June 30, 2022
Sejak pembinaan laluan tidak bertol Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) dijalankan, lima buah kampung di sepanjang laluan berkenaan mahukan kerajaan melakukan sesuatu kerana sering melihat nyawa penduduk terkorban ekoran persekitaran tidak selamat. Antara kampung yang terkesan adalah: Kampung Batu 14 Lekir Kampung Batu 15 Lekir Kampung Tersusun Kayan Kampung Ulu Kayan Parit Jerman *Kredit foto: Kosmo WCE Sukarkan Penduduk Setempat Menurut laporan Utusan, kira-kira 5,000 penduduk mendakwa sejak pembinaan WCE, mereka menghadapi masalah seperti: Sukar untuk menyeberang ke kawasan bertentangan kerana terdapat penghadang konkrit Terpaksa memandu jauh untuk membuat pusingan U Kereta semakin laju, risiko kepada penunggang motosikal Risiko banjir Menurut wakil penduduk Parit Jerman, warga kampung itu terpaksa memandu sejauh empat kilometer ke kawasan Sejagop, Kampung Gajah semata-mata untuk membuat pusingan U jika mahu ke Sitiawan, Seri Manjung atau Lumut jika ada sebarang urusan rasmi atau membeli barang keperluan. Oleh sebab itu, penduduk kampung mendakwa ramai ibu bapa sudah tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama pada waktu petang kerana jauh manakala jumlah jemaah surau pula semakin berkurangan kerana perlu berjalan jauh. Nyawa penduduk di kawasan berkenaan, terutamanya penunggang motosikal yang terpaksa berulang-alik pada jarak yang lebih jauh lebih terancam kerana kebanyakan kenderaan yang menggunakan laluan itu kini semakin laju ekoran keadaan jalan yang cantik. Penduduk Cadang Bina Kawasan Pusingan U Tambahan Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan tidak menolak pembangunan dan memahami pemasangan penghadang konkrit di pembahagi jalan atas sebab keselamatan, namun mereka mencadangkan agar kerajaan membina pusingan U tambahan berhampiran Parit Jerman untuk kemudahan penduduk di tiga kampung berdekatan iaitu Parit Jerman, Kampung Ulu Kayan dan Kampung Tersusun Koyan. Risiko Banjir Pembinaan Lebuh Raya WCE telah menyebabkan parit sedia ada yang sudah dibesarkan menjadi sempit dan penduduk risau masalah banjir yang pernah berlaku sebelum ini bakal berulang. Menurut penduduk, kontraktor lebuh raya telah membuang pembentung asal dan menggantikannya dengan pembentung sementara. Namun pembentung itu masih belum ditukar meskipun jalan sudah diturap. *Kredit foto: Lagenda Ria Supplies Pasang Lebih Banyak Papan Tanda Penduduk turut menyarankan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terlibat untuk memasang lebih banyak papan tanda pemakluman kepada pengguna jalan raya kerana ia masih dalam pembinaan dan arah laluan sering berubah sehingga mengelirukan pengguna. JKR bakal Buat Pantauan Menurut wakil JKR Malaysia dari Putrajaya, pihak JKR akan membuat lawatan tapak dan mengenal pasti masalah penduduk untuk diselesaikan. Tambahnya, laluan sepanjang sembilan kilometer melibatkan kawasan terlibat sudah dibina tiga jejantas, dua pusingan-U besar yang boleh digunakan kenderaan berat serta tiga pusingan U kecil, selain telah mematuhi peraturan teknik jalan dan Kajian Audit Keselamatan Jalan Raya (RSA). Wakil tersebut juga menjelaskan cadangan membina persimpangan lampu isyarat oleh penduduk kurang praktikal kerana ia bakal melambatkan perjalanan sedangkan matlamat asal pembinaan WCE ialah untuk memendekkan perjalanan dari kawasan Lembah Klang ke utara tanah air.

