July 2, 2022
Aktivis jalan raya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi menyatakan bahawa lorong motosikal yang ada di Lebuhraya Persekutuan tidak sesuai digunakan kerana tidak mengikut piawaian spesifikasi dunia. Berikutan semakin ramai pengguna motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal yang disediakan, Lando tampil dengan kenyataan bahawa lorong motosikal di Malaysia ini perlu diperbaiki bagi memastikan penunggang motosikal lebih yakin dan selesa untuk menggunakan laluan tersebut Kredit foto: iMotorbike Laluan Motosikal Tak Ikut Spesiifikasi Dunia Lebuh raya yang dilengkapi dengan lorong motosikal adalah Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Koridor Guthrie dan beberapa laluan utama di Putrajaya. Lebuhraya Persekutuan adalah laluan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan lorong motosikal. Menurut Lando, laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan adalah lebih sempit berbanding  saiz standard bagi tahap kelebaran laluan motosikal mengikut piawaian dunia adalah 3.81 meter untuk lebih selesa bergerak pada kelajuan 70 km/j (untuk kedua-dua lorong di laluan motosikal).   Walau bagaimanapun, Lando berkata saiz kelebaran lorong motosikal di lebuh raya berkenaan hanyalah berukuran 2 meter lebih sahaja membuatkan ia amat sempit dan berbahaya. Oleh itu, laluan motor yang lebih kecil dari sepatutnya ini telah menyebabkan berlaku pelbagai pergeselan antara pengguna motor terutamanya ketika mahu memotong motosikal lain atau ketika mahu keluar simpang. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh T.H Law (2005) tentang penentuan lebar selesa dan selamat dalam lorong motosikal, tiada piawaian khusus yang tersedia untuk menilai kriteria reka bentuk lorong motosikal. Walau bagaimanapun, analisis tersebut mendapati bawa penting untuk menentukan lebar kawalan optimum untuk lorong motosikal bagi memastikan reka bentuk laluan adalah selamat untuk semua motosikal penunggang. Keputusan kajian itu menunjukkan bahawa lebar kawalan selamat lorong motosikal eksklusif hendaklah mencapai 3.81 meter. Tambah Lando, apabila kerajaan mewajibkan akta pengguna motosikal wajib menggunakan lorong motosikal, ia dianggap amat tidak sesuai untuk digunakan dengan keadaan laluan motosikal sebegini rupa. “Mungkin bagi motosikal kecil sesuai, namun tidak pada motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai saiz yang lebih besar seperti Superbike,” katanya. Lando mendakwa, jurutera yang membina laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada tahun 1974 juga terkejut apabila laluan tersebut dinaiktaraf untuk digunakan sebagai laluan motosikal pada saiz sebegitu. ABS Bagus, Tapi Keadaan Jalan Raya Juga Jadi Punca Nahas Lando menyokong usaha kerajaan mewajibkan pemasangan sistem brek anti-kunci atau anti-lock braking system (ABS) pada semua motosikal baharu dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang. Baginya, penggunaan alatan dan teknologi keselamatan jalan raya untuk semua jenis kenderaan termasuk motosikal sebagai langkah wajar dan praktikal bagi membantu mengawal keadaan ketika kecemasan. Sistem ABS dilihat amat membantu mereka yang kurang kemahiran ‘defensive riding’ terutama bagi penunggang baharu yang menceburi pekerjaan penghantaran makanan atau mereka yang menggunakan motosikal untuk ulang alik ke tempat kerja. *Kredit foto: Mykmu Walaupun penggunaan ABS disifatkan sebagai langkah baik, keadaan jalan raya, terutamanya lorong motosikal di negara ini masih tidak cukup sempurna dan merupakan antara punca berlakunya kemalangan melibatkan motosikal. “Masalah benda asing dan kerosakan permukaan jalan masih menjadi punca utama kemalangan melibatkan penunggang, selain sikap tergesa-gesa penunggang sendiri. Malah kelemahan sistem penyelenggaraan laluan di negara ini juga tidak boleh diabaikan sama sekali. Kerajaan perlu mengakui kelemahan ini,” katanya.

