
Inginkan SmartTAG tapi malas nak tukar bateri? Kini MaxTag telah melancarkan satu peranti SmartTAG yang menggunakan USB, iaitu MaxTag PSE yang boleh didapati di laman web rasmi mereka, Shopee serta stesen minyak terpilih.
Walaupun ia berfungsi sama seperti MaxTag dan SmartTAG, namun MaxTag menggunakan microprocessor generasi baharu. Kedua-dua peranti ini dihasilkan oleh pengeluar yang sama, iaitu Basset Sdn. Bhd.
Dikuasakan Melalui USB
Salah satu sebab mengapa orang beralih dari SmartTAG ke RFID adalah disebabkan keperluan untuk menukar bateri apabila diperlukan. Dengan MaxTag PSE yang dikuasakan melalui kabel USB, anda tidak perlu risau untuk menukar bateri lagi atau mengecas semula bateri yang sudah kehabisan tenaga.
Walaupun menggunakan USB, peranti ini juga hadir lengkap dengan bateri. Bezanya, anda tidak perlu mengeluarkan bateri tersebut untuk dicas semula.
Seperti peranti SmartTAG yang lain, MaxTag PSE juga membolehkan anda menyemak baki kad Touch ‘n Go dengan mudah dan cepat pada skrin yang disediakan pada peranti ini.
Pakej MaxTag PSE
Dengan setiap pembelian MaxTag PSE ini, anda bakal menerima:
1 unit peranti SmartTAG
1 unit Kabel USB
1 unit Bracket Holder
1 unit Dashboard Holder
Harga
Ketika ini, MaxTag dijual pada harga promosi, iaitu RM165 sebelum kembali kepada harga asalnya, iaitu RM175. Tempoh waranti selama satu tahun juga akan diberikan kepada pengguna setelah membeli peranti tersebut.
Mana Nak Beli?
MaxTag boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi mereka (https://maxtag.com.my/) ataupun melalui kedai rasmi mereka di Shopee. Selain itu, MaxTag boleh dibeli di stesen minyak seperti berikut:
Lembah Klang
Shell TTDI
Shell Damansara Jaya
Shell NKVE Subang Toll
Shell Kota Damansara Seksyen 6
Shell Putrajaya Precinct 8
Shell Putra Heights
Shell Pandan Indah
Caltex Sunway-PJS10
Shell USJ 2
Shell USJ 21
Shell Kota Damansara Sek 4
Shell R&R Kinrara
Petronas USJ 2
Petronas Pekan Baru
Petron Kesas Barat
Petron Kesas Timur
Petron Meru, Klang
BHP Kesas Kinrara
BHP Kayu Ara
Luar Lembah Klang
Shell Jalan Mengkibol, Kluang
Shell Taman Pelangi, Johor Bahru
Shell Jln Masjid Negeri, Penang
Shell Bukit Mertajam, Penang
Caltex Bukit Gantang, Changkat Jering
Jika peranti dengan kabel berwayar bukanlah sesuatu yang anda gemarkan, anda dinasihatkan untuk menggunakan SmartTAG biasa dengan bateri 9V yang boleh dicas semula berbanding bateri 9V pakai buang. Kalau malas nak tukar bateri atau cas bateri, gunalah MaxTag PSE!