December 6, 2022
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang memantau harga tiket penerbangan domestik terutamanya laluan ekonomi sehala ke Sabah dan Sarawak ketika musim Tahun Baharu Cina pada Januari tahun depan. Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan MAVCOM bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Harga Tiket Penerbangan Domestik Dipantau Pemantauan harga oleh MAVCOM mendapati majoriti harga tiket penerbangan yang tersedia ketika tempoh berkenaan berada di bawah kadar RM400. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong, berkata ia berdasarkan julat harga tambang bagi laluan ke negeri berkenaan dalam tempoh musim perayaan itu, berdasarkan pemantauan MAVCOM pada 14 September lalu. Harga bagi tambang sehala kelas ekonomi dari 18 hingga 26 Januari 2023 (tempoh pemerhatian) ialah antara RM100 hingga RM1,235. Manakala untuk tempoh 20 hingga 21 Januari 2023 (tempoh puncak), tiket akan dijual pada harga antara RM210 hingga RM1,400. Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket bagi semua laluan penerbangan domestik, termasuk laluan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kekerapan Penerbangan Domestik Akan Ditambah Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan domestik juga telah bersetuju untuk menambah frekuensi penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan sebagai langkah menangani masalah harga tiket yang tinggi. Menurut Henry, Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ketika musim perayaan khususnya di laluan yang popular seperti KL-Sibu, Pulau Pinang-Sibu dan Johor Bahru-Sibu. Buat masa ini, terdapat: 35 penerbangan seminggu bagi KL-Sibu 1 penerbangan seminggu bagi Pulau Pinang-Sibu 7 penerbangan seminggu bagi Johor Bahru-Sibu Namun Henry menjelaskan bahawa keputusan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ini tertakluk kepada keputusan komersial yang dibuat syarikat penerbangan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang memantau harga tiket penerbangan domestik terutamanya laluan ekonomi sehala ke Sabah dan Sarawak ketika musim Tahun Baharu Cina pada Januari tahun depan.

Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan MAVCOM bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif.

Harga Tiket Penerbangan Domestik Dipantau

Pemantauan harga oleh MAVCOM mendapati majoriti harga tiket penerbangan yang tersedia ketika tempoh berkenaan berada di bawah kadar RM400.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong, berkata ia berdasarkan julat harga tambang bagi laluan ke negeri berkenaan dalam tempoh musim perayaan itu, berdasarkan pemantauan MAVCOM pada 14 September lalu.

Harga bagi tambang sehala kelas ekonomi dari 18 hingga 26 Januari 2023 (tempoh pemerhatian) ialah antara RM100 hingga RM1,235.

Manakala untuk tempoh 20 hingga 21 Januari 2023 (tempoh puncak), tiket akan dijual pada harga antara RM210 hingga RM1,400.

Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket bagi semua laluan penerbangan domestik, termasuk laluan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Kekerapan Penerbangan Domestik Akan Ditambah

Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan domestik juga telah bersetuju untuk menambah frekuensi penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan sebagai langkah menangani masalah harga tiket yang tinggi.

Menurut Henry, Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ketika musim perayaan khususnya di laluan yang popular seperti KL-Sibu, Pulau Pinang-Sibu dan Johor Bahru-Sibu.

Buat masa ini, terdapat:

35 penerbangan seminggu bagi KL-Sibu
1 penerbangan seminggu bagi Pulau Pinang-Sibu
7 penerbangan seminggu bagi Johor Bahru-Sibu

Namun Henry menjelaskan bahawa keputusan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ini tertakluk kepada keputusan komersial yang dibuat syarikat penerbangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language