Aktivis jalan raya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi menyatakan bahawa lorong motosikal yang ada di Lebuhraya Persekutuan tidak sesuai digunakan kerana tidak mengikut piawaian spesifikasi dunia.

Berikutan semakin ramai pengguna motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal yang disediakan, Lando tampil dengan kenyataan bahawa lorong motosikal di Malaysia ini perlu diperbaiki bagi memastikan penunggang motosikal lebih yakin dan selesa untuk menggunakan laluan tersebut

Kredit foto: iMotorbike

Laluan Motosikal Tak Ikut Spesiifikasi Dunia

Lebuh raya yang dilengkapi dengan lorong motosikal adalah Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Koridor Guthrie dan beberapa laluan utama di Putrajaya. Lebuhraya Persekutuan adalah laluan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan lorong motosikal.

Menurut Lando, laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan adalah lebih sempit berbanding  saiz standard bagi tahap kelebaran laluan motosikal mengikut piawaian dunia adalah 3.81 meter untuk lebih selesa bergerak pada kelajuan 70 km/j (untuk kedua-dua lorong di laluan motosikal).  

Walau bagaimanapun, Lando berkata saiz kelebaran lorong motosikal di lebuh raya berkenaan hanyalah berukuran 2 meter lebih sahaja membuatkan ia amat sempit dan berbahaya.

Oleh itu, laluan motor yang lebih kecil dari sepatutnya ini telah menyebabkan berlaku pelbagai pergeselan antara pengguna motor terutamanya ketika mahu memotong motosikal lain atau ketika mahu keluar simpang.

Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh T.H Law (2005) tentang penentuan lebar selesa dan selamat dalam lorong motosikal, tiada piawaian khusus yang tersedia untuk menilai kriteria reka bentuk lorong motosikal.

Walau bagaimanapun, analisis tersebut mendapati bawa penting untuk menentukan lebar kawalan optimum untuk lorong motosikal bagi memastikan reka bentuk laluan adalah selamat untuk semua motosikal penunggang.

Keputusan kajian itu menunjukkan bahawa lebar kawalan selamat lorong motosikal eksklusif hendaklah mencapai 3.81 meter.

Tambah Lando, apabila kerajaan mewajibkan akta pengguna motosikal wajib menggunakan lorong motosikal, ia dianggap amat tidak sesuai untuk digunakan dengan keadaan laluan motosikal sebegini rupa.

“Mungkin bagi motosikal kecil sesuai, namun tidak pada motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai saiz yang lebih besar seperti Superbike,” katanya.

Lando mendakwa, jurutera yang membina laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada tahun 1974 juga terkejut apabila laluan tersebut dinaiktaraf untuk digunakan sebagai laluan motosikal pada saiz sebegitu.

ABS Bagus, Tapi Keadaan Jalan Raya Juga Jadi Punca Nahas

Lando menyokong usaha kerajaan mewajibkan pemasangan sistem brek anti-kunci atau anti-lock braking system (ABS) pada semua motosikal baharu dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang.

Baginya, penggunaan alatan dan teknologi keselamatan jalan raya untuk semua jenis kenderaan termasuk motosikal sebagai langkah wajar dan praktikal bagi membantu mengawal keadaan ketika kecemasan.

Sistem ABS dilihat amat membantu mereka yang kurang kemahiran ‘defensive riding’ terutama bagi penunggang baharu yang menceburi pekerjaan penghantaran makanan atau mereka yang menggunakan motosikal untuk ulang alik ke tempat kerja.

*Kredit foto: Mykmu

Walaupun penggunaan ABS disifatkan sebagai langkah baik, keadaan jalan raya, terutamanya lorong motosikal di negara ini masih tidak cukup sempurna dan merupakan antara punca berlakunya kemalangan melibatkan motosikal.

“Masalah benda asing dan kerosakan permukaan jalan masih menjadi punca utama kemalangan melibatkan penunggang, selain sikap tergesa-gesa penunggang sendiri. Malah kelemahan sistem penyelenggaraan laluan di negara ini juga tidak boleh diabaikan sama sekali. Kerajaan perlu mengakui kelemahan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language