September 26, 2022
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan pada waktu puncak baru-baru ini menyebabkan ramai pengguna terkandas. Kalau diikutkan, ini merupakan kali ketiga LRT Kelana Jaya mengalami gangguan pada bulan ini. Gangguan itu menyebabkan tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen sehingga menyebabkan pengguna yang terjejas berang dan kecewa. LRT Kelana Jaya Alami Gangguan Ketika Waktu Puncak Menerusi kenyataan Rapid KL di media sosial, perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya telah mengalami kelewatan dan meminta pengguna mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa. Pada jam 5.59 petang hari kejadian, Rapid KL memaklumkan sebuah tren perkhidmatan itu mengalami masalah teknikal di stesen Ampang Park. Pada sekitar jam 6.16 petang hari kejadian, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren sedang diselaraskan selain menjanjikan jadual perjalanan akan kembali normal dalam masa terdekat. Dalam sekitar 15 minit berikutnya, Rapid KL memaklumkan perkhidmatannya kembali pulih. "Kami mohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda," ujar Rapid KL. Memandangkan gangguan ini berlaku ketika waktu puncak dan ini bukan kali pertama LRT Kelana Jaya mengalami gangguan, ramai pengguna LRT yang terkandas menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu yang berlaku melalui sosial media. Pengguna turut berkongsi beberapa gambar dan video di beberapa stesen LRT yang sesak dengan orang ramai yang menunggu tren masing-masing antaranya di Stesen LRT KLCC, Abdullah Hukum dan Masjid Jamek. Rosak Kali Ketiga Dalam Bulan Ini Pada awal September lalu, LRT Kelana Jaya dilaporkan mengalami masalah teknikal di Stesen Universiti, mengakibatkan ramai penumpang terkandas dan terpaksa berjalan kaki keluar dari tren menuju ke platform. Baru-baru ini, pengguna LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi diduga dengan gangguan teknikal pada jam 9 malam sehingga memaksa perkhidmatan tren beroperasi menggunakan satu trek sahaja di antara Stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum. Pada bulan Mei lalu, sudah ada 3 kali juga berlaku gangguan teknikal terhadap perkhidmatan tren tersebut seperti: Insiden Brek Kecemasan Di Dalam LRT Kerana Masalah Teknikal – 2 Mei 2022 Tren ‘gagal’ beroperasi di stesen LRT Taman Jaya menuju ke arah Putra Heights – 10 Mei 2022 Tren rosak di KL Sentral, LRT Sesak – 20 Mei 2022 Gangguan akibat masalah bekalan kuasa punca – 24 Mei 2022 *Kredit foto: Berita Harian Adakah rosak 3 kali dalam sebulan ini merupakan KPI baharu Rapid KL? Jika mahukan lebih ramai rakyat memanfaatkan pengangkutan awam, sistemnya perlulah mantap. Barulah orang ramai boleh pertimbangkan untuk guna pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat kerja dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan pada waktu puncak baru-baru ini menyebabkan ramai pengguna terkandas.

Kalau diikutkan, ini merupakan kali ketiga LRT Kelana Jaya mengalami gangguan pada bulan ini. Gangguan itu menyebabkan tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen sehingga menyebabkan pengguna yang terjejas berang dan kecewa.

LRT Kelana Jaya Alami Gangguan Ketika Waktu Puncak

Menerusi kenyataan Rapid KL di media sosial, perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya telah mengalami kelewatan dan meminta pengguna mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa.

Pada jam 5.59 petang hari kejadian, Rapid KL memaklumkan sebuah tren perkhidmatan itu mengalami masalah teknikal di stesen Ampang Park.

Pada sekitar jam 6.16 petang hari kejadian, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren sedang diselaraskan selain menjanjikan jadual perjalanan akan kembali normal dalam masa terdekat. Dalam sekitar 15 minit berikutnya, Rapid KL memaklumkan perkhidmatannya kembali pulih.

“Kami mohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” ujar Rapid KL.

Memandangkan gangguan ini berlaku ketika waktu puncak dan ini bukan kali pertama LRT Kelana Jaya mengalami gangguan, ramai pengguna LRT yang terkandas menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu yang berlaku melalui sosial media.

Pengguna turut berkongsi beberapa gambar dan video di beberapa stesen LRT yang sesak dengan orang ramai yang menunggu tren masing-masing antaranya di Stesen LRT KLCC, Abdullah Hukum dan Masjid Jamek.

Rosak Kali Ketiga Dalam Bulan Ini

Pada awal September lalu, LRT Kelana Jaya dilaporkan mengalami masalah teknikal di Stesen Universiti, mengakibatkan ramai penumpang terkandas dan terpaksa berjalan kaki keluar dari tren menuju ke platform.

Baru-baru ini, pengguna LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi diduga dengan gangguan teknikal pada jam 9 malam sehingga memaksa perkhidmatan tren beroperasi menggunakan satu trek sahaja di antara Stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum.

Pada bulan Mei lalu, sudah ada 3 kali juga berlaku gangguan teknikal terhadap perkhidmatan tren tersebut seperti:

Insiden Brek Kecemasan Di Dalam LRT Kerana Masalah Teknikal – 2 Mei 2022
Tren ‘gagal’ beroperasi di stesen LRT Taman Jaya menuju ke arah Putra Heights – 10 Mei 2022
Tren rosak di KL Sentral, LRT Sesak – 20 Mei 2022
Gangguan akibat masalah bekalan kuasa punca – 24 Mei 2022

*Kredit foto: Berita Harian

Adakah rosak 3 kali dalam sebulan ini merupakan KPI baharu Rapid KL? Jika mahukan lebih ramai rakyat memanfaatkan pengangkutan awam, sistemnya perlulah mantap. Barulah orang ramai boleh pertimbangkan untuk guna pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat kerja dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language