September 27, 2022
Pengguna tren LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi diduga dengan gangguan teknikal pada jam 9 malam hujung minggu lalu sehingga memaksa perkhidmatan tren beroperasi menggunakan satu trek sahaja di antara Stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum. Gangguan itu menyebabkan tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen sehingga menyebabkan pengguna yang terjejas berang dan kecewa. Tren Rosak Kali Ke-2 Bulan Ini Kejadian ini tidaklah begitu mengejutkan sebab LRT Kelana Jaya dan gangguan teknikal seperti ini semakin sukar untuk dipisahkan memandangkan ini adalah gangguan teknikal kedua tren itu dalam bulan ini. Pada awal September lalu, LRT Kelana Jaya dilaporkan mengalami masalah teknikal di Stesen Universiti, mengakibatkan ramai penumpang terkandas dan terpaksa berjalan kaki keluar dari tren menuju ke platform. Kalau nak cerita sejarah, bulan Mei sahaja ada 3 kali berlaku gangguan teknikal terhadap perkhidmatan tren tersebut: Insiden Brek Kecemasan Di Dalam LRT Kerana Masalah Teknikal – 2 Mei 2022 Tren ‘gagal’ beroperasi di stesen LRT Taman Jaya menuju ke arah Putra Heights – 10 Mei 2022 Tren rosak di KL Sentral, LRT Sesak – 20 Mei 2022 Gangguan akibat masalah bekalan kuasa punca – 24 Mei 2022 Ada KPI yang perlu diikut ke? Berapa kali nak rosak? Infrastruktur Stesen Juga Perlu Diselenggara Sebenarnya isu kerosakan atau gangguan teknikal ini bukan sahaja tertumpu pada tren, malah perlu juga ditekankan pada infrastuktur di stesen tren pengangkutan awam juga seperti lif dan eskalator. Penyakit eskalator rosak ini bukan sahaja dialami di LRT Laluan Kelana Jaya, malah MRT juga. Sebagai contoh, ada pengguna media sosial melaporkan bahawa eskalator menuju ke atas di stesen MRT TTDI juga sudah tidak berfungsi. Sementara itu, eskalator untuk turun di stesen yang sama pula telah rosak sejak empat bulan lalu tanpa dibaiki. Kalau infrastruktur pun tak boleh nak maintain, macam mana nak percaya yang tren boleh maintain? Itu baru satu stesen, kalau nak disebutkan satu-satu, memang banyak. Buktinya dah berlambak-lambak aduan dibuat di media sosial. Tapi masih belum nampak hasil. Masih ingatkah anda dengan gambar yang tular di mana polis bantuan terpaksa angkat wanita OKU naik tangga sebab lif rosak? Tindakan polis itu memang harus dipuji, tapi apa tindakan dari pengusaha tren pula? Sampai bila nak kerah tenaga polis bantuan? Apa guna bina lif jika tidak boleh digunakan? Utamakan Budaya Penyelenggaraan Dalam Pengangkutan Awam Dah sampai masanya kerajaan perlu utamakan budaya penyelenggaraan dalam sistem pengangkutan awam negara kita. Bukan sahaja untuk tren, malah untuk infrastruktur di stesen juga seperti lif dan eskalator. Jika mahukan lebih ramai rakyat memanfaatkan pengangkutan awam, sistemnya perlu lah tip-top. Barulah orang ramai boleh pertimbangkan untuk guna pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat kerja dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kalau naik tren kena bersesak-sesak dan perlu habiskan lebih banyak masa, padanlah orang Malaysia lebih sanggup bayar pinjaman kereta 9 tahun asalkan tak perlu naik kemudahan awam.

Pengguna tren LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi diduga dengan gangguan teknikal pada jam 9 malam hujung minggu lalu sehingga memaksa perkhidmatan tren beroperasi menggunakan satu trek sahaja di antara Stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum.

Gangguan itu menyebabkan tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen sehingga menyebabkan pengguna yang terjejas berang dan kecewa.

Tren Rosak Kali Ke-2 Bulan Ini

Kejadian ini tidaklah begitu mengejutkan sebab LRT Kelana Jaya dan gangguan teknikal seperti ini semakin sukar untuk dipisahkan memandangkan ini adalah gangguan teknikal kedua tren itu dalam bulan ini.

Pada awal September lalu, LRT Kelana Jaya dilaporkan mengalami masalah teknikal di Stesen Universiti, mengakibatkan ramai penumpang terkandas dan terpaksa berjalan kaki keluar dari tren menuju ke platform.

Kalau nak cerita sejarah, bulan Mei sahaja ada 3 kali berlaku gangguan teknikal terhadap perkhidmatan tren tersebut:

Insiden Brek Kecemasan Di Dalam LRT Kerana Masalah Teknikal – 2 Mei 2022
Tren ‘gagal’ beroperasi di stesen LRT Taman Jaya menuju ke arah Putra Heights – 10 Mei 2022
Tren rosak di KL Sentral, LRT Sesak – 20 Mei 2022
Gangguan akibat masalah bekalan kuasa punca – 24 Mei 2022

Ada KPI yang perlu diikut ke? Berapa kali nak rosak?

Infrastruktur Stesen Juga Perlu Diselenggara

Sebenarnya isu kerosakan atau gangguan teknikal ini bukan sahaja tertumpu pada tren, malah perlu juga ditekankan pada infrastuktur di stesen tren pengangkutan awam juga seperti lif dan eskalator.

Penyakit eskalator rosak ini bukan sahaja dialami di LRT Laluan Kelana Jaya, malah MRT juga. Sebagai contoh, ada pengguna media sosial melaporkan bahawa eskalator menuju ke atas di stesen MRT TTDI juga sudah tidak berfungsi.

Sementara itu, eskalator untuk turun di stesen yang sama pula telah rosak sejak empat bulan lalu tanpa dibaiki. Kalau infrastruktur pun tak boleh nak maintain, macam mana nak percaya yang tren boleh maintain?

Itu baru satu stesen, kalau nak disebutkan satu-satu, memang banyak. Buktinya dah berlambak-lambak aduan dibuat di media sosial. Tapi masih belum nampak hasil. Masih ingatkah anda dengan gambar yang tular di mana polis bantuan terpaksa angkat wanita OKU naik tangga sebab lif rosak?

Tindakan polis itu memang harus dipuji, tapi apa tindakan dari pengusaha tren pula? Sampai bila nak kerah tenaga polis bantuan? Apa guna bina lif jika tidak boleh digunakan?

Utamakan Budaya Penyelenggaraan Dalam Pengangkutan Awam

Dah sampai masanya kerajaan perlu utamakan budaya penyelenggaraan dalam sistem pengangkutan awam negara kita. Bukan sahaja untuk tren, malah untuk infrastruktur di stesen juga seperti lif dan eskalator.

Jika mahukan lebih ramai rakyat memanfaatkan pengangkutan awam, sistemnya perlu lah tip-top. Barulah orang ramai boleh pertimbangkan untuk guna pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat kerja dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kalau naik tren kena bersesak-sesak dan perlu habiskan lebih banyak masa, padanlah orang Malaysia lebih sanggup bayar pinjaman kereta 9 tahun asalkan tak perlu naik kemudahan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language