Categories
Auto news

Lesen Vokasional GDL Bebankan Penunggang – Jaga Kepentingan Syarikat Pengendali p-hailing?

Cadangan Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong untuk mewajibkan penunggang p-hailing mengambil lesen vokasional (GDL) dilihat akan membebankan komuniti berkenaan.

Menurut Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamaruddin Hussain, usaha itu hanya terarah kepada penjanaan kewangan hasil bayaran GDL sahaja.

Tak Setuju Wajibkan GDL

Kamaruddin berpendapat niat baik kementerian untuk memberi kursus keselamatan kepada komuniti p-hailing sebenarnya boleh dilaksanakan dengan cara lain dan bukan dengan mewajibkan GDL.

“Kami melihat ketetapan tersebut akan membebankan lagi komuniti p-hailing malah tidak mustahil ia untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat pengendali p-hailing (EHO) sahaja,” katanya.

Beliau tidak mahu perkara sama seperti yang berlaku pada komuniti e-hailing di mana lesen tersebut kini boleh disifatkan sebagai tidak ada kualiti dan hanya untuk menyumbang kepada keberhasilan negara berulang pada komuniti p-hailing pula.

Tuntuan komuniti p-hailing tidak diendahkan?

Kamaruddin menyambut baik usaha Wee untuk mengadakan dialog bersama komuniti p-hailing bagi merungkai masalah yang membelenggu komuniti itu susulan protes pada 5 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, Kamaruddin menjelaskan sidang akhbar oleh menteri itu semalam baru-baru ini tidak memberi sebarang jawapan atau jalan penyelesaian jangka pendek terhadap isu dan tuntutan komuniti berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menaruh harapan supaya MOT dapat mengawal selia pengendali EHO yang selama ini menindas komuniti berkenaan.

Beliau telah mencadangkan MOT agar belajar daripada kesilapan lalu di mana ketetapan yang pernah dibuat dahulu bukan sahaja gagal menaik taraf industri perkhidmatan awam sebaliknya lebih ramai pemain industri ditindas syarikat kapitalis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language