Categories
Auto news

Lebuhraya Karak: Lorong Tambahan, Terowong Baharu Genting Sempah Bakal Dibina

Sempena dengan pelancaran Lebuhraya DASH, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga memberitahu bahawa Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak bakal ditambah baik!

Menurut PM, keputusan ini dibuat kerajaan bagi memudahkan pergerakan pengguna di lebuh raya berkenaan.

*Kredit foto:Kosmo

Penambahbaikan Lebuh Raya

Kerajaan bakal membina lorong tambahan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (dari plaza tol Gombak hingga ke Bentong) bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

Bukan itu sahaja, PM turut mengumumkan bahawa kerajaan juga bakal membina sebuah lagi terowong baharu di Genting Sempah bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan. 

Pada masa yang sama, kerja-kerja tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) akan dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir yang sering berlaku di sana.

*Kredit foto: Bernama

Kesemua kerja-kerja pembaikan yang dinyatakan di atas mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan yang sedang dimuktamadkan.

Melaui penstrukturan terbaru ini, kerajaan telah menjimatkan RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Dengan ini, PM berkata pengguna lebuh raya bakal dapat menikmati kadar tol yang lebih rendah sekaligus mengurangkan beban kos sara hidup yang sedang semakin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language