Categories
Auto news

Lebuhraya DASH Dibuka Esok – Tol Percuma Hingga 30 November

Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) bakal dibuka pada 12.01 minit tengah malam dan pengguna boleh melalui lebih raya berkenaan secara percuma untuk masa yang terhad!

Bersempena dengan pelancaran Lebuhraya DASH, Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tol percuma bermula tengah malam 14 Oktober 2022 sehingga 30 November 2022.

Tol Percuma Di Lebuhraya DASH

Walaupun tol percuma diberikan, Prolintas mengingatkan pengguna untuk menyentuh kad TNG mereka di lorong TNG ketika melalui Lebuhraya DASH untuk membuka palang di plaza tol.

Kiraan trafik yang direkodkan daripada setiap lorong tol plaza diperlukan bagi mengetahui jumlah pengguna yang menggunakan lebuh raya ini setiap hari.

*Kredit foto: Bernama

Lebuhraya DASH yang mula dibangunkan sejak Ogos 2016 dan siap pada 30 September lalu dikatakan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 40% pada waktu puncak di beberapa lokasi strategik seperti

Di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari
Jalan Sungai Buloh
Persiaran Surian

Tempoh perjalanan juga dapat dijimatkan kepada 30 minit pada waktu puncak dari persimpangan Puncak Perdana ke persimpangan Penchala berbanding dengan jalan sedia ada yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

DASH juga merupakan laluan alternatif bagi pengguna di sebelah barat, Shah Alam untuk melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur sekaligus mengurangkan tempoh perjalanan serta menyuraikan trafik dengan lebih berkesan.

Tambah PM, sebanyak 12,000 peluang pekerjaan telah dibuka susulan pembinaan lebuh raya ini membabitkan pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language