September 28, 2022
MIROS Technology Test Track (MT3) bakal menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan di Malaysia serta rantau Asia Tenggara. Litar sepanjang 1 kilometer bernilai RM10 juta akan dibangunkan di Sepang dan akan membuka peluang ke arah penghasilan kenderaan bertaraf lima bintang dan lebih selamat digunakan. Ujian Keselamatan Di Litar MT3 Litar MT3 menawarkan ujian keselamatan kenderaan seperti: Ujian berkaitan bantuan keselamatan terhadap kenderaan penumpang Ujian bagi kenderaan komersial Ujian motosikal Ujian infrastruktur jalan seperti road furniture crash test Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pembinaan MT3 ini selari dengan pelantikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN yang berperanan menyumbang dan mempromosi keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN. Beliau turut berharap agar MT3 dapat menarik pihak swasta dan agensi lain untuk bekerjasama dengan MIROS bagi memastikan kenderaan dihasilkan memenuhi spesifikasi ditetapkan. “Melalui litar itu, agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga diharap dapat melaksanakan pengujian kepada kenderaan bagi proses kajian, penyelidikan dan penilaian,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah MT3 Dijangka Siap Hujung Tahun Ini Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon berkata litar uji MT3 yang dibina di tapak 100 ekar itu dijangka siap hujung tahun ini. Tambahnya, litar uji MT3 menawarkan perkhidmatan ujian perlanggaran untuk pembekal perabot jalan seperti penghadang jalan menguji tahap pematuhan produk mereka terhadap piawaian ditetapkan pihak berkuasa. Buat masa sekarang, beliau berkata ujian perlanggaran ke atas perabot jalan hanya boleh dilakukan di negara lain yang melibatkan kos tinggi. “Kemudahan ujian perlanggaran di MT3 ini dijangka dapat menarik lebih ramai pengeluar tempatan untuk menghasilkan produk lebih kos efektif dan secara tidak langsung membantu pertumbuhan industri pengeluaran tempatan untuk produk perabot jalan,” katanya.

MIROS Technology Test Track (MT3) bakal menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Litar sepanjang 1 kilometer bernilai RM10 juta akan dibangunkan di Sepang dan akan membuka peluang ke arah penghasilan kenderaan bertaraf lima bintang dan lebih selamat digunakan.

Ujian Keselamatan Di Litar MT3

Litar MT3 menawarkan ujian keselamatan kenderaan seperti:

Ujian berkaitan bantuan keselamatan terhadap kenderaan penumpang
Ujian bagi kenderaan komersial
Ujian motosikal
Ujian infrastruktur jalan seperti road furniture crash test

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pembinaan MT3 ini selari dengan pelantikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN yang berperanan menyumbang dan mempromosi keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN.

Beliau turut berharap agar MT3 dapat menarik pihak swasta dan agensi lain untuk bekerjasama dengan MIROS bagi memastikan kenderaan dihasilkan memenuhi spesifikasi ditetapkan.

“Melalui litar itu, agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga diharap dapat melaksanakan pengujian kepada kenderaan bagi proses kajian, penyelidikan dan penilaian,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah MT3

Dijangka Siap Hujung Tahun Ini

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon berkata litar uji MT3 yang dibina di tapak 100 ekar itu dijangka siap hujung tahun ini.

Tambahnya, litar uji MT3 menawarkan perkhidmatan ujian perlanggaran untuk pembekal perabot jalan seperti penghadang jalan menguji tahap pematuhan produk mereka terhadap piawaian ditetapkan pihak berkuasa.

Buat masa sekarang, beliau berkata ujian perlanggaran ke atas perabot jalan hanya boleh dilakukan di negara lain yang melibatkan kos tinggi.

“Kemudahan ujian perlanggaran di MT3 ini dijangka dapat menarik lebih ramai pengeluar tempatan untuk menghasilkan produk lebih kos efektif dan secara tidak langsung membantu pertumbuhan industri pengeluaran tempatan untuk produk perabot jalan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language