Categories
Auto news

Kit Cuci Kereta Yang Best – Harga Mampu Milik, Medium dan Premium

Bagi mereka yang ingin mencuci kenderaan sendiri tanpa tanpa pergi ke kedai cuci kereta, ada beberapa pilihan kit cuci kereta yang menarik untuk anda pertimbangkan.

Mungkin bagi sesetengah pihak, cucian tangan yang dilakukan secara sendiri pada kenderaan tidak mampu untuk menghasilkan kemasan yang sempurna. Namun semuanya bergantung kepada teknik yang betul serta produk serta alatan yang berkualiti.

Kenapa Kena Cuci Sendiri

Walaupun mencuci kereta sendiri ini bukanlah untuk semua, namun mencuci kereta sendiri memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap bahan-bahan kimia yang digunakan untuk mencuci kereta. Kebiasaannya di kedai cuci kereta, anda tidak begitu tahu tentang bahan yang digunakan.

Setiap pemilik kereta mempunyai keutamaan yang berbeza dalam hal membersihkan kenderaan mereka. Mungkin anda perlukan lebih masa untuk menyental tayar yang kotor atau mencuci kereta sehingga berkilat seperti baharu. Di rumah, anda boleh luangkan masa anda untuk mencuci di kawasan yang benar-benar penting pada kereta anda.

Selain itu, mencuci sendiri memboleh anda untuk mengenali segala kerosakan kecil seperti calar dan kemik baharu pada mana-mana bahagian kereta ketika mencuci. Tindakan mencuci sendiri juga mengurangkan risiko kenderaan anda daripada calar akibat cucian yang kasar oleh mesin atau tangan pekerja ketika menyental.

Akhir sekali, mencuci sendiri dapat menjimatkan masa dan kos berbanding mencuci di kedai cuci kereta kerana anda tidak perlu membawa kereta ke kedai dan menunggu giliran sebelum kereta dicuci. Jika anda sudah mempunyai produk mencuci kereta yang dipercayai, ia lebih baik kerana ia akan menjimatkan wang serta meningkatkan kualiti pembersihan.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mencuci kereta sendiri di rumah, rujuk perenggan di bawah untuk mendapatkan produk terbaik yang boleh anda dapati buat masa ini mengikut bajet anda. 

Kit Cuci Kereta Yang Menarik

Kategori
Jenama
Harga
Shopee Link

Mampu Milik
Waxco Wash & Shine Set
RM26.00

Shopee

Medium
Car Detailer Combo Set
RM168
Shopee

Premium
CARPRO Wash Box
RM278
Shopee

Waxco Wash & Shine Car Wash Set

Set cucian mampu milih oleh Waxco ini terdiri daripada:

Waxco Wash and Shine Shampoo 1000ml
Waxco Tyre Shine 250ml
Span berkualiti tinggi Waxco
Bag Waxco percuma

Waxco Wash Shine adalah syampu yang di formulasikan untuk membuat kereta anda bersinar selain menghapus debu dan kotoran. Shampoo mampu milik ini juga sesuai untuk semua cat, termasuk metalik dan 2K.

Waxco Tyre Shine pula dirumus khas untuk membersihkan dan menyerikan semua jenis tayar dengan mudah dan pantas. Selain itu, penggunaan produk ini juga sangat menjimatkan kerana sebotol ini mampu membersihkan lebih daripada 150 tayar!

Car Detailer Combo Set

Kombo ini mengandungi Nano Car Shampoo, Quick Coating dan Premium Tyre Wax. Nano Car Shampoo merupakan sabun pencuci kereta dengan PH yang seimbang yang sesuai untuk kereta yang sudah dikenakan coating. Sabun ini juga boleh reset semula semula kilat pada kereta selain melindungi cat kenderaan.

Quick Coating pula memberikan efek kalis air pada kereta selain melindungi kereta daripada hujan asid. Untuk Tyre Wax pula, produk ini boleh digunakan pada tayar serta bahagian plastik luaran kereta untuk memberikan kilat yang lebih kuat dan tahan lama dengan perlindungan UV.

CARPRO Wash Box (Starter Kit)

CARPRO Wash Box (starter kit)

Untuk set permulaan CARPRO pula, ada 5 produk diberikan seperti:

CarPro Reset (500ml) x1pc
CarPro MF Hand Wash Mitt x 1pc
CarPro DHydrate Towel 50cm x 55cm x1pc
CarPro Elixir (500ml) x1pc
CarPro MF 2Face No Lint Towel 320gsm x1pc

Kit cucian ini pernah menjadi fenomena ketika SEMA 2019 ini merupakan antara pilihan sabun pencuci premium yang boleh didapati di platform jual beli atas talian. Selain daripada produk cucian, set ini juga hadir dengan sarung tangan microfiber yang boleh digunakan untuk memulakan cucian menggunakan CarPro Reset.

Kemudian, keringkan cucian pada badan kereta dengan mudah menggunakan tuala CarPro DHydrate yang dibekalkan. Akhir sekali, tambahkan sedikit efek kilau serta perlindungan pada kereta dengan menggunakan CarPro Elixir dengan menggunakan Tuala 2 Muka yang disertakan.

Walaupun set permulaan ini hanya dibekalkan dengan botol produk yang kecil, namun ia dikatakan mampu bertahan sehingga 8 bulan!

Cuci Sendiri Atau Hantar Kedai?

Walaupun mencuci sendiri dilihat lebih bermakna kepada pemilik kereta berbanding menghantar ke kedai, namun tak semua mempunyai masa mahupun lokasi yang sesuai untuk mencuci keretanya sendiri. Sebab itulah bisnes cuci kereta ini makin berlambak-lambak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagi anda, adakah anda lebih gemar mencuci kereta sendiri ataupun menghantar sahaja kereta ke kedai cuci kereta? Apa pun jawapan anda, pasti ada sebab di sebalik pemilihan jawapan tersebut. Jangan lupa kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language