September 26, 2022
Sebuah kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah bertembung dua buah kenderaan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Kejadian dianggarkan berlaku kira-kira jam 2.40 petang ketika kereta api empat gerabak membawa lebih 70 penumpang dari Beaufort ke Kota Kinabalu merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori enam tan. *Kredit foto: RTM Sabah Tiada Penjaga Lintasan Punca Kemalangan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata insiden dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata. Berdasarkan laporan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), tiada penjaga bertugas di pondok lintasan rata di persimpangan terbabit ketika kejadian. Ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata itu membuatkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api tiba di lintasan rata itu. Kejadian itu menyebabkan kereta api bertembung dengan lori dan pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) yang bergerak dari Jalan Lintas-Kepayan menuju ke KKIA. *Kredit foto: Kosmo Kesan Kemalangan Bung juga memaklumkan, ketika kejadian, kereta api yang bertolak dari Kota Kinabalu ke Beaufort pada jam 7.45 pagi itu terlewat sejam daripada jadual asal perjalanan disebabkan kerosakan lokomotif. Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu, begitu juga pemandu lori dan pacuan empat roda terbabit. Menurut Bung, kesan kemalangan tersebut melibatkan: Kerosakan minimum pada lori Kerosakan agak teruk pada bahagian badan Toyota Hilux milik JPVS Kerosakan minimum pada bahagian penutup enjin Pasang CCTV Serta Merta Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, JKNS akan memastikan setiap maklumat seperti kebenaran untuk berlepas disampaikan dengan tepat dan jelas kepada penjaga lintasan rata serta memastikan setiap pengawal lintasan rata berada di pondok lintasan rata ketika menjalankan tugas. Tambahnya, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan kepala kereta api akan dilakukan serta merta untuk memastikan rakaman kemalangan dapat diambil untuk merakam kehadiran setiap kakitangan yang bertugas ketika operasi perkhidmatan. "Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Sebuah kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah bertembung dua buah kenderaan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kejadian dianggarkan berlaku kira-kira jam 2.40 petang ketika kereta api empat gerabak membawa lebih 70 penumpang dari Beaufort ke Kota Kinabalu merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan lori enam tan.

*Kredit foto: RTM Sabah

Tiada Penjaga Lintasan Punca Kemalangan

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata insiden dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata. Berdasarkan laporan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), tiada penjaga bertugas di pondok lintasan rata di persimpangan terbabit ketika kejadian.

Ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata itu membuatkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api tiba di lintasan rata itu. Kejadian itu menyebabkan kereta api bertembung dengan lori dan pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) yang bergerak dari Jalan Lintas-Kepayan menuju ke KKIA.

*Kredit foto: Kosmo

Kesan Kemalangan

Bung juga memaklumkan, ketika kejadian, kereta api yang bertolak dari Kota Kinabalu ke Beaufort pada jam 7.45 pagi itu terlewat sejam daripada jadual asal perjalanan disebabkan kerosakan lokomotif. Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu, begitu juga pemandu lori dan pacuan empat roda terbabit.

Menurut Bung, kesan kemalangan tersebut melibatkan:

Kerosakan minimum pada lori
Kerosakan agak teruk pada bahagian badan Toyota Hilux milik JPVS
Kerosakan minimum pada bahagian penutup enjin

Pasang CCTV Serta Merta

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, JKNS akan memastikan setiap maklumat seperti kebenaran untuk berlepas disampaikan dengan tepat dan jelas kepada penjaga lintasan rata serta memastikan setiap pengawal lintasan rata berada di pondok lintasan rata ketika menjalankan tugas.

Tambahnya, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan kepala kereta api akan dilakukan serta merta untuk memastikan rakaman kemalangan dapat diambil untuk merakam kehadiran setiap kakitangan yang bertugas ketika operasi perkhidmatan.

“Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language