December 6, 2022
Evolusi baharu Lamborghini Urus, iaitu Urus S menghimpunkan prestasi, reka bentuk dan kemewahan untuk membawa konsep SUV Super ke tahap serba boleh dan keselesaan yang baharu. Huruf ‘S’ yang dimaksudkan pada Urus S mungkin bermaksud Super, memandangkan betapa kerapnya pengeluar Itali itu merujuk kepada model baharu ini sebagai Super SUV gaya hidup yang terbaik. Lamborghini juga tidak segan silu untuk memasarkan nama SUV pada model ini, tidak seperti jenama supercar Itali lain, Ferrari, dan Purosangue baharunya yang enggan digelar SUV. Urus S Pengganti Model Asas Urus Dengan pengenalan Urus S, barisan model Urus kini terdiri daripada dua trim iaitu: S Performante Menurut Lamborghini, model S baharu ini dirujuk sebagai pengganti kepada Urus asal, di mana ia turut memberikan pakej asas yang sama, namun mampu menghasilkan prestasi yang lebih baik. Lamborghini juga mengatakan S dan Performante berkongsi kalibrasi powertrain yang sama, namun Performante merupakan SUV yang jauh lebih ringan dengan panel badan gentian karbon. Enjin Dan Prestasi Enjin Dan Prestasi Jenis enjin: 4.0 liter turbo-berkembar V8 Kuasa: 666 PS Tork maksimum: 850 Nm Transmisi: Pacuan empat roda dengan transmisi automatik lapan-kelajuan Kelajuan maksimum: 305 km/j 0-100 km/j: 3.5 saat 0-200 km/j: 12.5 saat Untuk perbandingan, Urus S ini adalah 1 saat lebih laju untuk mencapai 0-100 km/j berbanding Urus yang dilancarkan di sini pada 2018 lalu. Walau bagaimanapun, kelajuan maksimumnya masih tidak berubah. Ekzosnya turut menerima pembaharuan di mana kini enjinnya berbunyi lebih syahdu ketika dihidupkan. Bukan itu sahaja, bunyi ekzos kereta ini juga lebih tajam dan jelas dalam setiap mod pemanduan. Mod pemanduan yang diberikan terdiri daripada Strada, Sport, Corsa, Ego, Terra, Neve dan Sabbia. Exterior Dari segi rupa bentuk, Urus S kelihatan mendapat kemas kini reka bentuk yang hampir sama seperti Performante, dengan bampar depan dan belakang yang diperbaharui, plat skid hitam baharu, hud berventilasi gentian karbon ringan, ekzos paip berkembar dan reka bentuk rim baharu dari 21 inci hingga 23 inci. Kemasan luaran boleh dipilih dalam warna hitam berkilat atau matte dan gentian karbon, terdapat bumbung gentian karbon pilihan, dan kini terdapat lebih banyak pilihan warna, kemasan, roda, pakej dan perincian berbanding sebelum ini. Interior Bahagian dalaman Urus S mengekspresikan kecanggihan kontemporari melalui reka bentuknya dengan menawarkan keselesaan mewah dengan permukaan kulit, elemen kemasan dalam pelbagai kemasan dan peralatan Lamborghini berteknologi tinggi yang komprehensif. Urus S menawarkan pilihan konfigurasi warna dan kemasan serba baharu, termasuk dua kemasan gaya Sportivo dwi-warna dan gaya Sophisticated. Selain itu, rangkaian luas pilihan kustom Ad Personam membolehkan anda menggayakan SUV super ini mengikut gaya peribadi anda sendiri. Harga Model Urus S yang bakal menyertai barisan Super SUV Lamborghini selain model Urus Performante yang dilancarkan baru-baru ini dijual pada harga bermula 195,538 Euro (RM889k).

Evolusi baharu Lamborghini Urus, iaitu Urus S menghimpunkan prestasi, reka bentuk dan kemewahan untuk membawa konsep SUV Super ke tahap serba boleh dan keselesaan yang baharu.

Huruf ‘S’ yang dimaksudkan pada Urus S mungkin bermaksud Super, memandangkan betapa kerapnya pengeluar Itali itu merujuk kepada model baharu ini sebagai Super SUV gaya hidup yang terbaik.

Lamborghini juga tidak segan silu untuk memasarkan nama SUV pada model ini, tidak seperti jenama supercar Itali lain, Ferrari, dan Purosangue baharunya yang enggan digelar SUV.

Urus S Pengganti Model Asas Urus

Dengan pengenalan Urus S, barisan model Urus kini terdiri daripada dua trim iaitu:

S
Performante

Menurut Lamborghini, model S baharu ini dirujuk sebagai pengganti kepada Urus asal, di mana ia turut memberikan pakej asas yang sama, namun mampu menghasilkan prestasi yang lebih baik. Lamborghini juga mengatakan S dan Performante berkongsi kalibrasi powertrain yang sama, namun Performante merupakan SUV yang jauh lebih ringan dengan panel badan gentian karbon.

Enjin Dan Prestasi

Enjin Dan Prestasi

Jenis enjin: 4.0 liter turbo-berkembar V8
Kuasa: 666 PS
Tork maksimum: 850 Nm
Transmisi: Pacuan empat roda dengan transmisi automatik lapan-kelajuan
Kelajuan maksimum: 305 km/j
0-100 km/j: 3.5 saat
0-200 km/j: 12.5 saat

Untuk perbandingan, Urus S ini adalah 1 saat lebih laju untuk mencapai 0-100 km/j berbanding Urus yang dilancarkan di sini pada 2018 lalu. Walau bagaimanapun, kelajuan maksimumnya masih tidak berubah.

Ekzosnya turut menerima pembaharuan di mana kini enjinnya berbunyi lebih syahdu ketika dihidupkan. Bukan itu sahaja, bunyi ekzos kereta ini juga lebih tajam dan jelas dalam setiap mod pemanduan. Mod pemanduan yang diberikan terdiri daripada Strada, Sport, Corsa, Ego, Terra, Neve dan Sabbia.

Exterior

Dari segi rupa bentuk, Urus S kelihatan mendapat kemas kini reka bentuk yang hampir sama seperti Performante, dengan bampar depan dan belakang yang diperbaharui, plat skid hitam baharu, hud berventilasi gentian karbon ringan, ekzos paip berkembar dan reka bentuk rim baharu dari 21 inci hingga 23 inci.

Kemasan luaran boleh dipilih dalam warna hitam berkilat atau matte dan gentian karbon, terdapat bumbung gentian karbon pilihan, dan kini terdapat lebih banyak pilihan warna, kemasan, roda, pakej dan perincian berbanding sebelum ini.

Interior

Bahagian dalaman Urus S mengekspresikan kecanggihan kontemporari melalui reka bentuknya dengan menawarkan keselesaan mewah dengan permukaan kulit, elemen kemasan dalam pelbagai kemasan dan peralatan Lamborghini berteknologi tinggi yang komprehensif.

Urus S menawarkan pilihan konfigurasi warna dan kemasan serba baharu, termasuk dua kemasan gaya Sportivo dwi-warna dan gaya Sophisticated. Selain itu, rangkaian luas pilihan kustom Ad Personam membolehkan anda menggayakan SUV super ini mengikut gaya peribadi anda sendiri.

Harga

Model Urus S yang bakal menyertai barisan Super SUV Lamborghini selain model Urus Performante yang dilancarkan baru-baru ini dijual pada harga bermula 195,538 Euro (RM889k).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language