November 29, 2022
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah mengimport masuk 300 unit Ativa versi Hibrid dari Jepun ke negara ini bagi tujuan kajian dan penilaian dengan kadar sewa RM500 sebulan.  Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksektif Perodua sendiri, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad yang memberitahu bahawa unit CBU terhad itu hanya akan ditawarkan kepada yang terpilih secara langganan sahaja. Pelan Langganan Perodua Ativa Hibrid Ativa Hibrid untuk dilanggan ini telah dibawa masuk untuk Perodua melakukan kajian menyeluruh sama ada pelan model bisnes langganan kereta ini boleh diterima di Malaysia atau tidak. Pelan Langganan Perodua Ativa Hibrid Tempoh: 5 Tahun Bayaran Muka: RM2,150 Bayaran Bulanan: RM500 Had perbatuan untuk 5 tahun: 100,000 km Harga yang ditetapkan juga merangkumi kos insurans, cukai jalan dan juga penyelenggaraan. Ini bermakna segala kos servis dan penyelenggaraan Ativa Hibrid ini kerana ia akan ditanggung sendiri secara percuma oleh Perodua. Walau bagaimanapun, tidak semua pengedar Perodua akan terlibat dengan program ini kerana kajian dan penilaian ini hanya disasarkan di kawasan bandar seperti KL, JB dan Pulau Pinang untuk melihat kebolehgunaannya di kawasan bertrafik tinggi. Selain itu, unit tersebut akan dilengkapi dengan alat GPS untuk Perodua memerhati dan menjejaki kereta tersebut bagi menilai corak penggunaan dan pemanduan. Setelah tamat tempoh 5 tahun, model tersebut akan dipulangkan semula kepada Perodua. Bagaimana Nak Langgan? Pelan ini hanya akan ditawarkan secara tertutup kepada mereka yang terpilih sahaja. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah menempah unit Ativa mereka namun masih belum menerima model tersebut. Ketika ini, Perodua telah pun menghubungi mereka yang bertuah dan rata-rata daripada mereka memberikan jawapan yang positif. Perincian lanjut berkenaan pelan ini akan diumumkan kelak. Perodua Ativa Hibrid Perincian berkenaan spesifikasi kereta itu masih tidak dinyatakan. Namun di Jepun, Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid didatangkan dengan: Sistem e:Smart Hybrid (sistem range extender di mana enjin petrol digunakan hanya untuk mengecaj bateri hibrid, manakala kuasa untuk memacu tayar datang sepenuhnya dari motor elektrik. Enjin tiga silinder sebaris WA-VEX 1.2 liter NA (102 hp/105 Nm) dan dipadankan dengan motor elektrik 106 hp/170 Nm, serta pek bateri 4.3 Ah. Sistem pedal pintar S-PDL di mana pemandu boleh mengawal pecutan dan memperlahankan atau memberhentikan kereta dengan hanya satu pedal. (seperti sistem e-Pedal Nissan Leaf generasi kedua) Mod pemanduan biasa serta ECO yang mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.6 liter untuk setiap 100 km Apa pula pandangan anda berkenaan dengan model bisnes kereta secara langganan ini?    

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah mengimport masuk 300 unit Ativa versi Hibrid dari Jepun ke negara ini bagi tujuan kajian dan penilaian dengan kadar sewa RM500 sebulan. 

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksektif Perodua sendiri, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad yang memberitahu bahawa unit CBU terhad itu hanya akan ditawarkan kepada yang terpilih secara langganan sahaja.

Pelan Langganan Perodua Ativa Hibrid

Ativa Hibrid untuk dilanggan ini telah dibawa masuk untuk Perodua melakukan kajian menyeluruh sama ada pelan model bisnes langganan kereta ini boleh diterima di Malaysia atau tidak.

Pelan Langganan Perodua Ativa Hibrid

Tempoh: 5 Tahun
Bayaran Muka: RM2,150
Bayaran Bulanan: RM500
Had perbatuan untuk 5 tahun: 100,000 km

Harga yang ditetapkan juga merangkumi kos insurans, cukai jalan dan juga penyelenggaraan. Ini bermakna segala kos servis dan penyelenggaraan Ativa Hibrid ini kerana ia akan ditanggung sendiri secara percuma oleh Perodua.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengedar Perodua akan terlibat dengan program ini kerana kajian dan penilaian ini hanya disasarkan di kawasan bandar seperti KL, JB dan Pulau Pinang untuk melihat kebolehgunaannya di kawasan bertrafik tinggi.

Selain itu, unit tersebut akan dilengkapi dengan alat GPS untuk Perodua memerhati dan menjejaki kereta tersebut bagi menilai corak penggunaan dan pemanduan. Setelah tamat tempoh 5 tahun, model tersebut akan dipulangkan semula kepada Perodua.

Bagaimana Nak Langgan?

Pelan ini hanya akan ditawarkan secara tertutup kepada mereka yang terpilih sahaja. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah menempah unit Ativa mereka namun masih belum menerima model tersebut.

Ketika ini, Perodua telah pun menghubungi mereka yang bertuah dan rata-rata daripada mereka memberikan jawapan yang positif. Perincian lanjut berkenaan pelan ini akan diumumkan kelak.

Perodua Ativa Hibrid

Perincian berkenaan spesifikasi kereta itu masih tidak dinyatakan. Namun di Jepun, Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid didatangkan dengan:

Sistem e:Smart Hybrid (sistem range extender di mana enjin petrol digunakan hanya untuk mengecaj bateri hibrid, manakala kuasa untuk memacu tayar datang sepenuhnya dari motor elektrik.
Enjin tiga silinder sebaris WA-VEX 1.2 liter NA (102 hp/105 Nm) dan dipadankan dengan motor elektrik 106 hp/170 Nm, serta pek bateri 4.3 Ah.
Sistem pedal pintar S-PDL di mana pemandu boleh mengawal pecutan dan memperlahankan atau memberhentikan kereta dengan hanya satu pedal. (seperti sistem e-Pedal Nissan Leaf generasi kedua)
Mod pemanduan biasa serta ECO yang mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.6 liter untuk setiap 100 km

Apa pula pandangan anda berkenaan dengan model bisnes kereta secara langganan ini?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language