Categories
Auto news

KIA vs KN – Logo baharu Kia buat ramai keliru

Sejak logo baharu Kia dilancarkan, lebih 30 ribu pengguna telah membuat carian ‘kereta KN’ di internet. Adakah logo baharu Kia sukar dibaca?

Pada Januari 2021, Kia telah melancarkan logo baharu yang lebih minimalis dengan menampilkan elemen simetri, rhythm dan ‘kebangkitan’ yang merangkumi keyakinan dan komitmen Kia kepada pelanggan

Logo baharu itu turut dilancarkan dengan slogan baharu iaitu ‘pergerakan yang memberi inspirasi’, namun berdasarkan data yang dikongsi oleh Ashwinn (@Shwinnabego) di Twitter, slogan yang lebih tepat untuk logo ini mungkin ‘pergerakan yang memberi kekeliruan’.

Logo mengelirukan: KIA vs KN

Sejak logo baharu ini dilancarkan, lebih 30 ribu pengguna telah membuat carian ‘kereta KN’ di internet ekoran logonya yang lebih kelihatan seakan-akan gabungan dua huruf K dan N berbanding Kia.

Jadi adakah penggunaan logo yang mengelirukan ini sesuatu yang bijak? Jika dilihat dari sudut pemasaran, ia dipanggil false error marketing di mana kekeliruan akan memberikan lebih banyak perhatian di internet.

Jika carian kereta KN dibuat di internet, laman web rasmi Kia akan muncul di carian pertama. Ini menunjukkan kekeliruan ini memberikan trafik carian organik percuma orang yang mahu tahu tentang jenama dan produknya.

Berdasarkan data yang diperolehi daripada Google Trends, carian kereta KN ini bukan hanya melanda Amerika Syarikat, namun Malaysia turut terkesan di samping Kanada, Australia dan Filipina.

Pengguna Twitter turut berkongsi logo Kia yang sudah disunting agar lebih mudah dilihat dan dibaca sebagai kereta Kia, bukanlah kereta KN.

Pada pendapat anda, adakah penggunaan logo yang mengelirukan ini satu tindakan yang bijak dari Kia atau mereka perlu mengubah semula logonya? Kongsikan dengan kami di ruangan komen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language