June 27, 2022
Isu cop parking di Malaysia bukanlah perkara baru, terutama sekali di pusat membeli-belah, kawasan perumahan ataupun lot kedai tetapi di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 anda boleh didenda atau dipenjarakan kerana cop parking.  Undang-undang kesalahan cop parking Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan: “Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.” Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah. Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya. Di mana cop parking biasa berlaku? Cuba anda pusing di sekitar kawasan perumahan anda, cuba perhatikan lot-lot kedai - perasaan tak kon, pasu, tong sampah di letak di tengah-tengah sebuah petak parking. Itu tandanya petak parking itu telah dicop seseorang individu atau premis perniagaan. Kalau di pusat membeli-belah pula, orang sanggup merisikon badan dan nyawa dan berdiri di atas petak parking kosong walaupun ada kereta lain yang ingin parkir di situ.  Di sesetengah kawasan perumahan seperti di TTDI, Kuala Lumpur, penulis sendiri pernah melihat penduduk tanpa kebenaran mahupun segan mendirikan garaj berbumbung bagi parkir kereta mereka di tanah lapang milik awam.  Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Nurul Nadiah Zainol berkata, trend 'cop' parking ini sering berlaku di kawasan perumahan yang mempunyai jumlah petak parkir terhad dan tiada halangan untuk orang luar keluar dan masuk di kawasan perumahan seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.  "Sesetengah penduduk yang tidak bertanggungjawab ini meletakkan objek seperti ampaian, pasu bunga, tong besar, kon dan lain-lain di petak parkir yang mereka ingin gunakan bagi mengelakkan orang lain meletakkan kenderaan di petak parkir itu. "Masalah ini berlaku berikutan penduduk perlu berebut dengan orang luar yang bebas keluar masuk untuk meletakkan kenderaan di kawasan itu kerana ia bukan tempat letak kereta berpalang dan tiada pengawal keselamatan," dia berkata.  "Ada segelintir penduduk yang tidak berpuas hati juga akan bertindak merosakkan kenderaan dan mengancam keselamatan kenderaan dan penduduk lain. Ini dapat menggugat keharmonian dan kesejahteraan penduduk," Dr Nurul mengulas lanjut Berapa ramai di antara kita faham dan mengikut undang-undang Malaysia mengenai harta benda dan hak milik awam? Berapa kali pernah kita jerit atau dengar "You're father's parking ah?"  "Ramai rakyat Malaysia beranggapan bahawa 'cop' parking bukan menjadi satu kesalahan kerana mereka adalah penduduk atau pemilik unit di kawasan perumahan itu. "Walaupun mereka adalah pemilik unit rumah di kawasan itu, sekiranya harga rumah yang dibeli tidak termasuk dengan petak parkir (atau juga dikenali sebagai petak aksesori), mereka tiada hak untuk menjadikan mana-mana petak parkir sebagai hak milik, dan mereka juga tidak boleh menghalang orang lain untuk meletakkan kenderaan di petak itu. Kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Kegiatan cop parking ini adalah satu kesalahan di Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan individu yang cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000, atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan kali pertama. Jika ianya berulang buat kali kedua dan seterusnya, individu itu boleh dikenakan saman maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  Apa yang boleh dillakukan bagi membendung aktiviti cop parking?  Dr Nurul Nadiah Zainol turut mengetengahkan beberapa idea bernas bagi membendung kegiatan cop parking ini daripada berlaku, di antaranya: membina tempat parkir bertingkat di kawasan lapang berhampiran bagi menampung jumlah kereta di sesebuah kawasan perumahan.  pintu masuk berpalang dengan syarat penduduk kawasan berkenaan berkongsi kos pengawal dan penyelenggaraan.  Bagi spesies yang suka cop parking di pusat membeli-belah kami nasihatkan bebal itu simpan di rumah, jangan dibawa bersiar-siar di luar. Nanti tak pasal-pasal jadi viral atau lagi teruk meme!  Bagi anda yang terserempak atau menjadi mangsa kepada kegiatan cop parking anda boleh melaporkannya dengan butiran berkenaan di: Hantar Whatsapp ke 011-511 5252 Hantar emel ke aduantrafik@jpj.gov.my Telefon 03-8886 6412 Selain itu, anda sebagai pengadu juga perlu menyediakan: Maklumat peribadi pemandu (termasuk IC) Lokasi Tarikh dan masa Nombor plat Keterangan tentang situasi yang berlaku Zaman smartphone ini jangan lupa ambil gambar dan juga video sebagai bahan bukti nanti.   

