamera dipasang di cermin hadapan bagi mengesan halangan di bahagian hadapan kereta.

Ciri-ciri A.S.A. 2.0 merangkumi:

Pengesan Pejalan Kaki – hingga 50kmj
Amaran Pra-Pelanggaran (PCW) – hingga 100kmj
Brek Pra-Pelanggaran (PCB) – hingga 80kmj
Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
Kawalan Kesilapan Pedal (PMC)

Ini menjadikan Bezza sebagai juara bagi kereta sedan termurah yang menawarkan ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) pada harga RM48,356. Ciri ini bukan sahaja tiada pada Proton Saga, malah Proton Persona pun tak ada.

Bila ada halangan, kereta ini akan memberikan Amaran Pra-Pelanggaran kepada pemandu dengan memberikan amaran bunyi. Bukan itu sahaja, kereta ini turut akan mengaktifkan Brek Pra-Pelanggaran apabila sistem mengesan ada risiko pelanggaran.

Kalau tertekan minyak dengan kuat secara tak sengaja, ASA 2.0 akan mengambil alih sistem kereta anda dan menghentikan kereta daripada melompat dan menghentam dinding di hadapan. Itulah teknologi yang bakal anda peroleh jika membeli varian tertinggi Bezza.

But Belakang Luas

Untuk sedan segmen-A, but berukuran 508 liter memang luas untuk digunakan oleh mereka yang masih bujang mahupun yang sudah berkeluarga untuk menempuhi perjalanan jauh.

Menurut Khairulaming, beliau turut menyatakan bahawa beliau kerap memandu Bezza untuk balik ke Kelantan dan barang-barang untuk penggambaran juga boleh dimuatkan di dalam but Bezza tanpa sebarang masalah.

Jimat Minyak

Perodua Bezza tahun 2020 memang menjimatkan minyak kerana Bezza adalah kenderaan tempatan jimat tenaga (EEV) pertama yang menampilkan ciri auto start – stop.

Dengan sistem Eco Idle, penggunaan minyak pada Bezza adalah lebih jimat dengan 4.5-liter/100 km ataupun 22 km/liter berbanding pencabar terdekatnya, Proton Saga dengan hanya 6.7-liter/100 km atau 14.9 km/liter.

Perodua Bezza juga banyak digunakan sebagai kenderaan e-hailing kerana penggunaan minyak yang kurang dan menjimatkan.

Semua Varian Terima Lampu LED

Berbanding dengan pencabarnya Saga, Bezza diberikan lampu hadapan LED tanpa mengira varian berbanding Proton Saga yang tidak dilengkapi perincian sama.

Lampu brek belakang Bezza juga masih memaparkan pencahayaan LED seperti model terdahulunya.

Best ke?

Bila orang kata Perodua Bezza ni best, ia bukan bermakna ia best tahap kereta premium. Ada juga kekurangan Bezza seperti:

Kedudukan stereng tidak boleh dilaras
Kawalan dan pengendalian pemanduan kurang baik
Sistem infotainmen yang kurang berkualiti

Tambahan pula, dari segi teknikal Bezza tidaklah sehebat mana apabila menggunakan enjin berkapasiti 1.3 liter yang menghasilkan 95 PS dan 121 Nm tork dan diganding bersama transmisi 4-kelajuan automatik.

Apa yang dimaksudkan dengan bestnya Bezza ini adalah teknologi serta ciri yang ditawarkan pada Perodua Bezza pada harga mampu milik, iaitu di bawah RM50,000 sahaja. Walaupun harga itu lebih mahal RM8,556 dari Saga 2019, tetapi ianya berbaloi memandangkan ia hadir dengan ciri keselamatan yang lebih maju berbanding pesaingnya. 

Ini menjadikan sedan keluaran Perodua itu sering menjadi antara pilihan utama oleh sesetengah pengguna sekali gus menjadikannya antara kereta yang best untuk dibeli sebagai kereta pertama mahupun kereta keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language