September 25, 2022
Kerajaan bakal membina litar drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran tanah air. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, cadangan kerajaan itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentang Oktober ini. *Kredit foto: World Orgs Litar Drag Lebih Selamat Ketika ini, hanya ada dua litar drag dibina iaitu di Terengganu dan Melaka. Apabila kesemua litar itu siap kelak, ia akan memberi peluang kepada golongan muda untuk mendekati sukan permotoran secara serius mengikut saluran yang betul. Tambah PM, perlumbaan drag dlihat kurang terlalu bahaya jika dibandingkan dengan perlumbaan trek kerana ia hanya memerlukan jalan yang lebih pendek dan lurus," Kenyataan tersebut disuarakan PM ketika merasmikan program RXZ Members 4.0 2022 di Litar Permotoran Drag Strip di Gong Badak yang menghimpunkan lebih 30,000 pengguna dan peminat Yamaha RXZ serta longgokan sampah sarap merata-rata di litar tersebut sejurus tamat program. *Kredit foto: Bernama Program MyFit@Motorsports 2022 Untuk Sukan Permotoran PM menyeru belia supaya menyertai MyFit@Motorsports 2022, iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, membabitkan pembangunan sukan motosikal dan kereta, yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan. Di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui: Latihan Kursus Klinik Program tersebut bakal mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan negara. *Kredit foto: Berita Harian Kerajaan Berminat Taja Aktiviti Kelab Sukan Permotoran PM berkata kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir. Menurut PM, pertubuhan berkaitan permotoran banyak melakukan aktiviti amal terutama ketika banjir dengan menyumbang tenaga kerja bagi membersihkan rumah mangsa banjir. PM berkata program perhimpunan seperti RXZ itu mungkin boleh diadakan setiap tahun dan kerajaan boleh memberi penajaan agar dapat ketengahkan minat anak-anak muda selain mengurangkan tanggapan negatif Mat Motor. Pada perhimpunan tersebut. penganjur telah menawarkan sebuah motosikal Yamaha R1 1000cc bernilai RM135,000 serta dua buah Yamaha RXZ bernilai RM60,000 sebagai hadiah utama cabutan bertuah.    

Kerajaan bakal membina litar drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran tanah air.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, cadangan kerajaan itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentang Oktober ini.

*Kredit foto: World Orgs

Litar Drag Lebih Selamat

Ketika ini, hanya ada dua litar drag dibina iaitu di Terengganu dan Melaka. Apabila kesemua litar itu siap kelak, ia akan memberi peluang kepada golongan muda untuk mendekati sukan permotoran secara serius mengikut saluran yang betul.

Tambah PM, perlumbaan drag dlihat kurang terlalu bahaya jika dibandingkan dengan perlumbaan trek kerana ia hanya memerlukan jalan yang lebih pendek dan lurus,”

Kenyataan tersebut disuarakan PM ketika merasmikan program RXZ Members 4.0 2022 di Litar Permotoran Drag Strip di Gong Badak yang menghimpunkan lebih 30,000 pengguna dan peminat Yamaha RXZ serta longgokan sampah sarap merata-rata di litar tersebut sejurus tamat program.

*Kredit foto: Bernama

Program MyFit@Motorsports 2022 Untuk Sukan Permotoran

PM menyeru belia supaya menyertai MyFit@Motorsports 2022, iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, membabitkan pembangunan sukan motosikal dan kereta, yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan.

Di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui:

Latihan
Kursus
Klinik

Program tersebut bakal mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan negara.

*Kredit foto: Berita Harian

Kerajaan Berminat Taja Aktiviti Kelab Sukan Permotoran

PM berkata kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir.

Menurut PM, pertubuhan berkaitan permotoran banyak melakukan aktiviti amal terutama ketika banjir dengan menyumbang tenaga kerja bagi membersihkan rumah mangsa banjir.

PM berkata program perhimpunan seperti RXZ itu mungkin boleh diadakan setiap tahun dan kerajaan boleh memberi penajaan agar dapat ketengahkan minat anak-anak muda selain mengurangkan tanggapan negatif Mat Motor.

Pada perhimpunan tersebut. penganjur telah menawarkan sebuah motosikal Yamaha R1 1000cc bernilai RM135,000 serta dua buah Yamaha RXZ bernilai RM60,000 sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language