Categories
Auto news

Laluan ECRL Di Pahang Dijamin Bebas Banjir

Meskipun Pahang sering dilanda banjir, namun pembinaan jajaran Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 230 kilometer di Pahang dijamin bebas banjir.

Kenyataan itu dimaklumkan Pengurus Pembinaan Malaysia Rail Link (MRL) Wilayah Pahang, Khairi Khalid Abdul Rahman, ketika ditemui pada majlis Aidilfitri anjuran ECRL di Kuantan.

ECRL Di Pahang Dijamin Bebas Banjir, Tidak Seperti LPT

Menurut Khairi, perunding berwibawa telah membuat kajian menyeluruh mengenai reka bentuk dan pihak mereka menjangkakan bahawa landasan di negeri tersebut bebas banjir.

“Selain itu, kami juga sudah membuat kajian dan mengambil kira paras kejadian banjir 100 tahun lalu, jadi ia (landasan) sudah mengambil kira semua sudut,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian banjir yang pernah berlaku hingga menjejaskan laluan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sebelum ini, Khairi berkata, bentuk muka bumi dan kecerunan antara pembinaan lebuh raya dan landasan bagi ECRL adalah berbeza.

*Kredit foto: Berita Harian

“Kalau (untuk) jalan lebuh raya, biasanya ada kawasan turun naik, tapi untuk trek (landasan), reka bentuknya mendatar dan kecerunan juga kurang dari satu peratus,” katanya.

Pada 22 Disember lalu, dua kawasan membabitkan tiga daerah di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT Fasa 1 terpaksa ditutup kepada pengguna akibat dilanda banjir.

Laluan ditutup itu membabitkan kawasan kedua-dua hala di KM66.7 hingga KM79.5 antara Bentong ke Karak, dan KM79.5 hingga KM136.9 (antara Karak ke Chenor).

*Kredit foto: Harian Metro

Pembinaan Landasan Di Pahang Paling Mencabar

Tambah Khalid, proses pembinaan landasan ECRL di Pahang adalah paling mencabar kerana membabitkan 26 terowong dari sempadan Terengganu hingga sempadan Selangor.

“Setakat ini, lima terowong sudah selesai dibina dan pembinaan terowong terpanjang dalam jajaran ini iaitu Terowong Genting sejauh 16.39 km dimulakan bulan ini.

“Untuk (kerja mengorek) terowong Kuantan dekat Jabor pula, kami jangkakan pada Oktober ini boleh selesai, dan selepas itu boleh mulakan kerja lining di terowong berkenaan,” katanya

*Kredit foto: Harian Metro

Stesen ECRL Di Pahang

Cherating
Kuantan Port City
KotaSas
Paya Besar
Maran
Temerloh
Bentong

ECRL secara keseluruhannya yang dibina sepanjang 665 km telah mencatatkan tahap kemajuan sebanyak 28.57 peratus setakat Mac lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language