November 28, 2022
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi berbincang lebih lanjut mengenai projek cadangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Bangkok-Kuala Lumpur. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk membincangkan perancangan, jajaran dan aspek teknikal berkaitan projek berkenaan. Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang Projek HSR Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, jawatankuasa itu akan diketuai oleh: Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand Susulan daripada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand pada Februari lalu, Wee Ka Siong berkata pihaknya telah memulakan perbincangan buat kali pertama bersama Thailand mengenai cadangan projek HSR. Selain kereta api, Malaysia dan Thailand juga akan terus bekerjasama untuk memulihkan sektor penerbangan. Wee juga berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan Thailand, Saksayam Chidchob atas kerjasama Thailand dalam melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara kedua-dua negara pada pertengahan Mac 2022 walaupun untuk tempoh singkat sebelum sempadan Malaysia dibuka semula pada 1 April lalu. *Kredit foto: Bernama Malaysia, Thailand Setuju Jalankan Kajian HSR Pada Februari lalu, Thailand dan Malaysia dilaporkan telah bersetuju untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan jajaran HSR di antara KL dengan Bangkok. PM juga berkata persetujuan tersebut merupakan hasil perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha di Rumah Kerajaan di Bangkok ketika lawatan rasmi pertama beliau ke negara tersebut. *Kredit infografik: Utusan Malaysia HSR KL-Singapura? Apa khabar projek HSR KL-Singapura? Memandangkan ia masih lagi dalam perbincangan peringkat awal, kerajaan masih belum memutuskan sama ada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan disambung atau sebaliknya. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, projek itu terbatal apabila perjanjian dua hala mengenai projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura luput pada 31 Disember tahun lalu Walau bagaimanapun, dalam pertemuan antara PM dengan PM Singapura Lee Hsien Loong pada 29 November lalu, cadangan rundingan semula projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura telah dibangkitkan semula. Perdana Menteri Singapura memberi maklum balas positif dan bersifat terbuka untuk menerima cadangan baharu dari Malaysia untuk projek HSR ini. Akan tetapi, Mustapa menegaskan bahawa kemungkinan menghidupkan semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura ini masih dalam perbincangan peringkat awal.

Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi berbincang lebih lanjut mengenai projek cadangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Bangkok-Kuala Lumpur.

Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk membincangkan perancangan, jajaran dan aspek teknikal berkaitan projek berkenaan.

Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang Projek HSR

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, jawatankuasa itu akan diketuai oleh:

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia
Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand

Susulan daripada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand pada Februari lalu, Wee Ka Siong berkata pihaknya telah memulakan perbincangan buat kali pertama bersama Thailand mengenai cadangan projek HSR.

Selain kereta api, Malaysia dan Thailand juga akan terus bekerjasama untuk memulihkan sektor penerbangan.

Wee juga berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan Thailand, Saksayam Chidchob atas kerjasama Thailand dalam melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara kedua-dua negara pada pertengahan Mac 2022 walaupun untuk tempoh singkat sebelum sempadan Malaysia dibuka semula pada 1 April lalu.

*Kredit foto: Bernama

Malaysia, Thailand Setuju Jalankan Kajian HSR

Pada Februari lalu, Thailand dan Malaysia dilaporkan telah bersetuju untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan jajaran HSR di antara KL dengan Bangkok.

PM juga berkata persetujuan tersebut merupakan hasil perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha di Rumah Kerajaan di Bangkok ketika lawatan rasmi pertama beliau ke negara tersebut.

*Kredit infografik: Utusan Malaysia

HSR KL-Singapura?

Apa khabar projek HSR KL-Singapura? Memandangkan ia masih lagi dalam perbincangan peringkat awal, kerajaan masih belum memutuskan sama ada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan disambung atau sebaliknya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, projek itu terbatal apabila perjanjian dua hala mengenai projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura luput pada 31 Disember tahun lalu

Walau bagaimanapun, dalam pertemuan antara PM dengan PM Singapura Lee Hsien Loong pada 29 November lalu, cadangan rundingan semula projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura telah dibangkitkan semula.

Perdana Menteri Singapura memberi maklum balas positif dan bersifat terbuka untuk menerima cadangan baharu dari Malaysia untuk projek HSR ini.

Akan tetapi, Mustapa menegaskan bahawa kemungkinan menghidupkan semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura ini masih dalam perbincangan peringkat awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language