September 24, 2022
Ketika orang ramai memilih Perodua Axia sebagai kereta baharu paling murah di Malaysia, seorang lelaki tempatan didakwa menggunakan Axia untuk menggelakkan dirinya daripada didekati oleh wanita bersifat pisau cukur. Kenyataan tersebut telah dikongsikan di Facebook di mana lelaki terbabit membuktikan bahawa ramai manusia menganggap bahawa kereta itu simbol kekayaan seseorang. Guna Axia Elak Pisau Cukur Dalam hantaran terbabit, lelaki itu berkata beliau tertarik dengan hantaran berkenaan seseorang berusia 25 tahun yang memandu Proton Saga dengan RM100,000 simpanan di bank. Bezanya, kisah kali ini mengisahkan seorang berumur 29 tahun yang memandu Perodua Axia dengan simpanan sebanyak RM380,000 di bank. Menurut lelaki tersebut, ramai orang memaksanya untuk menukar kereta, termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakan. Namun beliau hanya memberikan alasan bahawa beliau tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli kereta baharu. Malah ada juga yang mempersoalkan mengapa beliau masih menggunakan Axia meskipun sudah berusia 29 tahun. Walaupun kadang-kala lelaki itu terasa hati dengan persoalan terbabit, namun beliau tetap tidak menukar keretanya kepada kereta lain. Apabila keluar dengan wanita pula, kebanyakannya akan berhenti menghubungi beliau setelah beliau mengambil para wanita terbabit dengan Axia miliknya. Kereta Sebagai Alat Pengangkutan Sahaja Menurut lelaki terbabit, kereta hanyalah alat pengangkutan yang membawa seseorang dari tempat A ke tempat B. Selain itu, pemilihan kereta juga dapat mengelakkannya daripada didekati wanita materialistik. "Saya lihat ramai rakan sekerja saya yang bergaji lebih RM5,000 sebulan namun mereka memandu kereta yang memerlukan mereka membayar kira-kira RM1,800 – RM2,000 sebulan. Jumlah ini tidak termasuk kos penyelenggaraan, dan susut nilai kereta," jelasnya. Tambah lelaki terbabit, sasarannya selepas ini adalah mencari pasangan yang selesa dengannya memandu Axia. Jika jumpa, barulah beliau akan menukar kereta baharu. Di media sosial, ada pelbagai jenis 'pengakuan' secara anonymous boleh dijumpai. Sesetengahnya mungkin serius, lucu, atau langsung tidak masuk akal. Yang paling penting, cerita sebegini amat disukai oleh tentera bawang Malaysia.

Ketika orang ramai memilih Perodua Axia sebagai kereta baharu paling murah di Malaysia, seorang lelaki tempatan didakwa menggunakan Axia untuk menggelakkan dirinya daripada didekati oleh wanita bersifat pisau cukur.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan di Facebook di mana lelaki terbabit membuktikan bahawa ramai manusia menganggap bahawa kereta itu simbol kekayaan seseorang.

Guna Axia Elak Pisau Cukur

Dalam hantaran terbabit, lelaki itu berkata beliau tertarik dengan hantaran berkenaan seseorang berusia 25 tahun yang memandu Proton Saga dengan RM100,000 simpanan di bank. Bezanya, kisah kali ini mengisahkan seorang berumur 29 tahun yang memandu Perodua Axia dengan simpanan sebanyak RM380,000 di bank.

Menurut lelaki tersebut, ramai orang memaksanya untuk menukar kereta, termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakan. Namun beliau hanya memberikan alasan bahawa beliau tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli kereta baharu.

Malah ada juga yang mempersoalkan mengapa beliau masih menggunakan Axia meskipun sudah berusia 29 tahun. Walaupun kadang-kala lelaki itu terasa hati dengan persoalan terbabit, namun beliau tetap tidak menukar keretanya kepada kereta lain.

Apabila keluar dengan wanita pula, kebanyakannya akan berhenti menghubungi beliau setelah beliau mengambil para wanita terbabit dengan Axia miliknya.

Kereta Sebagai Alat Pengangkutan Sahaja

Menurut lelaki terbabit, kereta hanyalah alat pengangkutan yang membawa seseorang dari tempat A ke tempat B. Selain itu, pemilihan kereta juga dapat mengelakkannya daripada didekati wanita materialistik.

“Saya lihat ramai rakan sekerja saya yang bergaji lebih RM5,000 sebulan namun mereka memandu kereta yang memerlukan mereka membayar kira-kira RM1,800 – RM2,000 sebulan. Jumlah ini tidak termasuk kos penyelenggaraan, dan susut nilai kereta,” jelasnya.

Tambah lelaki terbabit, sasarannya selepas ini adalah mencari pasangan yang selesa dengannya memandu Axia. Jika jumpa, barulah beliau akan menukar kereta baharu.

Di media sosial, ada pelbagai jenis ‘pengakuan’ secara anonymous boleh dijumpai. Sesetengahnya mungkin serius, lucu, atau langsung tidak masuk akal. Yang paling penting, cerita sebegini amat disukai oleh tentera bawang Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language