November 28, 2022
Malaysia Airlines Bhd akan mengendalikan penerbangan penumpang pertama menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah seperti minyak masak dan lemak haiwan. Penerbangan ini akan melibatkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Singapura bersempena dengan Hari Alam Sekitar Dunia pada 5 Jun ini. Pesawat Yang Terlibat MH603 Kuala Lumpur (KUL) ke Singapura (SIN) – Berlepas 12:25pm, Tiba 1:30pm MH606 Singapura (SIN) ke Kuala Lumpur (KUL) – Berlepas 2:40pm, Tiba 3:40pm Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional. Kenapa Guna Bahan Api Mampan (SAF)? Penerbangan ini menunjukkan komitmen Malaysia Airlines itu terhadap tema ‘Sustainable Tomorrow’ serta menandakan kemajuan ketara ke arah mencapai penggunaan sumber bahan api yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025. Berbanding bahan api jet fosil konvensional, bahan api mampan yang diperbuat daripada 100% sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah seperti minyak masak dan lemak haiwan boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80%. Diskaun Tiket 15% Malaysia Airlines menjemput orang ramai untuk mengikuti penerbangan penting tersebut. Tiket penerbangan boleh ditempah mulai sekarang hingga 4 Jun 2022 untuk menikmati diskaun sehingga 15% apabila mereka melakukan penerbangan ini. Untuk menikmati diskaun, gunakan kod promo ‘SAF2022’ semasa daftar keluar di laman sesawang www.malaysiaairlines.com. Menerusi tinjauan kami, berikut merupakan harga tiket paling murah bagi kedua-dua penerbangan khas ini: MH603 Kuala Lumpur (KUL) – Singapura (SIN) = RM1,040 MH606 Singapura (SIN) – Kuala Lumpur (KUL) = RM513.31 Syarikat penerbangan itu turut menggalakkan orang ramai untuk menempah secepat mungkin kerana tiket dijual dengan pantas. 

Malaysia Airlines Bhd akan mengendalikan penerbangan penumpang pertama menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah seperti minyak masak dan lemak haiwan.

Penerbangan ini akan melibatkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Singapura bersempena dengan Hari Alam Sekitar Dunia pada 5 Jun ini.

Pesawat Yang Terlibat

MH603 Kuala Lumpur (KUL) ke Singapura (SIN) – Berlepas 12:25pm, Tiba 1:30pm
MH606 Singapura (SIN) ke Kuala Lumpur (KUL) – Berlepas 2:40pm, Tiba 3:40pm

Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional.

Kenapa Guna Bahan Api Mampan (SAF)?

Penerbangan ini menunjukkan komitmen Malaysia Airlines itu terhadap tema ‘Sustainable Tomorrow’ serta menandakan kemajuan ketara ke arah mencapai penggunaan sumber bahan api yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025.

Berbanding bahan api jet fosil konvensional, bahan api mampan yang diperbuat daripada 100% sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah seperti minyak masak dan lemak haiwan boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80%.

Diskaun Tiket 15%

Malaysia Airlines menjemput orang ramai untuk mengikuti penerbangan penting tersebut. Tiket penerbangan boleh ditempah mulai sekarang hingga 4 Jun 2022 untuk menikmati diskaun sehingga 15% apabila mereka melakukan penerbangan ini.

Untuk menikmati diskaun, gunakan kod promo ‘SAF2022’ semasa daftar keluar di laman sesawang www.malaysiaairlines.com.

Menerusi tinjauan kami, berikut merupakan harga tiket paling murah bagi kedua-dua penerbangan khas ini:

MH603 Kuala Lumpur (KUL) – Singapura (SIN) = RM1,040
MH606 Singapura (SIN) – Kuala Lumpur (KUL) = RM513.31

Syarikat penerbangan itu turut menggalakkan orang ramai untuk menempah secepat mungkin kerana tiket dijual dengan pantas. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language