September 24, 2022
Lesen vokasional yang bakal diwajibkan terhadap penunggang p-hailing tidak sama dengan lesen GDL yang digunakan terhadap kenderaan komersial mengangkut barangan. Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia adalah satu lesen vokasional yang khusus untuk penunggang p-hailing. *Kredit foto: Kini.my Lesen Vokasional p-hailing Menurut Wee, permohonan untuk mendapatkan lesen vokasional untuk p-hailing adalah berbeza dengan GDL, di mana penunggang hanya perlu mengikuti kursus singkat beberapa jam dan tidak perlu ke institut memandu. Meskipun nama khusus bagi lesen vokasional tersebut belum ditentukan, namun Wee menegaskan pendaftaran lesen vokasional untuk p-hailing nanti akan diperkenalkan secara murah dan mudah. "Ia hanya membabitkan pembayaran token dan moratorium akan diberikan untuk tempoh pendaftaran itu dan ia tidak akan membebankan rakan penunggang p-hailing,” jelasnya. Oleh itu, Wee memberitahu lesen vokasional itu tidak akan membabitkan sebarang pemeriksaan terhadap kenderaan seperti kenderaan mengangkut barangan komersial lain. Kos yang akan dikenakan juga adalah minimum dan dianggarkan tidak melebihi RM10. Wee turut menjelaskan bahawa dakwaan dan kekeliruan semua penunggang p-hailing perlu membawa motosikal yang digunakan untuk pemeriksaan di PUSPAKOM juga tidak benar. *Kredit foto: Sinar Harian Kenapa Perlu Lesen Vokasional? Menurut Menteri Pengangkutan, perlu ada pendaftaran berkenaan untuk membolehkan kementerian itu mempunyai data sebenar bilangan penunggang p-hailing yang ada di negara ini. Sebelum ini, data penunggang hanya boleh diperolehi daripada pengendali p-hailing (PHO), namun ia tidak mempunyai data yang lengkap membabitkan penunggang yang masih aktif. Selain itu, beliau juga bimbang dengan data kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menunjukkan: 62% daripada 16,308 penunggang p-hailing yang diperhatikan melalui kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) di Kuala Lumpur, didapati melanggar peraturan jalan raya dengan berada dalam petak kuning atau di lintasan pejalan kaki 14% pula didapati memegang telefon bimbit dan melanggar lampu isyarat 7% membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan 3% menunggang melawan arus atau melalui trafik bertentangan "Ia akan memudahkan apabila ada keperluan untuk pelan perlindungan dan bantuan. Saya tidak boleh menganggap semua pemegang lesen B2 sebagai penunggang p-hailing. Tidak boleh, ia kena ada kelebihan iaitu berdaftar dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Lesen vokasional yang bakal diwajibkan terhadap penunggang p-hailing tidak sama dengan lesen GDL yang digunakan terhadap kenderaan komersial mengangkut barangan.

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia adalah satu lesen vokasional yang khusus untuk penunggang p-hailing.

*Kredit foto: Kini.my

Lesen Vokasional p-hailing

Menurut Wee, permohonan untuk mendapatkan lesen vokasional untuk p-hailing adalah berbeza dengan GDL, di mana penunggang hanya perlu mengikuti kursus singkat beberapa jam dan tidak perlu ke institut memandu.

Meskipun nama khusus bagi lesen vokasional tersebut belum ditentukan, namun Wee menegaskan pendaftaran lesen vokasional untuk p-hailing nanti akan diperkenalkan secara murah dan mudah.

“Ia hanya membabitkan pembayaran token dan moratorium akan diberikan untuk tempoh pendaftaran itu dan ia tidak akan membebankan rakan penunggang p-hailing,” jelasnya.

Oleh itu, Wee memberitahu lesen vokasional itu tidak akan membabitkan sebarang pemeriksaan terhadap kenderaan seperti kenderaan mengangkut barangan komersial lain.

Kos yang akan dikenakan juga adalah minimum dan dianggarkan tidak melebihi RM10.

Wee turut menjelaskan bahawa dakwaan dan kekeliruan semua penunggang p-hailing perlu membawa motosikal yang digunakan untuk pemeriksaan di PUSPAKOM juga tidak benar.

*Kredit foto: Sinar Harian

Kenapa Perlu Lesen Vokasional?

Menurut Menteri Pengangkutan, perlu ada pendaftaran berkenaan untuk membolehkan kementerian itu mempunyai data sebenar bilangan penunggang p-hailing yang ada di negara ini.

Sebelum ini, data penunggang hanya boleh diperolehi daripada pengendali p-hailing (PHO), namun ia tidak mempunyai data yang lengkap membabitkan penunggang yang masih aktif.

Selain itu, beliau juga bimbang dengan data kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menunjukkan:

62% daripada 16,308 penunggang p-hailing yang diperhatikan melalui kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) di Kuala Lumpur, didapati melanggar peraturan jalan raya dengan berada dalam petak kuning atau di lintasan pejalan kaki
14% pula didapati memegang telefon bimbit dan melanggar lampu isyarat
7% membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan
3% menunggang melawan arus atau melalui trafik bertentangan

“Ia akan memudahkan apabila ada keperluan untuk pelan perlindungan dan bantuan. Saya tidak boleh menganggap semua pemegang lesen B2 sebagai penunggang p-hailing. Tidak boleh, ia kena ada kelebihan iaitu berdaftar dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language