December 1, 2022
Laluan berhampiran Terowong Menora merupakan kawasan yang sering mencatatkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat. Tapi apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah ini? Hampir setiap tahun, kemalangan membabitkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas ekspres sering dilaporkan di laluan berhampiran Terowong Menora. *Kredit foto: Sinar Harian Baru-baru ini, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora apabila Honda City yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua treler. Bukan Kali Pertama Kemalangan maut melibatkan kenderaan berat ini bukanlah kali pertama berlaku di kawasan ‘panas’ tersebut. Berikut merupakan antara kemalangan yang berlaku di situ sebelum ini: 2021 – Bas express terbabas, 14 penumpang cedera 2020 – 7 maut, 9 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, 4 kereta dan 2 motosikal 2018 – Lima sekeluarga maut setelah kemalangan dengan sebuah treler 2018 – Lori simen hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan, 7 cedera 2018 – Tiang konkrit jatuh dari treler, 2 maut, 2 cedera 2017 – Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh lori 2016 – Treler hempap kereta, 4 mayat rentung 2014 – Ibu dan anak maut setelah kereta dirempuh treler dari belakang 2013 – Treler menjunam cerun, pemandu treler maut *Kredit foto: Mstar Sampai Bila? Laluan ini adalah sebahagian pakej Projek Lebuh Raya Utara -Selatan (PLUS) antara Ipoh ke Changkat Jering sepanjang 55 kilometer yang merupakan lebuh raya kedua dikenakan bayaran tol di Perak selepas laluan antara Slim River ke Tanjung Malim. Ketika berlaku kemalangan maut di laluan tersebut pada tahun 2018 yang menyebabkan 5 individu rentung, kerajaan Negeri Perak berkata mereka bakal mengkaji pelbagai cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di laluan tersebut termasuk pembinaan laluan baharu bagi mengelak berlakunya kemalangan dan kesesakan lalu lintas. Dah masuk 2022 ni, adakah laluan baharu tersebut masih dikaji? Kamera AWAS Belum Berfungsi? Bagi mengurangkan kes kemalangan di situ, empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dengan had laju 70 km/j dikatakan akan dipasang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora dari kedua-dua arah pada hujung tahun 2020 bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terbabit. Walau bagaimanapun, pada tahun 2022, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak berkata mereka belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar penguatkuasaan operasi empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dilaporkan akan ditambah di laluan maut itu. Apa yang boleh dibuat? Untuk jangka pendek, pemeriksaan dan pemantauan yang lebih berat terhadap kenderaan berat yang berusia amat diperlukan memandangkan kebanyakan kemalangan berpunca daripada isu kenderaan berat itu sendiri seperti brek gagal berfungsi. Penggunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan berat juga perlu dibendung dan syarikat yang menggajikan pemandu perlu membuat pemeriksaan yang lebih ketat bagi memastikan pemandu bebas dadah atau alkohol ketika memandu. *Kredit foto:Berita Harian Seorang pengguna di Twitter juga menyatakan bahawa kerajaan patut wajibkan kenderaan berat untuk  melalui jalan lama ke Kuala Kangsar kerana masalah ini adalah masalah fizikal. Jisim kenderaan besar memiliki momentum tinggi tinggi ketika menaiki bukit. Bila turun bukit, kenderaan berat memiliki inertia yang besar. Tambahnya, brek hanya satu faktor yang menyebabkan kemalangan. Untuk lebih selamat, lebih baik hapuskan risiko dengan menghalang kenderaan berat daripada memasuki kawasan itu. Nak Tunggu VVIP Kemalangan Dulu Ke? Di Malaysia, selagi tiada kemalangan di sesebuah kawasan melibatkan orang-orang kenamaan seperti Menteri atau Ahli Parlimen, jarang sekali akan ada tindakan segera. Ingat lagi bila KJ jatuh ketika berbasikal akibat jalan berlubang? Sekelip mata lubang itu diturap. Siap mohon maaf lagi! Ini bukanlah perkara asing di Malaysia kecuali jika tarikh pilihanraya semakin hampir. Masa itulah baru banyak tindakan diambil. Kalau tidak? Terus kaji dan kaji sajalah. Diharapkan kerajaan dapat melakukan sesuatu terhadap laluan maut ini bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas yang kerap berlaku di laluan berkenaan.   

