December 7, 2022
Jika kereta anda diarah untuk berhenti oleh pengiring atau marshal yang bukan dari kalangan polis, abaikan sahaja arahan tersebut sebab Pengarah Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim yang suruh! Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pengiring konvoi skuter didapati telah menghalang lalu lintas bagi membenarkan rakan-rakan konvoinya melepasi lampu isyarat berdekatan persimpangan menuju ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Serdang. *Kredit video: DashCam Owners Malaysia Marshal Konvoi Halang Lalu Lintas Berdasarkan video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di Facebook DashCam Owners Malaysia, salah seorang penunggang konvoi melibatkan motosikal SYM Jet X 150 itu telah memberhentikan motosikalnya untuk mengawal lalu lintas. Ketika lampu isyarat bertukar hijau, motosikal itu masih lagi berada di tengah-tengah persimpangan tersebut bagi memberikan ruang kepada rakan konvoi lain melepasi lampu isyarat tersebut. Tindakan ini telah menimbulkan kecaman pelbagai pihak kerana individu itu berlagak seperti polis yang tidak bertauliah untuk mengawal lalu lintas. Malah ada yang menasihati empunya video dashcam ini untuk tampil membuat laporan polis. *Kredit foto: Malaysia-China Insight Abaikan Arahan Marshal Jika Tiada Polis Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat ada menyatakan bahawa penggunaan pengiring dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengabaikan sahaja arahan trafik daripada pengiring ini Jika tiada polis terlibat. Antara arahan lalu lintas oleh pengiring tidak bertauliah yang boleh diabaikan adalah: Meminta anda memberikan laluan Memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan Melencongkan kenderaan anda dan sebagainya Mengikut Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987, hanya Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi kuasa untuk mengawal lalu lintas di jalan awam. Boleh Guna Marshal Atau Tidak? Penggunaan khidmat marshal sebenarnya dibenarkan oleh PDRM, namun semua kumpulan konvoi yang mahu menggunakan khidmat pengiring perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan PDRM terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti kemalangan. Jika diberi kelulusan, polis sendiri akan menghantar anggotanya untuk turut serta dalam konvoi tersebut. Oleh itu, sebarang tindakan menahan, melencongkan atau memberhentikan kenderaan juga akan dilakukan oleh pihak polis sendiri. Kesimpulannya, segala penggunaan pengiring dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.

Jika kereta anda diarah untuk berhenti oleh pengiring atau marshal yang bukan dari kalangan polis, abaikan sahaja arahan tersebut sebab Pengarah Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim yang suruh!

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pengiring konvoi skuter didapati telah menghalang lalu lintas bagi membenarkan rakan-rakan konvoinya melepasi lampu isyarat berdekatan persimpangan menuju ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Serdang.

*Kredit video: DashCam Owners Malaysia

Marshal Konvoi Halang Lalu Lintas

Berdasarkan video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di Facebook DashCam Owners Malaysia, salah seorang penunggang konvoi melibatkan motosikal SYM Jet X 150 itu telah memberhentikan motosikalnya untuk mengawal lalu lintas.

Ketika lampu isyarat bertukar hijau, motosikal itu masih lagi berada di tengah-tengah persimpangan tersebut bagi memberikan ruang kepada rakan konvoi lain melepasi lampu isyarat tersebut.

Tindakan ini telah menimbulkan kecaman pelbagai pihak kerana individu itu berlagak seperti polis yang tidak bertauliah untuk mengawal lalu lintas. Malah ada yang menasihati empunya video dashcam ini untuk tampil membuat laporan polis.

*Kredit foto: Malaysia-China Insight

Abaikan Arahan Marshal Jika Tiada Polis

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat ada menyatakan bahawa penggunaan pengiring dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengabaikan sahaja arahan trafik daripada pengiring ini Jika tiada polis terlibat. Antara arahan lalu lintas oleh pengiring tidak bertauliah yang boleh diabaikan adalah:

Meminta anda memberikan laluan
Memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan
Melencongkan kenderaan anda
dan sebagainya

Mengikut Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987, hanya Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi kuasa untuk mengawal lalu lintas di jalan awam.

Boleh Guna Marshal Atau Tidak?

Penggunaan khidmat marshal sebenarnya dibenarkan oleh PDRM, namun semua kumpulan konvoi yang mahu menggunakan khidmat pengiring perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan PDRM terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti kemalangan.

Jika diberi kelulusan, polis sendiri akan menghantar anggotanya untuk turut serta dalam konvoi tersebut. Oleh itu, sebarang tindakan menahan, melencongkan atau memberhentikan kenderaan juga akan dilakukan oleh pihak polis sendiri.

Kesimpulannya, segala penggunaan pengiring dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language