August 13, 2022
Sebuah resort litar lumba mewah bertaraf antarabangsa bernilai RM1.3 bilion akan dibangunkan di Bukit Malut, Langkawi, Kedah. Projek resort bersepadu dan pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa, Open Road International Circuit and Integrated Resorts ini akan menampilkan litar lumpa sepanjang 5.8km yang disebut-sebutkan sebagai "Nürburgring di Timur". *Kredit foto: Langkawi Kini Litar Lumba Mewah Tarikan Baharu Langkawi Menerusi laporan Langkawi Kini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata selain litar lumba, resort ini turut merangkumi kemudahan seperti: Pusat pengedaran kereta 4S Kemudahan gudang garaj kenderaan Akademi perlumbaan Hospital sukan Projek perumahan Stesen minyak *Kredit foto: Sinar Harian Pada tahun lalu, Sanusi telah menjelaskan bahawa projek itu akan dilaksanakan di atas tanah seluas 66.7 hektar termasuk lapan hektar tanah kerajaan dan ia dijangka memberi manfaat kepada sektor ekonomi serta pendapatan penduduk apabila siap dalam tempoh lima tahun lagi. *Kredit foto: Langkawi Kini Ketika ini, papan tanda projek sudah pun dinaikkan dan pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa ini bakal menjadi tarikan baharu sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

Sebuah resort litar lumba mewah bertaraf antarabangsa bernilai RM1.3 bilion akan dibangunkan di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.

Projek resort bersepadu dan pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa, Open Road International Circuit and Integrated Resorts ini akan menampilkan litar lumpa sepanjang 5.8km yang disebut-sebutkan sebagai “Nürburgring di Timur”.

*Kredit foto: Langkawi Kini

Litar Lumba Mewah Tarikan Baharu Langkawi

Menerusi laporan Langkawi Kini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata selain litar lumba, resort ini turut merangkumi kemudahan seperti:

Pusat pengedaran kereta 4S
Kemudahan gudang garaj kenderaan
Akademi perlumbaan
Hospital sukan
Projek perumahan
Stesen minyak

*Kredit foto: Sinar Harian

Pada tahun lalu, Sanusi telah menjelaskan bahawa projek itu akan dilaksanakan di atas tanah seluas 66.7 hektar termasuk lapan hektar tanah kerajaan dan ia dijangka memberi manfaat kepada sektor ekonomi serta pendapatan penduduk apabila siap dalam tempoh lima tahun lagi.

*Kredit foto: Langkawi Kini

Ketika ini, papan tanda projek sudah pun dinaikkan dan pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa ini bakal menjadi tarikan baharu sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language