Categories
Auto news

Lelaki Menang Saman Jalan Berlubang, MPKJ Diarah Bayar Ganti Rugi

Anda kini boleh menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) jika kereta anda rosak akibat keadaan jalan yang teruk.

Walau bagaimanapun, lelaki yang memenangi saman ke atas PBT itu terpaksa berkorban masa, tenaga dan berdepan pelbagai karenah birokrasi serta dasar pihak berkuasa yang tidak masuk akal sebelum berjaya menang kes itu.

*Kredit foto: Free Malaysia Today

Saman Kerana Jalan Berlubang

Selepas pada mulanya dinafikan pampasan oleh Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Fahrurrazi mendapatkan bantuan daripada Tribunal Tuntutan Pengguna.

Dia kemudiannya diberitahu bahawa tribunal tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara itu.

“Walaupun kecewa dengan MPKj dan tribunal, saya membuat kajian di internet dan mendapati individu boleh memfailkan tuntutan kecil di bawah RM5,000 di Mahkamah Majitret,” katanya.

Beliau memfailkan tuntutan di mahkamah dan terpaksa menghadiri enam pengurusan kes dalam tempoh 12 minggu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan pada Julai lalu.

“Saya hanya mahu menegakkan hak saya. Wang bukan tujuan utama, ini adalah soal prisip,” kata Fahrurrazi yang mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

Bagaimanapun, selepas dibayar pampasan RM2,980 daripada pihak insurans PBT itu dua minggu lalu, Dr Fahrurrazi Hamid, kini menyeru orang ramai mempertahankan hak mereka.

“Kita mesti tegas mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa tempatan supaya mereka lebih proaktif dalam memastikan jalan raya yang kita lalui selamat. Jangan putus asa dalam mendapatkan pampasan akibat kerosakan yang tidak diselenggara,” jelasnya.

*Gambar hiasan

Ganti Rugi Yang Diterima

Mahkamah mengarahkan MPKj membayar tuntutan berjumlah RM2,980 untuk menggantikan empat rim (RM1,800), tayar (RM800), upah penjajaran roda (RM180) dan caj kereta tunda (RM200).

Fahrurrazi berkata semua pengguna jalan raya mesti memainkan peranan mereka sebagai pengguna dan pembayar cukai bagi mendesak PBT lebih bertanggungjawab.

“Saya bersyukur kejadian ini hanya merosakkan kereta dan saya tidak cedera atau kemalangan. Banyak kemalangan di negara ini berpunca daripada lubang di jalan raya yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Kita perlu mempertahankan hak kita walaupun ia mengambil masa yang lama dan menguji stamina.”

Kejadian itu berlaku pada September 2020 apabila Fahrurrazi memandu pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Budiman Business Park.

Keputusan mahkamah itu harus menjadi peringatan kepada semua pihak berkuasa tempatan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas keselamatan komuniti mereka dan juga membuka mata orang ramai tentang hak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language