December 8, 2022
Seorang pelanggan berputih mata setelah SUV mewah miliknya, Lexus RX300 F Sport dicuri ketika menjalani penyelenggaraan berjadual di sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh, Melaka. Menurut pemilik, Tay Han Sin, kejadian ini berlaku pada 25 Ogos lepas ketika beliau menghantar SUV tersebut di tempat servis yang sama untuk kali kedua. *Kredit foto: Utusan Kereta Dilarikan Ketika Dihantar Servis Menurut laporan Utusan, ketika kereta ditinggalkan, pemilik telah dimaklumkan bahawa keretanya telah dibawa keluar oleh seseorang selepas selesai menjalani penyelenggaraan. Perkara ini telah mengejutkan pemilik kerana pusat servis memaklumkan bahawa keretanya telah diambil, sedangkan beliau baru sahaja berniat untuk berbuat demikian. Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali yang bertindak mengambil kunci berkenaan. Susulan kejadian itu, aduan di peringkat dalaman serta laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pemilik menyatakan rasa terkilan dengan layanan pusat servis berkenaan yang tidak banyak membantu untuk menyelesaikan masalah ini. *Gambar hiasan Kereta Hilang, Hutang Tetap Jalan Lebih parah, pemilik baru sahaja menggunakan kereta itu selama enam bulan. Walaupun kereta itu masih gagal dikesan, namun beliau tetap perlu membayar ansuran kereta berharga lebih RM2,000 sebulan. Berdasarkan laporan, masih tiada jawapan kukuh berhubung kejadian diberikan pusat servis terlibat meskipun telah hampir sebulan menunggu. Ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan dalaman membabitkan pelbagai pihak termasuk polis. Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengaduan Awam MCA Melaka, Dennis Lee Han Lim berkata proses untuk menyelesaikan isu ini akan mengambil sedikit masa. Tambahnya, pihak syarikat dan insurans sudah mengetahui perkara ini dan akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima termasuk siasatan pihak polis. “Saya menyeru kepada semua pihak untuk meningkatkan ciri keselamatan di premis masing-masing terutamanya yang melibatkan harta milik pelanggan. Kes kecurian membabitkan pusat servis kereta mungkin taktik baharu dan orang ramai diminta lebih berhati-hati,” katanya.

Seorang pelanggan berputih mata setelah SUV mewah miliknya, Lexus RX300 F Sport dicuri ketika menjalani penyelenggaraan berjadual di sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh, Melaka.

Menurut pemilik, Tay Han Sin, kejadian ini berlaku pada 25 Ogos lepas ketika beliau menghantar SUV tersebut di tempat servis yang sama untuk kali kedua.

*Kredit foto: Utusan

Kereta Dilarikan Ketika Dihantar Servis

Menurut laporan Utusan, ketika kereta ditinggalkan, pemilik telah dimaklumkan bahawa keretanya telah dibawa keluar oleh seseorang selepas selesai menjalani penyelenggaraan.

Perkara ini telah mengejutkan pemilik kerana pusat servis memaklumkan bahawa keretanya telah diambil, sedangkan beliau baru sahaja berniat untuk berbuat demikian.

Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali yang bertindak mengambil kunci berkenaan.

Susulan kejadian itu, aduan di peringkat dalaman serta laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pemilik menyatakan rasa terkilan dengan layanan pusat servis berkenaan yang tidak banyak membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

*Gambar hiasan

Kereta Hilang, Hutang Tetap Jalan

Lebih parah, pemilik baru sahaja menggunakan kereta itu selama enam bulan. Walaupun kereta itu masih gagal dikesan, namun beliau tetap perlu membayar ansuran kereta berharga lebih RM2,000 sebulan.

Berdasarkan laporan, masih tiada jawapan kukuh berhubung kejadian diberikan pusat servis terlibat meskipun telah hampir sebulan menunggu.

Ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan dalaman membabitkan pelbagai pihak termasuk polis.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengaduan Awam MCA Melaka, Dennis Lee Han Lim berkata proses untuk menyelesaikan isu ini akan mengambil sedikit masa.

Tambahnya, pihak syarikat dan insurans sudah mengetahui perkara ini dan akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima termasuk siasatan pihak polis.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk meningkatkan ciri keselamatan di premis masing-masing terutamanya yang melibatkan harta milik pelanggan. Kes kecurian membabitkan pusat servis kereta mungkin taktik baharu dan orang ramai diminta lebih berhati-hati,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language