Categories
Auto news

Lembah Klang: Semua Lorong Tol Bakal Hadir Dengan Pelbagai Kaedah Pembayaran

Jika cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini diberi lampu hijau, semua lorong di plaza tol seluruh Lembah Klang akan dilengkapi dengan semua teknologi dan kaedah pembayaran tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, cadangan itu merupakan antara inisiatif Task Force Kesesakan Jalan Raya di Kuala Lumpur yang diketuainya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota terutama ketika waktu puncak.

Lorong Tol Berbeza Jadi Punca Trafik Sesak

Dalam satu sidang media yang diadakan, Jalaluddin berpendapat bahawa perbezaan kaedah bayaran mengikut lorong di plaza tol menjadi punca kesesakan trafik kerana:

Pemandu terpaksa menukar haluan ke arah lorong yang ditetapkan mengikut kaedah pembayaran pilihan mereka
Pengguna RFID perlu melalui lorong RFID yang kebiasaannya hanya satu lorong disediakan
Sikap pengguna yang memotong barisan, berebut ruang untuk membayar tol

Menurut Jalaluddin, pihak KWP telah membincangkan perkara ini dengan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan keputusannya akan dimaklumkan dalam mesyuarat akan datang yang dijadualkan dalam tempoh sebulan.

*Kredit foto: Astro Awani

Cadangan Lain Bagi Mengurangkan Kesesakan

Selain menawarkan semua kaedah pembayaran di semua lorong tol, Jalaluddin turut mencadangkan kaedah lain untuk mengurangkan kesesakan seperti:

Membuka pintu tol buat sementara ketika waktu puncak bagi membolehkan trafik bersurai lebih cepat
Anggota pasukan petugas akan digerakkan ke 85 kawasan hot spot trafik untuk mengawal lalu lintas di jalan-jalan utama ketika waktu puncak
Sebanyak 72 lokasi akan dipantau polis manakala 13 lagi akan dikendalikan oleh pegawai DBKL
Larangan kenderaan berat melebihi 7.5 tan daripada memasuki ibu kota pada waktu puncak berkuat kuasa serta merta
Meletakkan papan tanda di lokasi strategik bagi memberi amaran kepada kenderaan berat agar tidak memasuki bandar pada waktu tertentu – 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari
DBKL bakal mengalih keluar semua tempat letak kereta di tepi jalan dan peniaga secara berperingkat
Lorong bas di Kuala Lumpur mungkin bakal diaktifkan semula
Penyepaduan antara syarikat konsesi lebuh raya yang berbeza

Langkah melarang kenderaan berat daripada memasuki pusat bandar ketika waktu puncak telah diambil kerana pihak KWP mendapati kemasukan kenderaan berat tanpa mengira waktu menjadi punca kesesakan jalan.

“Sekiranya mana-mana kenderaan berat dikesan masuk ke bandar ketika waktu yang dilarang, tindakan penguatkuasaan kompaun mandatori di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikenakan oleh polis dan JPJ tanpa kompromi,” jelas Jalaluddin.

Bayar Tol Guna Debit, Kredit Sedang Diuji

Berdasarkan informasi yang dikongsi oleh Lebuhraya PLUS di laman web mereka sebelum ini, ujian rintis bagi pilihan pembayaran tambahan menggunakan kad kredit dan kad debit sedang dijalankan di plaza tol terpilih.

Jika cadangan memperkenalkan lorong tol dengan pelbagai kaedah pembayaran ini diluluskan di KL, diharapkan agar kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit turut diperkenalkan bagi melancarkan lagi pergerakan trafik di sekitar plaza tol di Lembah Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language