September 25, 2022
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal beralih kepada sistem Aerotrain baharu menjelang 2025 bagi menggantikan perkhidmatan sedia ada. Ketika ini, perkhidmatan Aerotrain yang sedia ada di KLIA ketika ini sudah berusia hampir 25 tahun beroperasi. *Kredit foto: Kosmo Aerotrain Baharu Menjelang 2025 Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood, fasa pertama peralihan sistem pengangkutan itu telah bermula pada 14 Mac lalu dengan melibatkan proses reka bentuk tren. Jelasnya, pihaknya bukan sekadar menggantikan gerabak lama yang telah digunakan sejak 1998, namun keseluruhan sistem perkhidmatan itu akan digantikan melalui pemasangan fasa kedua yang dijangka bermula pada 14 Mac 2023. Iskandar telah membentangkan perkembangan terkini Program Penggantian Aerotrain KLIA yang turut dihadiri Pengerusi MAHB, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir. Mengulas lanjut, Iskandar berkata, kelewatan tren baharu berkenaan bukan disengajakan pihaknya tetapi telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk perlu memenuhi spesifikasi pelbagai agensi. Kelewatan Tren Baharu Bersebab Iskandar turut menjelaskan pihaknya tidak mahu tergesa-gesa menggantikan tren lama dengan tren baharu yang berkemungkinan kerap rosak seperti sekarang sehingga terpaksa beroperasi dengan jadual terhad selama 17 jam setiap hari disebabkan faktor usia yang sudah tua.  “MAHB juga terpaksa memaksimumkan perkhidmatan bas ulang alik yang berfungsi 24 jam setiap hari melibatkan sembilan buah sebagai mod pengangkutan alternatif,” jelasnya. Bagaimanapun ujarnya, MAHB berbangga kerana tren sekarang berjaya mengangkut lebih 300 juta penumpang selepas 24 tahun beroperasi dan turut terkenal sebagai imej unik KLIA. “Jadi, kami optimis penggantian Penggerak Penumpang Automatik (APM) atau Aerotrain baharu akan melonjakkan keupayaan pergerakan penumpang antarabangsa di KLIA sejajar tarafnya sebagai hab udara utama negara,” katanya. MAHB menerusi pengumuman sebelum ini mengesahkan bahawa Pestech International Berhad meraih tender APM baharu daripada model Innovia 300 dengan muatan penuh 270 penumpang. Projek bernilai lebih RM700 juta dengan rekaan mesra pengguna akan beroperasi 24 jam setiap hari selain dilengkapi pakej penyelenggaraan operasi selama 10 tahun sehingga 2034.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal beralih kepada sistem Aerotrain baharu menjelang 2025 bagi menggantikan perkhidmatan sedia ada.

Ketika ini, perkhidmatan Aerotrain yang sedia ada di KLIA ketika ini sudah berusia hampir 25 tahun beroperasi.

*Kredit foto: Kosmo

Aerotrain Baharu Menjelang 2025

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood, fasa pertama peralihan sistem pengangkutan itu telah bermula pada 14 Mac lalu dengan melibatkan proses reka bentuk tren.

Jelasnya, pihaknya bukan sekadar menggantikan gerabak lama yang telah digunakan sejak 1998, namun keseluruhan sistem perkhidmatan itu akan digantikan melalui pemasangan fasa kedua yang dijangka bermula pada 14 Mac 2023.

Iskandar telah membentangkan perkembangan terkini Program Penggantian Aerotrain KLIA yang turut dihadiri Pengerusi MAHB, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, kelewatan tren baharu berkenaan bukan disengajakan pihaknya tetapi telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk perlu memenuhi spesifikasi pelbagai agensi.

Kelewatan Tren Baharu Bersebab

Iskandar turut menjelaskan pihaknya tidak mahu tergesa-gesa menggantikan tren lama dengan tren baharu yang berkemungkinan kerap rosak seperti sekarang sehingga terpaksa beroperasi dengan jadual terhad selama 17 jam setiap hari disebabkan faktor usia yang sudah tua.

 “MAHB juga terpaksa memaksimumkan perkhidmatan bas ulang alik yang berfungsi 24 jam setiap hari melibatkan sembilan buah sebagai mod pengangkutan alternatif,” jelasnya.

Bagaimanapun ujarnya, MAHB berbangga kerana tren sekarang berjaya mengangkut lebih 300 juta penumpang selepas 24 tahun beroperasi dan turut terkenal sebagai imej unik KLIA.

“Jadi, kami optimis penggantian Penggerak Penumpang Automatik (APM) atau Aerotrain baharu akan melonjakkan keupayaan pergerakan penumpang antarabangsa di KLIA sejajar tarafnya sebagai hab udara utama negara,” katanya.

MAHB menerusi pengumuman sebelum ini mengesahkan bahawa Pestech International Berhad meraih tender APM baharu daripada model Innovia 300 dengan muatan penuh 270 penumpang.

Projek bernilai lebih RM700 juta dengan rekaan mesra pengguna akan beroperasi 24 jam setiap hari selain dilengkapi pakej penyelenggaraan operasi selama 10 tahun sehingga 2034.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language