Categories
Auto news

Kurangkan Kesesakan Jalan Raya – Plaza Tol Tanpa Palang Diperkenal Pada 2025

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa palang atau lebih dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang tahun 2025.

Pengenalan sistem kutipan tol tanpa henti itu merupakan usaha kerajaan dalam mengurangkan kesesakan trafik di plaza tol.

Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF)

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan bahawa cadangan pengenalan sistem baharu bagi kutipan tol ini telah menerima lampu hijau daripada Jemaah Menteri.

Dengan perlaksanaan tol seperti ini, kenderaan tidak perlu lagi untuk berhenti semata-mata untuk membayar tol sekaligus mengurangkan kesesakan di plaza tol terutama ketika waktu puncak.

Kementerian juga bakal mengadakan rundingan bersama semua syarikat konsesi tol untuk mengenal pasti bagaimana ia akan dilaksanakan agar dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya.

Bagi mengintegrasikan sistem MLFF, kementerian juga bakal mewujudkan pusat arahan (command centre) yang diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya.

Tol tanpa palang ini juga telah diuji di Malaysia sebelum ini. Untuk membaca lebih lanjut tentang ujian ini dan bagaimana tol ini berfungsi, tekan di sini.

MLFF Sebagai Inisiatif Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS)

Menurut Fadillah, MLFF merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 KKR yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.

KKR juga telah memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang sering menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya.

Fadillah berkata penimbang itu dibangunkan bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.

Dalam pada itu, KKR akan terus mengekalkan fokus mereka terhadap isu keselamatan jalan raya seperti yang dibincangkan pada Persidangan Dunia ITS kali ke-28 di Los Angeles dari 19 hingga 22 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language