Laluan berhampiran Terowong Menora merupakan kawasan yang sering mencatatkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat. Tapi apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah ini?

Hampir setiap tahun, kemalangan membabitkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas ekspres sering dilaporkan di laluan berhampiran Terowong Menora.

*Kredit foto: Sinar Harian

Baru-baru ini, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora apabila Honda City yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua treler.

Bukan Kali Pertama

Kemalangan maut melibatkan kenderaan berat ini bukanlah kali pertama berlaku di kawasan ‘panas’ tersebut. Berikut merupakan antara kemalangan yang berlaku di situ sebelum ini:

2021 – Bas express terbabas, 14 penumpang cedera
2020 – 7 maut, 9 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, 4 kereta dan 2 motosikal
2018 – Lima sekeluarga maut setelah kemalangan dengan sebuah treler
2018 – Lori simen hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan, 7 cedera
2018 – Tiang konkrit jatuh dari treler, 2 maut, 2 cedera
2017 – Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh lori
2016 – Treler hempap kereta, 4 mayat rentung
2014 – Ibu dan anak maut setelah kereta dirempuh treler dari belakang
2013 – Treler menjunam cerun, pemandu treler maut

*Kredit foto: Mstar

Sampai Bila?

Laluan ini adalah sebahagian pakej Projek Lebuh Raya Utara -Selatan (PLUS) antara Ipoh ke Changkat Jering sepanjang 55 kilometer yang merupakan lebuh raya kedua dikenakan bayaran tol di Perak selepas laluan antara Slim River ke Tanjung Malim.

Ketika berlaku kemalangan maut di laluan tersebut pada tahun 2018 yang menyebabkan 5 individu rentung, kerajaan Negeri Perak berkata mereka bakal mengkaji pelbagai cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di laluan tersebut termasuk pembinaan laluan baharu bagi mengelak berlakunya kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Dah masuk 2022 ni, adakah laluan baharu tersebut masih dikaji?

Kamera AWAS Belum Berfungsi?

Bagi mengurangkan kes kemalangan di situ, empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dengan had laju 70 km/j dikatakan akan dipasang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora dari kedua-dua arah pada hujung tahun 2020 bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terbabit.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2022, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak berkata mereka belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar penguatkuasaan operasi empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dilaporkan akan ditambah di laluan maut itu.

Apa yang boleh dibuat?

Untuk jangka pendek, pemeriksaan dan pemantauan yang lebih berat terhadap kenderaan berat yang berusia amat diperlukan memandangkan kebanyakan kemalangan berpunca daripada isu kenderaan berat itu sendiri seperti brek gagal berfungsi.

Penggunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan berat juga perlu dibendung dan syarikat yang menggajikan pemandu perlu membuat pemeriksaan yang lebih ketat bagi memastikan pemandu bebas dadah atau alkohol ketika memandu.

*Kredit foto:Berita Harian

Seorang pengguna di Twitter juga menyatakan bahawa kerajaan patut wajibkan kenderaan berat untuk  melalui jalan lama ke Kuala Kangsar kerana masalah ini adalah masalah fizikal. Jisim kenderaan besar memiliki momentum tinggi tinggi ketika menaiki bukit. Bila turun bukit, kenderaan berat memiliki inertia yang besar.

Tambahnya, brek hanya satu faktor yang menyebabkan kemalangan. Untuk lebih selamat, lebih baik hapuskan risiko dengan menghalang kenderaan berat daripada memasuki kawasan itu.

Nak Tunggu VVIP Kemalangan Dulu Ke?

Di Malaysia, selagi tiada kemalangan di sesebuah kawasan melibatkan orang-orang kenamaan seperti Menteri atau Ahli Parlimen, jarang sekali akan ada tindakan segera. Ingat lagi bila KJ jatuh ketika berbasikal akibat jalan berlubang? Sekelip mata lubang itu diturap. Siap mohon maaf lagi!

Ini bukanlah perkara asing di Malaysia kecuali jika tarikh pilihanraya semakin hampir. Masa itulah baru banyak tindakan diambil. Kalau tidak? Terus kaji dan kaji sajalah.

Diharapkan kerajaan dapat melakukan sesuatu terhadap laluan maut ini bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori, treler dan bas yang kerap berlaku di laluan berkenaan. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language