Isu cop parking di Malaysia bukanlah perkara baru, terutama sekali di pusat membeli-belah, kawasan perumahan ataupun lot kedai tetapi di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 anda boleh didenda atau dipenjarakan kerana cop parking. 

Undang-undang kesalahan cop parking

Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.


Di mana cop parking biasa berlaku?

Cuba anda pusing di sekitar kawasan perumahan anda, cuba perhatikan lot-lot kedai – perasaan tak kon, pasu, tong sampah di letak di tengah-tengah sebuah petak parking. Itu tandanya petak parking itu telah dicop seseorang individu atau premis perniagaan. Kalau di pusat membeli-belah pula, orang sanggup merisikon badan dan nyawa dan berdiri di atas petak parking kosong walaupun ada kereta lain yang ingin parkir di situ. 

Di sesetengah kawasan perumahan seperti di TTDI, Kuala Lumpur, penulis sendiri pernah melihat penduduk tanpa kebenaran mahupun segan mendirikan garaj berbumbung bagi parkir kereta mereka di tanah lapang milik awam. 

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Nurul Nadiah Zainol berkata, trend ‘cop’ parking ini sering berlaku di kawasan perumahan yang mempunyai jumlah petak parkir terhad dan tiada halangan untuk orang luar keluar dan masuk di kawasan perumahan seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro. 

“Sesetengah penduduk yang tidak bertanggungjawab ini meletakkan objek seperti ampaian, pasu bunga, tong besar, kon dan lain-lain di petak parkir yang mereka ingin gunakan bagi mengelakkan orang lain meletakkan kenderaan di petak parkir itu.

“Masalah ini berlaku berikutan penduduk perlu berebut dengan orang luar yang bebas keluar masuk untuk meletakkan kenderaan di kawasan itu kerana ia bukan tempat letak kereta berpalang dan tiada pengawal keselamatan,” dia berkata. 

“Ada segelintir penduduk yang tidak berpuas hati juga akan bertindak merosakkan kenderaan dan mengancam keselamatan kenderaan dan penduduk lain. Ini dapat menggugat keharmonian dan kesejahteraan penduduk,” Dr Nurul mengulas lanjut

Berapa ramai di antara kita faham dan mengikut undang-undang Malaysia mengenai harta benda dan hak milik awam?

Berapa kali pernah kita jerit atau dengar “You’re father’s parking ah?” 

“Ramai rakyat Malaysia beranggapan bahawa ‘cop’ parking bukan menjadi satu kesalahan kerana mereka adalah penduduk atau pemilik unit di kawasan perumahan itu.

“Walaupun mereka adalah pemilik unit rumah di kawasan itu, sekiranya harga rumah yang dibeli tidak termasuk dengan petak parkir (atau juga dikenali sebagai petak aksesori), mereka tiada hak untuk menjadikan mana-mana petak parkir sebagai hak milik, dan mereka juga tidak boleh menghalang orang lain untuk meletakkan kenderaan di petak itu.

Kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kegiatan cop parking ini adalah satu kesalahan di Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan individu yang cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000, atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan kali pertama. Jika ianya berulang buat kali kedua dan seterusnya, individu itu boleh dikenakan saman maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Apa yang boleh dillakukan bagi membendung aktiviti cop parking? 

Dr Nurul Nadiah Zainol turut mengetengahkan beberapa idea bernas bagi membendung kegiatan cop parking ini daripada berlaku, di antaranya:

membina tempat parkir bertingkat di kawasan lapang berhampiran bagi menampung jumlah kereta di sesebuah kawasan perumahan. 
pintu masuk berpalang dengan syarat penduduk kawasan berkenaan berkongsi kos pengawal dan penyelenggaraan. 

Bagi spesies yang suka cop parking di pusat membeli-belah kami nasihatkan bebal itu simpan di rumah, jangan dibawa bersiar-siar di luar. Nanti tak pasal-pasal jadi viral atau lagi teruk meme

Bagi anda yang terserempak atau menjadi mangsa kepada kegiatan cop parking anda boleh melaporkannya dengan butiran berkenaan di:

Hantar Whatsapp ke 011-511 5252
Hantar emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
Telefon 03-8886 6412

Selain itu, anda sebagai pengadu juga perlu menyediakan:

Maklumat peribadi pemandu (termasuk IC)
Lokasi
Tarikh dan masa
Nombor plat
Keterangan tentang situasi yang berlaku

Zaman smartphone ini jangan lupa ambil gambar dan juga video sebagai bahan bukti nanti. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language