July 2, 2022
Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan Lebuhraya Trans Borneo yang tidak akan dikenakan tol dan menghubungkan Sarawak dan Sabah dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira lima tahun lagi. Projek lebuh raya yang dimulakan sejak 1963 itu disahkan telah mencapai tahap 82% siap oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, dengan empat pakej yang siap sepenuhnya merangkumi: Telok Melano – Sematan Nyabau Serian – Balai Ringin Julau Tambahnya, pakej selebihnya dijangka siap pada hujung tahun ini, namun beliau menjangka mungkin satu atau dua pakej akan terlewat. Kenapa Lewat? Projek ini menghadapi pelbagai cabaran terutamanya dari segi: Kekurangan bahan Kenaikan harga barang Kekuarangan tenaga kerja asing (terutama dari Indonesia) Kenaikan harga minyak diesel beri kesan pada kontraktor Kenaikan harga besi Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM16.117 bilion meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer bermula dari Telok Melano ke Miri, manakala Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 bermula dari Limbang ke Lawas dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028. Projek Dipercepat Selesai Isu Jalan Rosak Projek Lebuh raya Pan Borneo Sabah di antara Batu 32 Sandakan dengan Telupid dipercepatkan bagi menggantikan jalan raya sedia ada yang mengalami kerosakan demi kepentingan pengguna. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Ir Ali Ahmad Hamid, berkata tiga pakej pembinaan Lebuh raya Pan Borneo di laluan berkenaan dengan jarak sepanjang 58 kilometer dijadual siap sepenuhnya pada 2025. Beliau berkata, kontraktor bagi ketiga-tiga pakej itu sudah dimaklumkan bagi mempercepatkan penyiapan kerja pembinaan dua daripada empat lorong bagi lebuh raya berkenaan dalam tempoh 18 bulan sebelum beralih ke dua lagi lorong selebihnya. *Kredit foto: FMT Katanya, pembaikan kerosakan jalan raya sedia ada tidak berbaloi kerana ia tidak dapat dilaksanakan dengan kaedah penyelenggaraan biasa atau tampalan memandangkan keadaan jalan yang sudah melangkaui jangka hayat selain peruntukan yang ada juga terhad. Penjelasan itu bagi menjawab rungutan pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati terhadap keadaan jalan raya yang mengalami kerosakan hingga ada menyifatkannya seperti permukaan bulan terutama di laluan Sandakan - Telupid yang menjadi penghubung utama di antara pantai timur dengan pantai barat Sabah.

Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan Lebuhraya Trans Borneo yang tidak akan dikenakan tol dan menghubungkan Sarawak dan Sabah dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira lima tahun lagi.

Projek lebuh raya yang dimulakan sejak 1963 itu disahkan telah mencapai tahap 82% siap oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, dengan empat pakej yang siap sepenuhnya merangkumi:

Telok Melano – Sematan
Nyabau
Serian – Balai Ringin
Julau

Tambahnya, pakej selebihnya dijangka siap pada hujung tahun ini, namun beliau menjangka mungkin satu atau dua pakej akan terlewat.

Kenapa Lewat?

Projek ini menghadapi pelbagai cabaran terutamanya dari segi:

Kekurangan bahan
Kenaikan harga barang
Kekuarangan tenaga kerja asing (terutama dari Indonesia)
Kenaikan harga minyak diesel beri kesan pada kontraktor
Kenaikan harga besi

Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM16.117 bilion meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer bermula dari Telok Melano ke Miri, manakala Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 bermula dari Limbang ke Lawas dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028.

Projek Dipercepat Selesai Isu Jalan Rosak

Projek Lebuh raya Pan Borneo Sabah di antara Batu 32 Sandakan dengan Telupid dipercepatkan bagi menggantikan jalan raya sedia ada yang mengalami kerosakan demi kepentingan pengguna.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Ir Ali Ahmad Hamid, berkata tiga pakej pembinaan Lebuh raya Pan Borneo di laluan berkenaan dengan jarak sepanjang 58 kilometer dijadual siap sepenuhnya pada 2025.

Beliau berkata, kontraktor bagi ketiga-tiga pakej itu sudah dimaklumkan bagi mempercepatkan penyiapan kerja pembinaan dua daripada empat lorong bagi lebuh raya berkenaan dalam tempoh 18 bulan sebelum beralih ke dua lagi lorong selebihnya.

*Kredit foto: FMT

Katanya, pembaikan kerosakan jalan raya sedia ada tidak berbaloi kerana ia tidak dapat dilaksanakan dengan kaedah penyelenggaraan biasa atau tampalan memandangkan keadaan jalan yang sudah melangkaui jangka hayat selain peruntukan yang ada juga terhad.

Penjelasan itu bagi menjawab rungutan pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati terhadap keadaan jalan raya yang mengalami kerosakan hingga ada menyifatkannya seperti permukaan bulan terutama di laluan Sandakan – Telupid yang menjadi penghubung utama di antara pantai timur dengan pantai barat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language