Sejak pembinaan laluan tidak bertol Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) dijalankan, lima buah kampung di sepanjang laluan berkenaan mahukan kerajaan melakukan sesuatu kerana sering melihat nyawa penduduk terkorban ekoran persekitaran tidak selamat.

Antara kampung yang terkesan adalah:

Kampung Batu 14 Lekir
Kampung Batu 15 Lekir
Kampung Tersusun Kayan
Kampung Ulu Kayan
Parit Jerman

*Kredit foto: Kosmo

WCE Sukarkan Penduduk Setempat

Menurut laporan Utusan, kira-kira 5,000 penduduk mendakwa sejak pembinaan WCE, mereka menghadapi masalah seperti:

Sukar untuk menyeberang ke kawasan bertentangan kerana terdapat penghadang konkrit
Terpaksa memandu jauh untuk membuat pusingan U
Kereta semakin laju, risiko kepada penunggang motosikal
Risiko banjir

Menurut wakil penduduk Parit Jerman, warga kampung itu terpaksa memandu sejauh empat kilometer ke kawasan Sejagop, Kampung Gajah semata-mata untuk membuat pusingan U jika mahu ke Sitiawan, Seri Manjung atau Lumut jika ada sebarang urusan rasmi atau membeli barang keperluan.

Oleh sebab itu, penduduk kampung mendakwa ramai ibu bapa sudah tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama pada waktu petang kerana jauh manakala jumlah jemaah surau pula semakin berkurangan kerana perlu berjalan jauh.

Nyawa penduduk di kawasan berkenaan, terutamanya penunggang motosikal yang terpaksa berulang-alik pada jarak yang lebih jauh lebih terancam kerana kebanyakan kenderaan yang menggunakan laluan itu kini semakin laju ekoran keadaan jalan yang cantik.

Penduduk Cadang Bina Kawasan Pusingan U Tambahan

Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan tidak menolak pembangunan dan memahami pemasangan penghadang konkrit di pembahagi jalan atas sebab keselamatan, namun mereka mencadangkan agar kerajaan membina pusingan U tambahan berhampiran Parit Jerman untuk kemudahan penduduk di tiga kampung berdekatan iaitu Parit Jerman, Kampung Ulu Kayan dan Kampung Tersusun Koyan.

Risiko Banjir

Pembinaan Lebuh Raya WCE telah menyebabkan parit sedia ada yang sudah dibesarkan menjadi sempit dan penduduk risau masalah banjir yang pernah berlaku sebelum ini bakal berulang.

Menurut penduduk, kontraktor lebuh raya telah membuang pembentung asal dan menggantikannya dengan pembentung sementara. Namun pembentung itu masih belum ditukar meskipun jalan sudah diturap.

*Kredit foto: Lagenda Ria Supplies

Pasang Lebih Banyak Papan Tanda

Penduduk turut menyarankan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terlibat untuk memasang lebih banyak papan tanda pemakluman kepada pengguna jalan raya kerana ia masih dalam pembinaan dan arah laluan sering berubah sehingga mengelirukan pengguna.

JKR bakal Buat Pantauan

Menurut wakil JKR Malaysia dari Putrajaya, pihak JKR akan membuat lawatan tapak dan mengenal pasti masalah penduduk untuk diselesaikan.

Tambahnya, laluan sepanjang sembilan kilometer melibatkan kawasan terlibat sudah dibina tiga jejantas, dua pusingan-U besar yang boleh digunakan kenderaan berat serta tiga pusingan U kecil, selain telah mematuhi peraturan teknik jalan dan Kajian Audit Keselamatan Jalan Raya (RSA).

Wakil tersebut juga menjelaskan cadangan membina persimpangan lampu isyarat oleh penduduk kurang praktikal kerana ia bakal melambatkan perjalanan sedangkan matlamat asal pembinaan WCE ialah untuk memendekkan perjalanan dari kawasan Lembah Klang ke utara tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language